Rate

3

Romance Series 9960

"Faris!"
Sapa engku dian, ibu kepada faris. Faris memberhentikan langkah sekelip mata, menoleh ke arah ibunya yang menuju ke arahnya.

"kenapa,ma?"

"macam mana dengan pernikahan kamu yang nak kena cepatkan tu? Naura setuju ke?" soal engku dian.

Faris menjongket bahu, dia pun tidak pasti jawapan daripada naura.

"tak tahulah, ma. Dia kata bagi masa untuk dia bincangkan. Kalau faris dapat jawapan faris bagitahu mama ye."

"hmm, baiklah kalau macam tu. Jangan tiba-tiba putus sudahlah. Mama dah heboh satu family dah."

"ish, takkan lah naura nak buat macam tu. Faris kenal dia, dia okay je dengan semua ni." ujarnya.

Lega engku dian mendengarnya, Almaklumlah faris satu-satunya anaknya. Manja sedikit.

Tangan merangku pinggang naura, terus naura menepisnya. Aryan ni dah melampau, kalau orang nampak macam mana?!

"apa awak ni?!"

"apa? Salah ke aku sentuh kau?"

"memang dah terang-terang salahlah! Karang staff nampak diaorang fikir bukan-bukan nama saya yang buruk. Bukan awak!" degus naura.

Aryan tersenyum, tangannya sekali lagi cuba merangkul pinggang naura, tetap di tepis juga. Kau jangan cabar sabar aku aryan!

"janganlah, aryan!"

Aryan tersenyum nakal, ingat comel ke?! Tumbuk karang. Naura menjeling.

"ehem! Ehem! Assalamualaikum semua! Ke sini sekejab!" panggil naura sedikit menjerit.

Semua pekerja meluru ke arah mereka, naura tersenyum.

"baiklah, perkenalkan ini bos baru kita yang bakal menggantikan puan carina yang nak sambung belajar. Ahmad Aryan Louis." ujar naura, memperkenalkan diri aryan.

Mereka semua berjabat tangan perkenalan bersama aryan.

"wah, handsomenya bos baru kita ni. Bergetar tulang rusuk!" bisik melur pada naura.

Nak termuntah dengar! Tapi aku tak nafikan yang dia kacak, sebab dia berketurunan itali dan ada jugalah sikit muka iras-iras jejaka itali.

Rambut dia perang semula jadi, dan memiliki mata yang sangat cantik iaitu biru laut.
Siapa tak cair kan? Cuma aku je tak.

"Nice to meet you guys. I hope kita semua boleh bekerjasama." aryan bersuara.

"of course boleh, bos. Kita semua takkan menghampakan bos. Kalau ada buat silap tegur je terus. Tak perlu sorok-sorok. Kami akan bertanggung jawab." ujar melur.

Amboi kau? Bukan main lagi ek.

"nice. Tak susah sangat kalau korang macam tu."

"err, bos. Sekarang kita naik ke tingkat atas. Kita kenalkan diri dekat diaorang pula.lepastu saya tunjuk bilik staff satu persatu." cadang naura.

"of course, dear. Let's go." balas aryan denyan tersenyum.

Dia terus melangkah menuju ke arah tangga. Naura tergamam, memandang melur dan pekerja lain yang memandangnya.

Naura hanya tersengih nampak gigi, dan terus berlari mengekori aryan yang telah terlajak ke depan.

"dear? Lain macam bos baru kita ni. Macam gatal je." firdaus.

"haip! Kau jangan main tuduh orang ek. buatnya dia pecat kau, padan muka!" marah melur.

"hek, eleh. Mentang-mentanglah bos handsome. Kau bukan main baik lagi. Kalau dengan puan carina, banyak pulak alasan kau bagi masa tak siap kerja."

"eh, diamlah kau! Pergi sambung kerja tu!"

Naura berhenti di bilik pekerja cleaner. Dia memusing memandang aryan di belakang.

"so? Ini pulak bilik cleaner. Kalau bos ada nak suruh cuci apa-apa suruhlah kak rin bersihkan or siapa-siapa je lah. Cari je diaorang dekat sini." ujar naura.

Aryan tidak membalas apa, hanya menatap wajah naura yang memandangnya.

"kenapa bos pandang saya macam tu?"

"nothing. I just miss you. Tak sia-sia aku setuju nak pegang syarikat ni. Tiap-tiap hari boleh jumpa kau."

"bos, ini tempat kerja tau. Bos tak boleh nak campur aduk semua benda dalam hal ni. Saya pekerja, bukannya.."

"Im your boss and i can do everything what i want!"

"suka hatilah!"

Naura terus melangkah ingin pergi, namun tangannya sudah di tarik. Naura kembali mengundur ke belakang, dan di tolak rapat ke dinding.

"aryan!"

"syhh.. Kau nak staff semua dengar ke?"

"kesah apa saya?! Lepaslah!"

Naura menolak dada aryan, namun sedikit pun dia tidak bergenjak. Kurang ajar! Aryan mendekatkan wajahnya, naura terus mengalih wajah ke arah lain. Aku tak nak bertentang mata dengan dia!

"i like your smell. Sweet." ujar aryan dengan nada romantik.

Apa kau ingat aku cair? Aku rasa nak cari timba sekarang!
Aryan mencium bau haruman vanilla yang di pakai naura, memang dapat di hidu kalau dekat.

"sudahlah, aryan. Staff nampak nanti!"

"so? Biarlah. Barulah diaorang tahu aku suka kau."

"aryan, awak memang tak serik kan?! Dah masuk hospital pun nak jadi perangai macam ni jugak!"

"bila masa aku masuk hospital? Huh?" soalnya.

Dia tanya aku pulak! Memang sah lah dia masuk hospital sebab pernah cuba culik aku dulu. Gila!

"aku tak pernah pun masuk hospital untuk pangetahuan kau, naura. Aku pergi luar negara sebab bissnes. Bukan sebab aku gila" ujarnya.

Naura terdiam. Dia tak pernah masuk hospital sakit jiwa? Maknanya dia tak gila! Kalau macam tu kenapa perangai dia macam ni?!

"naura,sayang.."

Aryan menarik kedua belah tangan naura, namun naura sudah menepis. Rimas!

"orang nampaklah aryan!" bentak naura.

"puan naura dengan bos okay ke tak tu?" kak rin mencelah.

Sejak bila dia duduk situ? Naura terus menolak aryan ke belakang. Aryan hanya membetulkan kod birunya yang sedikit kedut.

"takda apa-apa kak rin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience