Bab 2

Drama Series 7519

Malam yang begitu sepi bagi Huzair dan dia masih teringatkan perempuan yang dia langgar dekat mall petang tadi siapa lagi kalau bukan Kasih Amaira.

"Ish tak boleh jadi ni aku ni dah gila bayang agaknya"

Ting* ting* ting*

Huzair lantas mengambil telefonenya diatas meja "aduh siapa pulak yang call malam-malam ni"

"Hello,huzair"rupanya syasya yang call.

"Ye,kenapa"?huzair menjawab acuh tak acuh.

"aku nak tnye company kau ade keje kosong tak?

"Rasanya tak ada kenapa"

"Aduh,tak kawan aku yang kau langgar petang tadi tengah cari kerja".kata syasya lagi

Huzair begitu gembira dengar nama kasih gadis yang dah buat dia tak tidur malam "kasih?suruh dia datang office aku esok"

"Heh,tadi kata tak ada ha oke la esok aku suruh dia datang".Syasya menekan button end call.

Tok tok tok ^pintu bilik kasih diketuk^

Kasih menjawab "masuk la pintu tak kunci"

Syasya pun membuka tombol pintu"saya ada berita gembira ni".

Kasih berasa hairan"berita gembira ?ape dia."

"saya dah jumpa kerja untuk awak,"kata syasya

"Kerja untuk saya ?Allhamdulillah keje dekat mana".

Syasya menjawab"dekat company kawan saya huzair"

"company?saya kelulusan spm je awak kerja dekat office saya tak pandai sangat".Kasih berasa kerja yang diberi oleh syasya begitu berat baginya

Syasya berasa serba salah"takpela kasih awak pergi je interview dulu saya yakin awak boleh"syasya memberi semangat kepada kawan rapatnya itu.

"syasya saya betul-betul terhutang budi dengan awak hanya Allah yang mampu membalas jasa baik awak"kata kasih.

Air mata syasya mula bergenang"Kasih hanya awak yang ikhlas berkawan dengan saya yang lain semua ambil kesempatan atas kekayaan saya sebabtu bila saya nampak awak saya terus tegur sebab saya yakin awak orang yang baik".

"Assalamualaikum,saya nak jumpa dengan Encik Huzair Rafiqi"sambil menunjukkan bisnes card kepada staf disitu.

"Wslkm,owh nak jumpa bos er?Awk ade temujanji ke dengan bos?.Staf itu bertanya kepada kasih"takpe saya tanya boss ye dulu Cik boleh duduk dekat situ".Sambil menunjukan tempat duduk yang disediakan khas bagi tetamu yang datang.

Kring kring kring

"Hello Boss ,boss ada temujanji dengan seseorang ke "?

'Rasanya tak ada kenapa ?"huzair berasa hairan rasanya dia tak ada buat temujanji dengan sesiapa harini.

Huzair menekan buttun call"Panggil dia masuk ".

Staff tadi memanggil kasih"em,cik bos panggil masuk kebilik dia mari saya tunjukkan bilik boss.

Tanpa berlengah masa lagi kasih mengikut staff itu.

tok tok tok

"Masuk"!!!!!

Pintu dibuka perlahan-lahan tanpa melihat wajah Kasih . Huzair terus minta resume tanpa menyuruh Kasih duduk"Bagi saya tengok resume awak".

Kasih menghulurkan resumenya

"Hanya ada kelulusan spm minta kerja jadi PA Huzair Rafiqi"Huzair memusingkan kerusinya,Alangkah terkejutnya dia didepannya itu adalah gadis yang dah buat dia jatuh cinta buat kali pertama.

Kasih hanya terdiam lalu dia menjawab"tapi kawan saya syasya yang suruh saya datang sini"

"syasya?Ok awak diterima bekerja disini sebagai PA Huzair Rafiqi".

Kasih berasa bersyukur sangat akhirnya dia dah dapat kerja disitu.

"Ina masuk kedalam bilik saya sekarang".

Ina membuka pintu"ye boss kenapa ?"

"Saya nak awak buat tempat untuk PA baru saya Kasih".

Ina berasa pelik dengan majikannya"Dalam bilik ni?"

"Iye sebelah meja saya ni"sambil menunjukkan jari disebelah mejanya itu Kasih saya nak awak ikut Ina.

Kasih akur akan arahan bosnya itu.Huzair sengaja meletakkan kasih bekerja didalam biliknya itu bagi Huzair senang untuk dia merenung setiap hari gadis kampung itu.

semua staff disitu pelik dengan sikap bossnya itu ye la mana tak nya boss yang terlalu ego dan angkuh itu rupanya lemah didepan perempuan cantik.

Sudah lebih sebulan Kasih bekerja sebagai PA Huzair Rafiqi .Sepanjang dia bekerja dia kerap dimarahi Huzair bagi Huzair semua kerja Kasih tidak kena didepan matanya ada sahaja yang salah.Namun,Kasih sentiasa bersabar dengan sikap bosnya itu.

Pang !!!!!!!!!!!!!!

"aih ,dah kenapa dia tidur dekat sini?semalam dia x balik ke tak boleh jadi ni ish".

Huzair memarahi Kasih"Kerja kau tidur je kan aku bayar gaji kau suruh kau buat kerja bukan tidur kau bangun sekarang!!".

Walaupon dimarahi Kasih tetap tidak bangun dari mejanya itu.Huzair memanggil Ina untuk kejutkan Kasih.

"Cik Kasih bangun".Kasih tetap tak bangun dari situ.Ina merasa dahi Kasih "Ya,Allah panas ni boss"kata ina

"Dia demam ke"?tanya Huzair lagi

Ina terus mengangkat Kasih ke kereta.

"Takpe la biar saya yang bawakkan dia ke hospital awak pergi masuk dalam office balik".Huzair segera menghidupkan enjin keretanya.

Salah seorang staf disitu menegur ina"eh,bos yang angkuh tu rupanya dalam hati masih ada sifat belas kasihan erk".

ina membalas"dah-dah pergi buat kerja busy body betul".

Walaupon Huzair seorang yang sombong tapi dia masih ada belas kasihan.Dulu Huzair seorang yang periang dan bukan seorang yang sombong macam sekarang dia berubah sekelip mata selepas ibu dan ayahnya bercerai dan ayahnya membawa diri entah kemana bersama adiknya yang belum sempat dia kenal.Sejak dia memasuki alam remaja ramai perempuan ingin dekati Huzair tapi Huzair tahu diorang semua nakkan duit bukan dirinya bagi Huzair perempuan semua jahat.Sejak itu juga dia benci perempuan dia tidak pernah mempercayai mana-mana perempuan.

Doktor memanggil Huzair "Hello,Encik".

"Ye saya doktor macammana dengan dia?".Huzair bertanya kepada doktor lelaki itu.

"Cik Kasih demam panas jadi dia terpaksa ditahan 2-3hari dulu boleh saya tahu pesakit ada masalah family or dia kerja terlalu lama?".

Huzair tidak tahu mahu menjawab apa dia tahu salah dirinya juga membiarkan Kasih menyiapkan kerjanya itu sampai siap."saya tak tahu la doktor saya cuma boss dia je".

"kalau macam tu saya pergi dulu"Doktor berlalu pergi.

Didalam wad Kasih belum sedar lagi.Pintu wad diketuk.

syasya masuk dengan tergesa-gesanya"Ya,Allah Kasih macam mana boleh jadi macam ni".Tanya syasya kepada Huzair .

"semalam aku suruh dia siap kerja sampai siap aku tak tahu pulak kerja dia banyak sangat semalam".Kata Huzair.

syasya hanya diam dan tidak membalas apa-apa

"Ibu ,ibu jangan tinggalkan Kasih".Kasih memanggil nama ibunya itu lantas syasya menyedarkannya.

"Kasih bangun Kasih"

Kasih akhirnya sedar "ha ibu,syasya aku nak balik kampung "aaaaa Kasih mengeran kesakitan dia belum tahu bahawa dia berada didalam wad.

Syasya menangis dan menangis"aku minta maaf Kasih ibu kau dah tak ada".

Kasih terdiam airmatanya mula jatuh membasahi pipinya."Kau tipu syasya "sambil menepuk dada syasya.Kasih mencabut jarum ditangannya

"Ya,Allah kasih jangan la macam ni kau belum sihat sepenuhnya".Syasya cuba menenangkan kawan baiknya itu.

Huzair masuk kedalam wad Kasih "Kenapa ni syasya?".

Syasya menceritakan semua yang terjadi

"Macam ni Kasih takpe biar i bawak u balik kampung "kata Huzair

Kasih hanya diam dia tidak mampu berkata apa-apa.Syasya cuba memujuk Kasih supaya bersabar.

Tibanya mereka semua di tanah perkuburan

Tanpa menghiraukan dirinya yang sedang sakit Kasih terus lari untuk pergi kekubur ibunya.

"Ibu,kenapa ibu tinggalkan Kasih ibu tahukan Kasih tak ada siapa-siapa lagi ayah dah tinggalkan Kasih ibu pun dah tinggalkan Kasih ibu"Kasih tidak dapat menahan air matanya lalu dia menangis dan disaksikan oleh Huzair,syasya dan ibunya.

Syasya juga menangis dia juga pernah lalui apa yang Kasih lalui sekarang.Huzair hanya melihat .

Ibu Huzair cuba memujuk Kasih supaya bertenang ."Dah la nak bawak bersabar Allah lebih sayangkan ibu kasih kita cuma mampu berdoa.

Huzair tidak tahu ape yang dilalui kasih begitu perit kehidupannya.

********

"Kasih dah siap ke kemas barang-barang"tanya syasya.

"Dah siap ,kejap lagi saya turun"kata Kasih.

Kasih memeluk sahabatnya itu"Syasya saya nak minta maaf kalau saya ada banyak buat salah dengan awak,terima kasih sebab bagi saya tinggal dekat rumah awak ni".

Ibu Huzair mengambil Kasih menjadi anak angkat selepas beberapa kali memujuk Kasih mula-mula Kasih tidak mahu terima tapi disebabkan Kasih teringatkan arwah ibunya akhirnya Kasih terima.

"Kasih jom,"panggil Datin Jasmin.

Mereka berdua saling berpeluk berat ingin melepaskan sahabatnya itu"Syasya saya pergi dulu ye".

Syasya hanya melambaikan tangan dan akhirnya kereta itu hilang dari pandangan.

Sampai dihadapan rumah banglo milik Datin Jasmin.

"Kasih pergila naik atas rehatkan diri".

Kasih berasa kekok berada disitu"Baik Datin"

"La kenapa panggil Datin panggil je Mummy"kata Datin Jasmin.

Huzair baru balik dan alangkah terkejutnya dia bila Kasih berada didalam rumahnya itu.

"Aa... aaa kenapa kasih ada dekat sini ?"

Datin Jasmin pun hairan dengan anaknya itu sedangkan dia sudah beberapa kali memberitahunya."ish kamu ni Huzair kan mummy dah cakap mummy dah amik dia jadi anak angkat."

Muka Huzair terkejut"ha....What!!?"Huzair terus menarik lengan kasih.

"eh,perempuan kau ni memang dasar tak malu kan ,kau dah bagi mummy makan apa sampai mummy amik kau jadi anak angkat ni ha ke kau nak bolot semua harta mummy"?

air mata kasih mahu jatuh tapi cepat-cepat Kasih mengesatnya."maafkan saya encik ,saya dah cuba menolak tapi Datin nak juga saya jadi anak angkat dia ".

Huzair berlalu pergi dari situ dengan wajah yang marah.Walaupon dia sangat menyukai gadis itu tapi apakan daya sikap ego dan sombong dia lebih menguasai dirinya itu.

Malam itu selesai solat isyak Kasih menadahkah tangan nya tanda berdoa kepada penciptanya "Ya,Allah apa lagi dugaan yang kau berikan kepadaku ini sungguh aku tak mampu Ya,Allah kau berikanlah jalan yang terbaik untuk hambamu ini kau lembutkan la hati Encik Huzair Ya,Allah makbulkan la doa hambamu yang tidak seberapa ini".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience