BAB 1 (Kebahagiaan hakiki)

Short Story Series 1218

Embun yang menitis sewaktu dinihari ibarat mengerti akan tugasnya untuk menyirami sumber Alam. Aku terjaga dari tidur lalu membuang pandangan ke luar jendela bilik tidurku, bunyi burung-burung yang berkicauan membawa ku untuk terus hanyut dengan kisah kehidupanku sejak kecil.

Aku dibesarkan serta di didik dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna. Aku amat bersyukur dengan segala apa yang ku miliki terutamanya kedua-dua ibubapa yang amat menyayangiku. Aku merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik, aku mempunyai dua orang kakak, seorang abang dan seorang adik. Hubungan antara kami sangat akrab.
Kami lalui kehidupan harian dengan sinar kebahagiaan yang hakiki iaitu kebahagiaan kekeluargaan yang dimiliki oleh insan di dunia ini, namun tak semua insan di dunia ini yang bernasib baik untuk merasai nikmat kebahagiaan sebuah keluarga. Berbalik kepada kisah ku, aku amat rapat dengan mama ku serta adik bongsu ku. Lebih kepada anak manja, semua apa yang ku inginkan mama pasti akan menunaikan, namun keakraban aku dengan adik ku bukan bedasarkan kelembutan bergaul seperti adik beradik yang lain. Hal ini kerana aku seringkali bercanggah pendapat dengan adikku, malah kami sering bertengkar sehingga tidak bertegur selama beberapa hari kerana masing-masing ego tidak mahu memohon maaf sehingga lah mama masuk campur serta mama acapkali menjadi pendamai antara aku dengan adikku. Memang agak meluat rasanya bila mempunyai seorang adik yang menyakitkan hati.
Masa berlalu dengan pantas tanpa sedar, kami semakin meningkat dewasa malah hubungan kami masih kekal erat namun semuanya bagaikan mimpi dimulai dengan kakakku yang sulung mendirikan rumahtangga lalu jarak memisahkan kami apabila kakakku tinggal bersama suaminya, kemudian disusuli dengan abangku pula mendirikan keluarga. Perkara yang sama terjadi, hubungan kami semakin renggang kerna tanggungjawab mereka terhadap keluarga masing-masing terutamanya apabila mereka sudah mempunyai cahaya mata.
Untuk menyalahkan takdir memang bukan cara yang terbaik. Oleh itu dengan cara meredhai adalah yang terbaik, kini hanya tinggal kakak ku, aku serta adikku. Entah mengapa hubungan ku dengan Kakakku yang seorang ni memang agak renggang kerna kami sering tak sependapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience