MAB 37: HE'S NOT THERE

Romance Completed 902447

“ARI puasa penuh, tak tinggal satu hari pun?” PS Wahida pula bertanya dengan wajah berkerut.

“Yalah, puasa penuhlah. Kenapa semua orang tak percaya?” Sedikit kecewa Arianna melihat reaksi mereka. Apa mereka tidak percaya, dia berjaya melakukannya?

PS Wahida dan Irdina berpandangan sambil berbalas senyum.

“Arianna, are you pregnant?” PS Wahida tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya.

“Erk…” Arianna melirik Zahran yang juga kelihatan terkejut dan tertunggu-tunggu jawapannya. Dua hari lepas dia ada melakukan UPT dan hasilnya positif. Namun sebolehnya dia belum mahu menghebohkan kepada sesiapa. Hajatnya mahu membuat pemeriksaan dan pengesahan dulu di klinik lalu memberi kejutan kepada Zahran sebelum memberitahunya kepada orang lain.

“Ari belum check. Tapi kalau ada berita baik, nanti Ari bagitahu," ujarnya. Seboleh-bolehnya dia mahu Zahran orang pertama yang tahu.

“Cepat-cepat cek tau. Mana tahu dah ada,” ujar Irdina.

Arianna mengangguk lalu melirik Zahran yang menatapnya dengan mata sengaja dipicingkan. Cepat-cepat Arianna mengalihkan pandangannya ke arah lain. Gelas berisi minuman dicapai lalu dia berpura-pura menghirupnya. Suaminya itu sentiasa ada naluri luar biasa untuk mengesan penipuan. Entah ilmu apa yang diguna, tetapi kata mentuanya, jika mahu membuat kejutan kepada Zahran, perlu berhati-hati kerana dia akan dapat menghidunya.

“ARE you hiding something from me?” soal Zahran. Ketika itu dia dan Arianna kembali ke bilik setelah selesai sesi fotografi keluarga tadi.

“Tak ada apa-apa yang I sorok daripada you Biy. Semua you dah tengok.” Arianna terkekeh nakal sambil menuangkan make up removal pada kapas muka.

“You know what I mean Arianna.”

Arianna tersenyum. Ikutkan hati, mahu saja dia memberitahu sekarang, namun dia menahannya. Dia akan memberi kejutan paling manis yang akan diingat Zahran sepanjang hayatnya.

“Biy, you tahu kan I tak pernah sorok apa-apa daripada you. Lagikan I bergaduh dengan orang dekat mall sebab tak susun bakul ikut jenis pun I cerita dengan you walaupun benda tu tak penting pun.”

Zahran terdiam. Benar juga. Masih dia ingat beberapa bulan lalu Arianna bercerita tentang itu.

“Memang tak penting dan tak patut dibawak bergaduh pun,” kata Zahran.

“Walaupun tak penting, tapi menyakitkan mata yang menengok. Apatah lagi masa tu I keluar dengan wife cousin I. You remember Adrian?”

“Yeah.” Mana mungkin dia lupa. Imperial dan Acasia Villa berada dalam lapangan yang sama. Hotel dan pelancongan.

“Ya, isteri dia. Miya. Dia tu…I tak tahulah. Semua benda kena selari, simetri, tersusun, teratur. Masa beratur nak bayar tu kan, dia asyik merungut tengok bakul tepi kaunter tu. You bayangkan Biy. Dah ada dua bahagian. Satu untuk bakul yang ada roda, satu lagi untuk bakul yang ada pemegang tapi tak ada roda. Tapi kita orang tak faham kenapa orang main letak je. Dia tak nampak ke masa dia letak tu, benda tu tak perfectly fit sebab saiz dia tak sama kan. Yang ada roda tu besar sikit. Bila yang beroda tu disusun atas bakul yang tak ada roda, you boleh bayangkan macam mana kedudukan dia? Lepas tu datang orang lain, tindih lagi atas tu. Dah nampak macam menara condong. Terpaksa I dengan Miya volunteer pergi susun balik.”

“Siapa suruh?” Sela Zahran.

“Tak ada siapa suruh. Sebab tu I kata volunteer. Tapi dah susun elok-elok pun, orang dah siap bayar tu tak pandai-pandai nak susun ikut jenis. I tak fahamlah orang Malaysia ni. Tahap bebal dia macam tak boleh diubat tau. I dengan Miya dah hilang sabar, kita orang ceramahlah dekat orang yang tak pandai nak letak bakul ikut jenis tu kan. Eh lepas tu dia marah kita orang balik. Dia kata susun bakul tu bukan kerja dia. Pandai-pandailah staf susun balik. Bila dia dah start tinggi suara tu, I pun naik anginlah. I kata…”

“Kata apa?” Seingat Zahran, ketika Arianna bercerita tentang insiden itu tempoh hari, dia tidak bercerita sedetil ini. Hanya memberitahu pengawal keselamatan terpaksa campur tangan.

“I kata, ada benda tertinggal dalam bakul ni. Baik awak ambik sebelum staf buang.”

“Benda apa?” Zahran penasaran., apatah lagi melihat Arianna seperti menahan ketawa.

“Your brain. Lepas tu dia bengang, dia maki-maki I dengan Miya.” Arianna terkekeh.

Zahran menggeleng. Dia yang sudah berbaring di katil, mengalas kepala dengan dua tangan. Arianna yang sedang membersihkan mekap di mukanya dipandang. “Lain kali tak payah masuk campur benda remeh yang tak ada kena mengena dengan you. Buang masa dan tenaga.”

“Siapa kata tak ada kena mengena dengan I? Mata I…” Arianna tunjuk ke arah matanya. “…yang tengok. And telinga I yang dengar Miya mengomel tak berhenti-henti. I yang mula-mulanya tak kisah pun jadi kisah. Sampai I terfikir, ya betul jugak. Apa salahnya kalau susun elok-elok kan?”

“Betullah tu. Tapi tak payahlah sampai nak bergaduh.”

“I tak bergaduh Biy. I tegur dengan baik. Dia yang marah-marah, maki-maki sampai guard masuk campur. Kalaulah dia terima teguran tu dengan baik, susun semula bakul dia, kan selesai.”

Zahran malas berbalah lagi. Tidak penting juga. Bangkit dari baringnya, dia mendekati Arianna yang masih berdiri di depan cermin. Berdiri di belakang Arianna, tangannya melingkar di pinggang isterinya itu. Dagu disangga pada bahu Arianna sebelum tangannya menggeser turun sehingga melekap pada perut rata isterinya itu.

“Is there someone here?” soalnya.

Arianna tersenyum. Fikirnya Zahran sudah terlupa tentang itu, tetapi rupanya tidak. Selagi tidak mendapat jawapan, selagi itu Zahran tidak akan berhenti.

Toleh sedikit kepalanya ke samping, pipi Zahran dikucup singkat. “Kalau ada, I’ll let you the first to know.”

“Okay.”

“Kalau ada, you happy?” tanya Arianna sambil memandang Zahran melalui pantulan cermin di depannya.

“Of course I’m happy. I already have a few names popping up in my mind for the baby.”

“Really?”

“Yeah.”

“I love you, Biy.” Menyandarkan tubuhnya pada Zahran, Arianna tersenyum. Reaksi Zahran membuat Arianna jadi tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu.

“I love you too.”

.
. .

SELEPAS rehat tengah hari, Arianna tidak kembali ke pejabat. Sebaliknya dia menuju ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Malam ini dia akan membuat kejutan dan memberitahu berita gembira itu kepada Zahran.

Oleh kerana sudah membuat temu janji, dia tidak perlu menunggu lama sebelum dipanggil untuk bertemu doktor.

“Hai…” Doktor Wan Hasmah tersenyum sebelum mempersilakan Arianna duduk.

“Hai doktor.”

“Sebelum scan, I nak tanya beberapa soalan dulu ya.”

“Sure.”

“Dah buat UPT kat rumah ya?”

“Ya. Dua kali and dua-duanya positif,” jawab Arianna.

Doktor Hasmah mengangguk-angguk. “Bila last period puan? Maksud saya, hari pertama period terakhir puan.”

“28 Mac.” Cepat Arianna menjawab kerana dia sudah bersedia dengan semua jawapan sebelum datang ke klinik.

“Period tetap setiap bulan?”

“Boleh dikatakan tetap. Menstrual cycle dalam 28 hingga 30 hari.”

Doktor Hasmah kelihatan membuat kiraan sementara Arianna hanya memandang dengan dada berdebar.

“Kalau ikut kiraan saya, EDD mungkin 4 Januari tahun depan. Tapi kita scan dulu ya?”

Arianna mengangguk. Debaran jantungnya semakin menjadi-jadi. Bukan takut, tetapi teruja. Malah boleh dikatakan tidak sabar juga untuk menyampaikan khabar gembira ini kepada Zahran.

Berbaring di atas katil, Arianna sedikit meremang apabila gel disapukan ke perutnya. Doktor Hasmah melabuhkan duduk di sebelah katil sebelum meletakkan transduser di atas perut Arianna. Menekan sedikit transduser itu, dia gerakkan sambil matanya memerhati skrin yang memaparkan imej 3D.

“Ni kantung dia.” Doktor Hasmah menunjukkan imej berbentuk bulat pada skrin. “Bulat and tegak…Maksudnya tak ada masalah.”

Lega Arianna mendengar kata-kata Doktor Hasmah. Perasaan teruja sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Bibirnya tidak berhenti mengukir senyum.

“Tapi…”

Perkataan tapi dari mulut Doktor Hasmah membuat senyum Arianna perlahan memudar. Apatah lagi melihat wajah doktor itu berkerut dalam saat memerhati skrin.

“Tapi apa doktor?” tanya Arianna.

“Saya tak nampak fetal pole dan heartbeat. Kena buat transvaginal ultrasound.”

Arianna mengangguk menyetujuinya dengan perasaan yang sudah kacau-bilau. Debar jantungnya usah ditanya lagi.

Tidak ada degupan jantung bukan perkara baik, bukan? Tetapi dia tetap ber berharap dan berdoa supaya semuanya baik-baik sahaja. Harapnya itu hanya kesilapan teknologi perubatan yang direka oleh manusia yang tidak sempurna.

“Saya mula ya?”

Arianna mengangguk. Berkerut wajahnya saat Doktor Hasmah memasukkan transduser ke dalam vaginanya.

Doktor Hasmah memerhatikan skrin dengan wajah yang masih berkerut, membuat Arianna menjadi semakin tidak enak.

“How is it, doctor?”

“Saya masih tak nampak fetal pole. Heart beat pun tak ada. Kalau ikut kiraan saya tadi, kandungan puan dah enam minggu. Sepatutnya dah boleh dengar heart beat.”

Jatuh air mata Arianna tidak semena-mena, namun cepat-cepat dia menahan dirinya supaya tidak terlalu emosi.

“Tapi tak apa. Terlalu awal untuk saya diagnose. Mungkin masih terlalu kecil, jadi tak nampak dan tak dapat detect lagi. Saya akan tetapkan appointment puan dua minggu lagi, so that kita boleh scan sekali lagi untuk confirm ya?”

Arianna mengangguk walaupun harapan yang dia letakkan setinggi awan tadi terasa lebur hancur menjadi debu. Rasa gembira dan teruja saat melangkah ke klinik sirna serta-merta terganti dengan rasa kecewa, sedih yang dia sendiri tidak mampu gambarkan.

Longlai langkahnya keluar dari klinik menuju ke kereta, di mana pemandunya sedang menunggu.

Meloloskan tubuhnya ke perut kereta, tangan menggagau telefon di dalam tas. Jemari menggeser skrin mencari nombor Zahran sebelum telefon dilekapkan ke telinga.

Beberapa kali deringan, panggilannya bersambut.

“Helo sayang. What’s up?” tanya Zahran. Suara dan nadanya jelas menggambarkan yang dia sedang sibuk mengerjakan sesuatu.

“Biy…” Arianna tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tahu Zahran tentu sedang sibuk, tetapi dia benar-benar perlukan suaminya saat ini. Kebam bibir, dia menahan tangisnya supaya tidak lolos keluar.

“Hei, kenapa ni? Kenapa suara macam tu? Tak sihat ke?”

Nada Zahran yang sudah bertukar lunak dan lembut membuat tangis Arianna pecah juga. Teresak-esak tangisnya membuat Zahran juga panik tidak semena-mena.

“Hei…Hei…Arianna, kenapa ni? What happened? You kat mana ni?”

“Biy…” Tangisannya semakin menjadi-jadi sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa.

“You kat mana sekarang ni? Tell me. I pergi ambik.”

“Biy…I tahu you sibuk, you banyak kerja, tapi you boleh balik sekarang tak? I’m sad. I’m so sad and I need you. Please…” Tenggelam suara Arianna dalam tangisannya namun masih difahami jelas oleh Zahran.

“Okay, I balik sekarang. Calm down, okay? Tunggu I balik.”

“Okay.” Arianna memutuskan panggilan dan tangisnya bersambung lagi membuat pemandunya berkali-kali melirik cermin pandang belakang. Namun dia tidak berkata apa-apa memandangkan Arianna sudah menghubungi Zahran tadi.

SESAMPAI di rumah, laju Zahran membawa langkahnya ke bilik. Gopoh-gopoh dia membuka pintu bilik sebelum dia melihat susuk tubuh Arianna berbaring membelakangi pintu. Terhinggut-hinggut tubuh isterinya itu menunjukkan dia masih menangis.

Segera Zahran mendekati Arianna sebelum melabuhkan duduk di birai katil. Tangannya terhulur menyentuh bahu Arianna lalu meramasnya lembut.

Arianna toleh. Demi melihat Zahran, Arianna bangkit lalu memeluk tubuh suaminya itu. Tangis yang sempat reda kembali menjadi.

Tidak segera bertanya, Zahran membalas pelukan Arianna. Dibiarkan Arianna menangis sepuas-puasnya sambil tangannya bergerak mengusap lembut belakang badan isterinya itu.

“I sedih Biy. He’s not there.”

“Siapa?” tanya Zahran separuh berbisik. Berdebar ingin mengetahui lelaki mana yang membuat Arianna menangis sampai begitu sekali. Apa Aaron? Atau Datuk Eric? Atau Tan Sri Albert. Ya, tiga lelaki itu saja yang dia tahu amat dekat dalam pusaran hidup Arianna. Tetapi jika sesuatu berlaku kepada Datuk Eric atau Tan Sri Albert, tentu dia juga akan tahu.

Tiada jawapan daripada Arianna kerana esakan menenggelamkan suaranya.

“Calm down okay? Berhenti menangis. Tell me what happened.” Zahran bersuara sedikit memujuk.

“He’s not there. Doctor tak dapat detect dia punya heart beat.” Terbata-bata suara Arianna melawan sedu-sedannya.

“Siapa?”

“The baby. Our baby…”

Menegang tubuh Zahran dengan jawapan Arianna. Pelukan erat pada tubuh Arianna melonggar seketika.

“Our baby?”

“Dia tak ada Biy. Doktor tak nampak fetal pole and his heartbeat. I’m so sad…I want to surprise you…but…but…” Arianna terhenti. Esakan yang menjadi-jadi membuat dia tidak mampu bersuara.

“It’s okay…It’s okay. Tenangkan diri dulu.”

Arianna tidak bersuara. Memeluk erat tubuh Zahran, kepalanya ditenggelamkan di dada suaminya itu. Pelukan hangat dan tangan Zahran yang sedang membelai belakang kepalanya membuat dia sedikit tenang walaupun perasaan sedih masih beraja.

“DOKTOR dah set appointment untuk scan sekali lagi,” ujar Arianna setelah selesai bercerita. Sesekali esakannya lolos kerana terlalu lama menangis.

Zahran merenung Arianna lama. Melihat tangisan Arianna, dia turut merasai kesedihan itu. Dia faham kekecewaan Arianna. Dia juga kecewa, namun dia reda.

“Kalau macam tu minggu depan kita pergi sama-sama.”

“Sorry I tak bagitahu you. I just want to surprise you. Tapi tak sangka jadi macam ni.” Arianna menunduk dengan air mata yang kembali bertakung di kolam mata.

“It’s okay,” ujar Zahran. Satu tangannya terhulur mengusap lembut pipi Arianna.

“Thanks Biy. Mesti you penat berkejar-kejar balik sebab I.”

“Don’t mention that. You’re my wife and I’ll do anything for you.”

Arianna tersenyum dengan mata berkaca. “I love you.”

“I love you too.”

“Now I’m tired.” Terlalu banyak menangis membuat tubuhnya letih dan kepalanya terasa berdenyut.

“Come.” Zahran menaikkan kedua-dua kakinya ke atas katil sebelum berbaring dan menarik Arianna tidur di atas lengannya.

Arianna berbaring selesa, mengiring sambil memeluk tubuh Zahran. Tidak lama, dengkuran halusnya kedengaran menunjukkan dia sudah terlena. Zahran menunduk sedikit, memandang wajah tidur Arianna sebelum satu kucupan dia hadiahkan pada puncak kepala isterinya.

DUA minggu berikutnya Zahran menemani Arianna untuk membuat pemeriksaan sekali lagi.

“Whatever happens, I want you to know that I'm always with you,” ujar Zahran sambil menggenggam erat tangan Arianna ketika mereka beriringan menuju bilik Doktor Hasmah.

Arianna mengangguk dan tersenyum. Sejak melangkah keluar dari rumah, dia tidak mampu berkata apa-apa. Terlalu takut untuk berdepan kenyataan, tetapi pada masa yang sama, mengharap supaya semua tetap baik-baik saja.

“I love you,” ujar Zahran. Tangan Arianna yang berada di dalam genggamannya dibawa ke bibir lantas dia mengucupnya lembut.

Arianna mahu membalas I love you too tetapi dia tidak mampu. Akhirnya dia hanya merespon dengan mengeratkan tautan jemarinya dengan Zahran.

Sehingga Arianna berbaring di atas katil untuk melakukan imbasan sekali lagi, Zahran tidak melepaskan tangan isterinya itu. Apa saja keputusannya dia terima. Sedih dan kecewa sudah tentu. Tetapi dia yakin Tuhan tentu sudah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk dia dan Arianna.

“Ada keluar darah dalam tempoh dua minggu ni?” tanya Doktor Hasmah.

“Tak ada,” jawab Arianna.

“Is it blighted ovum, doctor?” tanya Zahran. Sepanjang minggu lalu dia dan Arianna sibuk membuat carian tentang sindrom yang dialaminya isterinya itu. Blighted ovum atau kehamilan tanpa janin atau kantung kosong.

“Bukan blighted ovum sebab yolk sac ada ni. This is missed miscarriage,” ujar Doktor Hasmah.

“Kantung pun dah makin kecik ni. Hari tu kita tengok bentuk dia bulat dan tegak kan. Sekarang dah leper. Maksudnya…” Doktor Hasmah jeda. Memandang Arianna yang tidak bersuara sejak tadi sebelum mengalihkan pandangannya kepada Zahran. “…kandungan puan tak menjadi.”

Zahran merasa genggaman Arianna pada tangannya semakin menguat. Seolah-olah isterinya itu sedang mencari kekuatan untuk meredam emosi yang terpukul dengan fakta yang baru didengarnya.

“Apa puncanya doktor?” Arianna akhirnya bersuara.

“Tak ada sebab yang jelas untuk missed miscarriage. Tapi secara teorinya, 50% keguguran berlaku disebabkan jumlah kromosom yang tak normal pada embrio. Kadang-kadang kalau ibu mengalami trauma atau kecederaan fizikal pun boleh jadi penyebab jugak. Tapi apa pun sebabnya, jangan salahkan diri sendiri. Keguguran boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Kita percaya pada ketentuan Allah ya? Insha’Allah dia akan gantikan yang lebih baik.”

Arianna hanya mengangguk samar.

“So, apa yang kita kena buat sekarang?” tanya Zahran.

“Ada dua option untuk gugurkan kandungan tu. Satu, kita akan bagi ubat untuk induce abortion supaya kandungan gugur dengan sendiri. Kedua, D&C. Tapi disebabkan dah lama, almost dua minggu, saya tak suggest ubat sebab chances untuk gugur sendiri tu 50-50. Dan ubat ni pun ada side effect. Akan menyebabkan cirit-birit yang teruk dan pada masa yang sama akan mengalami contraction.”

Zahran memandang Arianna. Apa pun Arianna yang akan melaluinya, dan dia mahu Arianna yang membuat keputusan untuk dirinya.

SETELAH berbincang dan mempertimbangkan sedalam-dalamnya, Arianna memilih D&C dan Doktor Hasmah sudah menetapkan satu tarikh untuknya.

Berjalan keluar dari bangunan hospital, tiada sesiapa antara Zahran dan Arianna yang bersuara.

Zahran melepaskan tautan tangan mereka lalu memeluk bahu Arianna. Spontan Arianna menyandarkan kepalanya pada dada Zahran sebelum satu tangannya bergerak memeluk pinggang suaminya itu.

Masih tidak bersuara, mereka meneruskan langkah menuju ke kereta. Zahran membukakan pintu untuk isterinya itu namun Arianna tidak segera masuk. Tidak semena-mena dia memeluk Zahran dan tangisan yang dia tahan sejak dari rumah tadi lolos juga.

“It’s okay,” pujuk Zahran.

Tiada jawapan dan Zahran hanya membiarkan Arianna menangis dalam pelukannya. Setelah dirasakan agak tenang, Arianna meleraikan pelukan.

“Thank you for being there for me,” ujar Arianna.

“You’re my wife and I love you. Of course I’ll always be there for you.”

“You tak sedih?” tanya Arianna. Sejak tadi dia memerhatikan Zahran yang kelihatan tenang.

“Arianna…” Tangan Zahran terhulur menyisip rambut Arianna yang sudah menempel di sisi wajah akibat menangis tadi. “…I’m happy if you’re pregnant and I’m not sad if you’re not. Apa yang berlaku, apa yang tak berlaku dalam hidup kita, semuanya kehendak Tuhan. Don’t be sad, okay? It’s not your fault.”

Arianna mengangguk samar. Sedikit tenang selepas mendengar kata-kata Zahran. Sedih kerana harapan untuk punya bayi akhirnya tidak kesampaian, namun dia beruntung kerana memiliki suami yang memahami dan penuh pengertian. Sentiasa ada untuknya, mendengar dan melayan tangisan dan kesedihannya saban malam tanpa jemu. Kata pujukan yang sama, tetapi Arianna akan berasa tenang setiap kali mendengarnya.

Share this novel

Azie Sitam
2022-10-17 09:10:36 

bila nk update capter baru ni,x sabar nk tggu seterusnya

m mokhdzir
2022-10-11 20:50:03 

I penah berada dlm situasi ari, 2x kandungan x jd sama kes dgn ari. Yes Allah is the best planner, now im expecting my 4th baby.

Mikraj CC
2022-10-10 07:35:26 

Isnin/ari ni cuti, tk kejo...


NovelPlus Premium

The best ads free experience