Bab 6

Other Series 1884

Aq hanya melihat si dia bersandar di pokok redang sambil menulis sesuatu diatas daun kering.

"Mya..aq rasa dah sampai masanya kau lupakan dia.Aq akan buat apa sahaja untuk ubati kau. Aq pastikan kau akan..."ujar pemuda sambil menggosok rambut perangnya hingga berserabai.

Dia mengikuti setiap langkah kaki Mya.Selama ni dia tahu gerak geri Mya cuma dia tak sangka Mya tahu keberadaannya.

"Kau siapa?keluarlah aq tau selama ni kau selalu ikut aq kan."ujar Mya tanpa memalingkan mukanya ke belakang.

Iyan terkejut apabila Mya tau dia mengikutinya dia cuba utk pergi dr situ.Dia tak bersedia utk berdepan dgn Mya.

Tak sempat dia memalingkan wajahnya, Mya terlebih dahulu memandangnya mujur topi hitam mampu melindungi mukanya. Dia hanya menundukkan wajah nya dr dilihat oleh Mya.

Mya mula bergerak sedikit demi sedikit mendekatinya manakala Iyan sebaliknya dia mengundurkan bdnnya.Tanpa ia sedari dia tersadung akar pokok yg menjalar.

Kedebukk!.Iyan seperti nangka busuk yg bwu jatuh dr pokok.Dia cuba utk berdiri tp kakinya sakit mungkin terseliuh terkena akar pokok.
"Aduh,sakitnya kaki aq".keluh Iyan.Mya yg terkejut dgn keadaan tu terus pergi kearah lelaki itu cuba utk membantu.

kepakaran Mya dlm memberi bantuan sudah sebati dlm hidupnya. Dia yg merupakan antara ahli sukarelawan di Universiti sudah diajar kemahiran asas.Mya mengurut kaki lelaki itu sebelum mengambil tuala kecil dilehernya lalu mengikat kaki Iyan bersama akar pokok yg keras dan tegak.

Walaupun Iyan menolaknya beberapa kali Mya tetap membantunya.

"Kenapa dia tk takut dgn aq..sedangkan dia tau kehadiran aq.Pelikknya perempuan ni mana tau aq penjahat ke?".Bisik Iyan sambil menilik setiap inci wajah Mya dia tk sangka Mya sangat cantik apabila dilihat dgn lebih dekat.

Banyak persoalan yg timbul di fikirannya,ingin saja Mya menghamburkn segalanya namun dia kekal tenang.

"Betulke dia ni? tp aq ingat lagi warna rambut yg sedikit coklat keperangan, hidung mancungnya,bentuk keningnya dan yg paling penting skali matanya yg redup seakan-akan sama dengan si dia tp beza mereka warna kulit. Warna kulit lelaki ni seperti kuning langsat manakala org yg dirinduinya kulitnya putih pucat."Bisik hati Mya.

Pandangan mereka mula bertaut namun fikiran mereka memberi persepsi yg berbeza.Iyan takut apabila Mya asyik memandangnya padahal selama ni dia mula menutupi rupa parasnya dari Mya manakala bagi Mya dia mula mencari seseorg didalam diri lelaki tu tapi tetap tk jumpa.

Iyan melarikan pandangannya sebelum memakai kembali topi hitam bagi melindungi rupanya.
Iyan cuba utk pergi dr situ dengan susah payah dia mengheret kakinya.Badannya yg tidak seimbang membuatkan seseorg mengambil tangannya lalu meletakkan ke bahu seseorg.
Waktu tu muka Iyan seperti udang terbakar, apabila Mya membantu memimpinnya hingga ke bawah pokok yg rendang. Jika diikutkn fikirannya yg tk waras waktu tu ingin saja dia menolak tubuh Mya kedlm air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience