"Matt, kita akan buat meeting untuk acara yang Cikgu Abdul cakap semalam."
"Bila? Kau inform ja masa, kita try bincang."
"Aku kena bincang dengan kau planning dan ketua ketua yang akan terlibat untuk acara tu. sebab Cikgu Abdul cakap akan ada beberapa sekolah lain yang terlibat termasuk 3 buah sekolah International."
"Alang-alang malam ni aku gi lepak dengan Jay, kita bincang malam ni boleh?"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Gerbera!"
"Eh, Madam. Kenapa Madam?"
"Tadi Cikgu Steven suruh Madam cari kamu berkenaan dengan Mackenzie. Madam ingat kamu dua adik beradik."
"Cikgu Steven?"
"Yes. You can go to his room now."
"Alright! Thank you Madam!"
"Matt, kau balik kelas dulu. Nanti kita bincang lagi. Tolong cakap ngan cikgu aku lambat masuk kelas nanti. Bye Matt!" Aku berlari menuju ke bilik guru.
"Alright!" balas Matt.
Tiba di depan bilik yang paling digeruni oleh pelajar Sekolah Menengah Timberland. Aku melihat terdapat sosok tubuh yang sangat ku kenali. Aku menepuk bahu nya.
"Oi! Kau buat apa lagi ni bangang?"
Ya, Mackenzie Jay nama penuhnya, aku memanggil dia Jay. Kawan lelaki ku dari kecil yang selalu timbulkan masalah tapi seorang yang sangat baik.
"HAHAHAHA Tan. Sorry Tan. Tadi aku cakap mama dengan papa outstation. Jadi, macam biasalah kau jadi orang perantaraan."
"Ergh! Dah la jom masuk!"
(pintu diketuk)
"Masuk. Eh Gerbera. Duduk."
"Sorry Cikgu. Mesti cikgu dah menyampah tengok muka saya kan", kataku sambil bergurau.
"Macam biasa la Gerbera, kamu pun tahu masalah kawan kamu ni. Dari dulu sama saja sampai saya pun tak tahu macam mana nak menghukumnya. Jadi, kamu tolong sampaikan dekat ibu bapa Jay tentang hal ini." Cikgu Steven menghulurkan sekeping kertas kepada ku. Yah, paling tidak surat amaran dari pihak sekolah untuk Jay. Cikgu Steven merupakan sahabat baik kepada orang tuaku dengan orang tua Jay. Kerana itulah beliau berani marah dan berkasar dengan Jay.
Aku dan Jay keluar dari bilik Cikgu Syl.
"Thanks Tan! hehehe memang kawan terbaik la!"
"Dah lah Jay. Kau merokok lagi? belakang tandas?"
"Eh tak lah Tan."
"Habistu?"
"Merokok di depan pagar sekolah, bukan belakang tandas.".
"JAY!!!"
"HAHAHAH Sorry la Tan."
"Kau ni kan. Aku dah cakap la jangan merokok di kawasan atau tempat yang berdekatan dengan sekolah."
"ya ya"
"Kau mau tau?"
"Apa? Nak ponteng kelas cikgu Amber ke? Jom la kalau nak!"
Aku menceritakan cerita yang diberitahu salah seorang kawanku semalam. Cerita dimana ada beberapa pelajar tidak puas hati dengan aku. Ada yang mengatakan aku tidak pernah menggunakan kuasa ku sebagai ketua pengawas mengambil tindakan kepada Jay yang sering membuat masalah. Sejujurnya, aku sendiri tidak pernah menangkap Jay membuat masalah. Yang sering menangkapnya adalah pengawas lain.
"Oh. benda ni kan perkara biasa. dah la kau rilek ja, aku hormat kau sebagai ketua pengawas di sekolah ni. Kan kita dah janji kalau aku buat hal kita bersikap profesional", kata Jay.
Jay seorang yang suka bersikap adil dan dia tidak pernah menggunakan namaku untuk perkara-perkara yang dia lakukan di sekolah. Kami berdua terus balik ke kelas. Ya, kami berdua satu kelas. Dari prasekolah sampai tingkatan 6 yang sekarang. Bosan? hahaha, tentu saja la. Balik sekolah tengok muka si Jay, datang sekolah tengok dia lagi. Tapi, dia kawan terbaik ku. Aku terkenal dengan sikap ku yang tidak berapa rapat dengan pelajar lain dan kebanyakan pelajar menganggapku susah untuk dibuat kawan. Itu disebabkan aku jenis yang jarang bercakap, tapi bila melakukan tugas, aku lebih laju dari kata-kata yang keluar dari mulut ku. Mungkin itu yang menyebabkan aku dipilih oleh guru-guru sekolah ini jadi ketua pengawas. Lagi lagi aku terkenal dengan perwatakan ku yang tegas bila melakukan tugasku.
"Apa hal Tan? Kenapa lama sangat kau diluar? Aku tak nampak kau pun tadi masa balik meronda", tanya Sha kepada ku.
Gerisha Elia, salah seorang daripada kawan-kawanku di sekolah, yang juga merupakan sebahagian daripada squad pengawasku di sekolah.
"Oh tadi terserempak dengan Madam Jacq, dia pun terus bagitau pasal kekasih pujaan kau tu."
"Jay merokok lagi?" Tanyanya kembali. Hampir seluruh sekolah tahu aku selalu kena panggil guru disiplin ketika Jay membuat masalah.
"Jay tu selalu buat hal. kesian kau Tan. Kalau dia boyfriend kau, dah lama dah aku suruh kau putus dengan dia." ujar Yan.
Maria Yania, yang juga merupakan kawan rapatku di sekolah. Seorang pelajar baru yang datang dari Brunei 8 tahun yang lalu. Tidak seperti Sha, Yan merupakan ketua biro disiplin dalam organisasi pengawasku. Dia jauh lebih tegas dan garang dariku.
"Dahla Yan. Lagi pula mama papa menaruh kepercayaan padaku untuk menjaga monyet itu," ujarku sambil ketawa. Ya, aku memanggil orang tua Jay mama papa kerana keluarga kami sangat rapat.
"Tan, sampai bila kau lagi nak disusahkan kawan kau tu? Kau ingat tak masa aku tangkap dia merokok di padang sekolah bulan lalu? Cikgu Steven panggil kau macam kau sekali yang salah dengannya," ujar Yan lagi. Aku hanya mampu tersenyum kerana aku tahu Jay memang sangat annoying di mata Yan.
Yan dan Sha telah masak dengan perangai Jay yang mereka anggap menyusahkanku. Yan sangat tidak suka dengan Jay, berbeza dengan Sha.
Sha suka dengan Jay tetapi Jay tidak pernah mahu menerimanya. Aku pernah bertanya kenapa berkaitan hal itu dengan Jay. Jay kata, "Sha tu kawan aku bongok. Kau sendiri tau aku macam mana. Nanti aku kecewakan dia, aku terpaksa dengan kau membebel lagi."
Itulah apa yang dikatakan oleh Jay setiap kali Sha memberitahu isi hatinya kepada Jay. Aku juga tidak menghalang dan tidak memaksa Jay untuk menerima. Apa yang dikatakan oleh Jay ada betulnya juga. Sebab Jay sangat sangat nakal. Dia suka mengganggu orang lain kecuali Yan dengan Sha.
Biar aku bagitau kenapa dia tidak mau mengganggu mereka. Jay tidak pernah mau mengganggu Yan kerana Jay tidak suka Yan sering membebel dan Yan saja yang berani memukul Jay. Sha pula kerana Jay tahu aku sangat protective dengan Sha. Sha jenis yang senang dibuli. Disebabkan oleh itu aku protective dengan Sha. Jadi, Jay tidak mau mengganggu dia kerana Jay tahu cerita Sha itu macam mana.
"Pelik la Tan. Aku dari dulu tertanya tanya kenapa si Jay tu kalau kau bercakap dengan dia, dia terus berhenti bercakap. Tapi kalau aku yang bercakap, dergh dia boleh rap kalah Eminem."
Perkara itu sering diungkapkan Yan kepadaku. Ya, aku tau jawapan kepada soalan itu. Cuma, dia masih tidak dapat terima jawapan itu. Dan bukan Yan dengan Sha saja beranggapan Jay akan diam jika aku yang bercakap atau memarahinya, malah pelajar lain dan guru guru di sekolah itu pun beranggapan yang sama.
"Yan, aku kan dah cakap, Si Jay tu tak suka orang membebel terus. Kau kenal slow talk dengan dia. Mama dia pun tak pernah membebel dengan dia." begitulah jawapanku ketika soalan itu ditanya oleh Yan.
Setiap kali mendengar aku cakap begitu, aku lihat riak Yan menunjukkan riak wajah yang menjengkelkan. Aku hanya mampu ketawa.
Aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan 9:00 am. Cikgu Amber iaitu cikgu sejarah kelasku masih tidak masuk lagi. Aku memanggil Keira, ketua kelasku. "Mana Cikgu Amber?", tanyaku. "Guru guru tingkatan 6 ada meeting dari jam 7 lebih tadi. Tak pasti kalau cikgu masih meeting atau tak." Begitulah jawapan Keira.
Kedengaran suara bersorak di belakang kelas. Sudah tentunya suara-suara yang ku kenal. Suara Jay, Matt dengan Adit. Oh lupa aku nak kenalkan;
Matt, Matt Naven nama penuhnya. Ingat bila aku sebut aku ketua pengawas di sekolah ini? Matt adalah penolong ketua pengawas ku yang terbaik. Boyfriend Yan. Seorang lelaki yang sangat protective dan sabar.
Adit atau Adit Irwan seorang pelajar lelaki mix Malaysia Indonesia yang telah pindah ke sekolah ini sejak aku tingkatan 4 yang lalu. Pemain terbaik bola keranjang dalam team yang dikendali oleh Jay.
Mereka berdua merupakan kawan rapat Jay di kelas. Jay, Matt dan Adit adalah pelajar lelaki yang paling popular dalam kalangan pelajar yang lain terutamanya para junior. Ada yang mengatakan bahawa mereka adalah boyfriend goals.
Kami berenam sangat rapat. Apa-apa perkara di sekolah kami akan selalu bersama. Bagiku mereka merupakan punca aku kenal erti kawan. Orang yang selalu jadi tulang belakangku.
Share this novel