Intro

Fantasy Series 388

Sesuatu kekayaan itu pasti mengundang akan kedengkian,kerakusan serta ketamakan yang mana mengundang akan kehancuran. Kekayaan itu datang dari pengetahuan dan kebijaksanaan.

Kebijaksanaan itu selalu diukur dari segi sejauh mana seseorang itu mampu kenguasai pengetahuan namun kebijaksanan itu mampu tewas apabila pengetahuan itu berjaya mengoda sifat ingin tahu seseorang itu.

Ilmu teknologi, pengwapan serta kimpalan adalah ilmu agung bagi kerajaan ini dari sumber hasil bumi besi, mineral,tembaga,perak serta emas membawa kerajaanku ini ke mata dunia.

Selamat datang ke "PERKASA" kerajaan bertahtakan ilmu teknologi...

***

Kapal-kapal bahtera biasanya mengah meluncur di atas permukaan air berlumba-lumba merantau bengelilingi benua. Tapi bagaimana aku katakan kapal bahtera tidak lagi meluncur di atas permukaan air?

Tapi mengapa? Itu persoalan yang mana akan bermain dalam fikiran kalian .

Bila kau mendongak kelangit pastinya mata kau akan tertumpu pada bidangnya langit yang membiru tapi kini sudah berubah langit membiru tidak lagi biru tubuh bidangnya bersembunyi di balik kepulan awan yang marak.

Mesin-mesin berenjin wap panas mula mengusai laluan langit kapal-kapal bahtera sudah mula meluncur di atas awan-awan marak dan itu semua tidak mustahil jika kalian adalah rakyat Perkasa.

Itu baru sedikit belum aku ceritakan lagi bagaimana majunya bandar-bandar di Perkasa. Struktur bangunanan yang komplex berdindingkan besi tembaga lantai di tutupi marmar dengan sistem solar bagi setiap bumbung perumahan.

Kederaan bertubuhkan mesin raksasa tidak asing lagi bagi setiap bandar di sini. Jalanan raya dipenuhi kenderaan bermesin cangih . Melihat anak-anak berlari berkejaran sambil membawa alatan mesin tidak asing lagi bagi kota ini.

Ilmu engineering adalah mata pelajaran wajib bagi anak-anak muda di kota ini. Jawi adalah tulisan rasmi bagi kerajaan Perkasa . Mesin sudah menjadi kawan baik buat penduduk di Perkasa membuatkan kota ini kaya dengan ilmu pengetahuan.

Di Pusat kota Perkasa Bandar dimana segala teknologi di cipta di sini Bandar Jong di bangkit menjadi peneraju kearah perkembangan ilmu teknologi bagi kerajaan Perkasa.

Bandar Jong bukan sahaja bandar mulanya ilmu teknologi berkembang namun pusat bandar ini menyimpan sumber tenaga asing yang mana merupakan jantung kepada seluruh kerajaan Perkasa sumber tenaga yang sangat menjadi perhatian oleh mata-mata di seluruh dunia.

Sumber yang datangnya dari tujuh Altar yang berada di atas tujuh buah gunung yang mengelilingi pusat bandar Jong menyalurkan tenaga buat penduduk di kerajaan Perkasa dan sumber itu datang dari tujuh bilah keris yang digelar Keris Naga.

Sunguh maju bukan Kerajaan ini siapa sahaja tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan ini kan? Itu apa yang orang tuaku cuba lakukan 9 bulan lalu dengan mengahwinkan puteri mereka kepada putera dari kerajaan Perkasa Andika Arjuna.

Namun...

Segalanya berubah sejak hari itu ...

(9 bulan selepas rombongan perkahwinan)

"Huh"

"Huh"

"Huh"

Suara tercungap-cungap dari nafasku yang cuba sedaya upaya berlari dibalik bangunan-bangunan roboh dengan kesan luka tembakan pada bahu kiri ku.

Kedua belah tangan ku masih terikat gari besi memerangkap pengelangan tanganku. Mata aku meliar mencari jalan keluar melepaskan diri. Jentera gergasi mengejar dari belakang menembakkan pelurunya kearah ku namun aku pantas bersembunyi di balik dinding runtuhan.

Luka darah pada bahuku mula mengalir deras aku tidak tahu berapa lama lagi aku mampu bertahan.

"Bam!!'

Jentera gergasi itu meledak dek hentaman peluru bazooka yang datang entah dari mana.

"Kau Ok? Mari sini ikut aku " seorang lelaki berwajah jambu entah tiba-tiba muncul memapah tubuh ku membawa pergi ke tempat selamat.

Dan itu adalah saat pertama kali aku berjumpa dengan dia yang megelar dirinya kesatria Kasturi.

Jadi dalam fikiran kalian pasti tertanya-tanya apa yang sedang terjadi pada aku Tengku Lela Saputra dan nasib robogan aku bukan? Jadi mari ikuti pengembaraanku dalam merungkai tragedi berdarah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience