Rate

Sunny - Part 1

Vampire Series 513

"Dale, kau ada tak baca artikel yang tengah hangat sekarang ni?" tanya Amber selepas membaca sebuah artikel seram di telefon pintarnya.

"Kau ni macam tak kenal aku pulak. Aku manalah nak layan artikel-artikel mengarut kat Internet ni. Kalau kau tanya pasal game tahulah aku," jawab Dale yang sedang leka bermain permainan video di telefon pintarnya. Jarinya ligat menggeser skrin telefon pintarnya itu untuk mengalahkan 'musuh'.

"Ish kau ni, game game game. Tu je lah yang kau tahu," marah Amber.

"Ada apa dengan artikel hangat kau tu? Menarik sangat ke?" Dale mematikan telefon pintarnya lalu menatap wajah Amber untuk mendengar ceritanya tentang artikel tersebut.

"Ni ha. Ada satu tempat di sebuah kampung ni yang dikatakan mempunyai dua buah kerajaan puntianak. Satu kerajaan dinamakan Dark Lord Kingdom dan satu lagi dinamakan Dark Vold Kingdom,"

"Hah?! Apa yang kau merepek ni? Dark Lord Kingdom, Dark Vold Kingdom pulak," sampuk Dale. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana melihat kerenah Amber yang terlalu mudah percaya dengan perkara-perkara karut sebegitu.

"Kau janganlah menyampuk! Aku belum habis cakap lagi kan," marah Amber.

"Dark Lord Kingdom ni kerajaan puntianak yang hidup dengan darah manusia, Dark Vold Kingdom pulak kerajaan puntianak yang hidup dengan darah haiwan. Sesiapa sahaja yang pergi kat sana mesti akan hilang kerana diculik oleh puntianak Dark Lord Kingdom. Katanya mereka akan dijadikan mangsa kepada Queen of Darkness, ratu kerajaan Dark Lord Kingdom," sambungnya.

"Queen? King nya mana? Hahaha," Dale ketawa berdekah-dekah.

"King of Darkness ialah peneraju kepada Dark Vold Kingdom manakala Queen of Darkness pulak ialah peneraju kepada Dark Lord Kingdom," jelas Amber dengan bersungguh-sungguh.

"Macam tu pulak? Diorang laki bini ni mesti ada perselisihan faham sampai nak tubuhkan dua kerajaan," Dale tertawa lagi. Menarik pulak topik perbualan mereka kali ini.

"Ish kau ni! Janganlah ketawa. Macam yang aku cakap tadi la. Dark Lord Kingdom tu minum darah manusia dan Dark Vold Kingdom pulak minum darah haiwan,"

"Hurmm ye la, ye la. Dark Lord Kingdom tu kejam dan Dark Vold Kingdom tu baik, kan?" Dale hanya melayan sahaja kerenah Amber.

"Ha faham pun kau," Amber tersenyum puas.

"Dah faham dah. So?"

"Kita pergi kat sana nak?" Amber teruja.

"Pergi mana?" Dale mengerutkan dahi.

"Pergi kat kampung tu la. Kau tak berminat ke nak saksikan sendiri kesahihan artikel ni?"

"Kau ni gila ke?! Memangla artikel ni menarik tapi ini semua karut je. Kau jangan mudah nak percaya kat benda-benda mengarut ni boleh tak?" marah Dale.

"Kau tak percaya ke kau takut? Kalau kau memang tak percaya dengan 'benda-benda karut' macam ni, apa kata kau ikut je aku pergi kat kampung tu. Kau anggap je kita pergi bercuti kat sana, ada bran?" cabar Amber.

"Jadi kau nak cabar akulah sekarang ni? Okay set! Hujung minggu ni kita pergi kat sana," Dale terus bersetuju. Dale memang sifatnya tidak dapat dicabar, pasti dia akan menyahut cabaran tersebut.

"Macam nilah Dale yang aku kenal," Amber mengenyitkan matanya.

...

Hari yang dinanti-nanti kini sudahpun tiba. Dale dan Amber bertolak ke destinasi yang hendak dituju tepat pukul 8 pagi. Setelah 3 jam perjalanan, mereka telah tiba di sebuah kampung di kawasan pedalaman yang dinamai Kampung Sejengkal.

"Ni ke kampungnya?" tanya Dale setelah memberhentikan keretanya di hadapan warung yang terdapat di kampung itu.

"Kalau ikut alamat, inilah tempatnya,"

"Hmm kalau macam tu, kita rehat kat sini dululah. Aku lapar ni, tak sempat sarapan pun pagi tadi," ajaknya.

Amber mengangguk.

"Aku pun lapar jugak. Jomlah,"

Mereka berdua keluar dari perut kereta lalu mencari meja kosong di dalam warung tersebut untuk duduk.

"Kamu berdua nak makan apa?" tanya seorang lelaki si situ dengan ramah untuk mengambil pesanan mereka berdua.

"Hurmm saya nak nasi goreng dan air sirap je," ujar Amber.

"Kamu?" tanyanya kepada Dale pula setelah mencatat pesanan makanan Amber di buku kecilnya.

"Saya nak nasi goreng jugak dan air teh panas,"

"Okey. Tunggu sekejap ya,"

Mereka berdua menunggu dengan sabar. Setelah 10 minit menunggu lelaki tersebut kembali dengan membawa makanan yang dipesan oleh mereka berdua.

"Ni makanan yang kamu berdua pesan. Terima kasih kerana menunggu," ujarnya mesra.

"Terima kasih," ucap Dale dengan senyuman.

"Abang, boleh tanya sikit tak? Ini ke kampung yang dikatakan mempunyai kerajaan puntianak tu?"

Langkah lelaki tersebut segera terhenti mendengar soalan yang diajukan oleh Amber. Wajahnya kelihatan pucat sekali.

"Kalau kamu datang kat sini semata-mata untuk memgetahui tentang kesahihan khabar angin tersebut, lebih baik kamu berdua balik je kat tempat kamu. Ni kampung manusia bukan tempat kerajaan puntianak yang macam digempar-gempurkan dalam Internet tu," senyuman mesra yang menghiasi wajah lelaki tersebut sedari tadi kini sudah menghilang.

"Tapi kalau semua ni hanya khabar angin je, kenapa..,"

"Kalau dia tak mengganggu kamu, kamu jangan pandai-pandai nak datang mengganggu dia. Buruk padahnya," sambungnya dengan tegas.

"Maafkan kawan saya ni, ya bang. Dia memang mudah terpengaruh dengan benda-benda karut macam ni," sampuk Dale untuk meredakan keadaan yang tiba-tiba terasa tegang.

"Kamu jaga kawan kamu ni baik-baik. Jangan biar dia buat benda yang bukan-bukan. Lepas kamu berdua makan ni, balik terus," arahnya sebelum berlalu pergi.

Dale mengangguk.

"Ish kau ni Dale! Aku tak nak balik! Aku nak siasat jugak kesahihan artikel tu," marah Amber.

"Kau nak siasat apa lagi? Abang tu, penduduk kampung ni sendiri dah kata yang berita tu cuma khabar angin je,"

"Tapi kau tak tertanya-tanya ke kenapa wajah abang tu tiba-tiba pucat tadi? Ni maksudnya dia cuba sembunyikan sesuatu daripada kita!" Amber cuba meyakinkan Dale.

"Ah perasaan kau je tu. Kau makan sekarang. Lepastu kita balik," arah Dale lalu menyuap nasi goreng yang terhidang ke dalam mulutnya.

Seorang lelaki berumur sekitar 50-an yang duduk di sebelah meja mereka tiba-tiba mendekati mereka. Dia telah mendengar segala perbualan mereka.

"Kamu berdua nak aku bawak pergi kat kerajaan puntianak tu?" tanyanya dengan senyuman yang mencurigakan.

"Jadi betullah kerajaan tu wujud? Pak cik boleh bawak kami ke sana?" Amber teruja.

"Kamu memang nak pergi ke sana? Aku boleh bawa kamu ke sana kalau kamu nak,"

Dale menguis kaki Amber lalu memberikan isyarat supaya menjawab 'tidak'. Amber yang tidak mengendahkan isyarat Dale lalu mengangguk berkali-kali.

"Kalau macam tu, senja nanti kamu berdua tunggu aku kat hutan hujung kampung sana," pesannya.

"Okey!"

"Hey Amber! Kau jangan nak buat hal. Aku tak nak teruskan semua benda mengarut ni!" bisik Dale kepada Amber.

"Tapi..,"

"Takde tapi-tapi,"

"Pak cik, takpelah. Kami tak....," kata-kata Dale terhenti setelah melihat kelibat lelaki itu sudah hilang dari penglihatan mereka.

"Mana pak cik tadi?" tanyanya kepada Amber.

"Manalah aku tahu," Amber mengangkat bahunya.

"Aku tak kisahlah mana dia nak pergi. Yang penting sekarang aku tak nak teruskan rancangan karut kau ni," tegas Dale.

"Tapi macam mana kalau pak cik tu nanti tunggu kita lama kat hutan? Kau tak kesian ke kat dia?" soal Amber.

Dale berfikir sejenak. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Amber. Kasihan pula dengan pak cik tu nanti.

"Okey kalau macam tu, senja nanti kita pergi kat hutan tu then kita cakap kat dia yang kita tak nak teruskan rancangan ni," cadang Dale.

Amber mengeluh mendengarnya. Dia ingatkan Dale akan bersetuju semula untuk meneruskan rancangan tersebut tetapi rupa-rupanya keputusan Dale masih sama.

"Baiklah," ujarnya lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience