BAB 13

Drama Series 3443

Habis saja solat Asar dan mengaji alquran, Balqis melangkah keluar dari masjid itu dengan langkah yg longlai menuju ke kereta miliknya. Hampir dengan kereta, telefon Balqis berdering. Balqis mengangkat tanpa melihat siapakah pemanggilnya.
"Assalamualaikum, Balqis!" Balqis memandang telefonnya. DANISH. 'Ada apa Danish tiba-tiba menelefonnya?'

"Ya, waalaikumsalam" balasnya lemah. "KAu kat mana ni? Zulaikha dh cerita semuanya dkt aku. Dia suruh aku tgk" kan kau. Kiteorg risau kau buat bende bukan²." jelas Danish. Danish merupakan kawan rapatnya juga setelah Zulaikha. Dia berteman dgn Danish sejak zaman sekolah menengah lagi.
"Aku okeylah... Aku baru habis solat asar ni.." balas BAlqis. Dia menyandarkan badannya ke kereta. DIa merenung awan yg cantik. Tenang hatinya seketika. "Alhamdulillah...abes skrg kau nk gi mana? Tak mungkin terus balik kan?" soal Danish. Balqis memikirkan kemana hala tujuannya slps ini. "Aku rasa mcm nk lepak tepi pantai lah sekejap. Amik angin...Aku nk bertenang." balas Balqis.
"Dkt mana?” soal Danish lagi. "Hmm..Pantai Cenang? Aku tak pernah lagi pergi sana. Rasanya tak jauh sgt pun dari sini," cadang Puteri. "Ok, take care," ujarnya sebelum menamatkan talian. Kening Balqis sudah berkerut. 'Apa masalah dia ni?' Puteri memasuki ke dalam kereta dan mula bergerak ke Pantai Cenang yg terletak di negeri Kedah itu.

.............................

Ptg itu tidak ramai yg datang berkunjung. Mungkin kerana hari ini bukan hujung minggu. Tapi, itulah yg Balqis mahukan.Kalau boleh dia mahu bersendirian menikmati angin pantai pada petang itu. DIa melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir jam 6 petang. Teringin dia melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Dia berjalan perlahan di tepi pantai bersendirian. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa pada petang itu. Dia kagum dengan keindahan dan kebersihan di Pantai Chenang itu. Dia memerhati sekeluarga bahagia yg sedang bermain di tepi pantai. Terukir senyuman di bibirnya. Berharap suatu saat nanti dia juga dapat menikmati kebahagiaan seperti itu.
Setelah penat berjalan, dia mengambil tempat dia atas pasir di tepi pantai itu dan duduk sambil memeluk lutut. Dia menikmati pemandangan di tepi pantai itu dengan buaian angin yg lembut menyapa wajahnya. Dia memejam mata sambil menghirup udara segar di situ. Apa yg dia rasakan saat itu adalah...tenang. Dia tersenyum.
"Cik Balqis, saya taknak kecewakan awk tapi saya terpaksa tolak. Sbb saya akan berkahwin...dgn wanita pilihan umi saya," Senyuman Balqis mati. Bayangan peristiwa tadi tiba-tiba menerjah fikirannya. "Awk terima dia?" soal Balqis. Yusof mengangguk kecil. ”Awk cintakan dia??" Kalini Yusof tidak bereaksi apa-apa. "Jadi, awk setuju utk berkahwin dgn wanita pilihan umi awk...walaupun tanpa perasaan cinta??" soal Balqis lagi. Yusof diam. "Perasaan cinta itu boleh dipupuk selepas berkahwin, Balqis." balas Yusof. "Awk pasti? Ini keputusan awk?" "Ya. Saya taknak buat umi kecewa klu saya tolak utk berkahwin dgn perempuan itu."
Air mata Balqis mengalir. Dia membuka matanya yg berkaca.Dia melihat ke arah awan yg cantik. 'Dari dulu, nama dialah yg sentiasa berada di dalam doaku. Aku meminta kepada Tuhan agar dijodohkan dengannya. Tanpa rasa malu aku meminta kerana aku tahu, Allah sentiasa mendengar permintaanku. Setelah bertahun-tahun, Allah pertemukan aku dan dia. Aku ingatkan utk menjadikannya dia milikku seperti yg aku inginkan. Namun, takdir berkata lain. Dia takkan pernah menjadi milikku seperti yg aku harapkan. Benar kata org, berharap kepada seseorg itu memang sakit. Memendam rasa cinta terlalu lama juga sakit. Lagi sakit apabila mengetahui kau tiada lagi harapan dengan dia. Kerana...dia akan berkahwin dengan wanita pilihannya.' Air mata Balqis mengalir lagi.

Dia senyum dalam tangis. Mungkin ini petanda dari Allah agar berhenti mengharapkan dia. Belajar utk lupakan dia. Walaupun dia cinta pertamanya. Dia harus redha dengan takdir Allah. Mungkin ada seseorg yg lebih baik yg Allah sudah tetapkan utknya. Ya, dia harus kuat. Balqis mengesat air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience