15

Romance Completed 17053

"Nah sayang. Khas untuk sayang zauj seorang ni." Daniel menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Afrina. Afrina menyambut jambangan muka tersebut dengan muncung di bibirnya.

"Kenapa muka masam ni?" Tanya Daniel sambil mengelus dagu Afrina lembut.

"Kenapa zauj datang lambat konvokesyen Afrina?" Daniel tersenyum sendiri. Barulah dia tahu kenapa isterinya merajuk dengannya.

"Ni hadiah sayang yang baru zauj nak bagi buat hal, sebab tu zauj datang lambat." Mata Afrina terbuntang mendengar perkataan hadiah.

"Mana hadiahnya?" Tanganbya dihulurkan kepada Daniel. Daniel mencapai sesuatu dari belakangnya dan meletakkannya di tangan Afrina.

"Zauj? Seriusly?" Daniel mengangguk. Siapa sangka, rupa-rupanya Daniel menghadiahkan anak mereka kepada Afrina.

"Darmia Batrisya." Kedua-dua mereka ralit memerhatikan Darmia Batrisya yang sedang lena diulit mimpi.

"zauj, Afrina nak tanya sikit lah. Apa yang jadi dengan Liyana?" Soal Afrina sambil mengambil tempat di sebelah suaminya. Daniel yang sedang leka bermain game meletakkan telefonnya di sisi.

"Kenapa sayang nak tahu?" Afrina mengangkat bahu. Dia mengharapkan Daniel mahu bercerita dengannya.

"Okay, macam ni. Liyana dah dihalau dengan family dia. Dengar kata dia dah kahwin dengan orang yang sepatutnya. Tu jelah yang zauj tahu." Terang Daniel sambil mencapai kembali telefon bimbitnya.

"Harapnya dia bahagialah." Daniel menoleh ke arah isterinya yang kelihatan sedikit hampa.

"Sayang kenapa? Tiba-tiba risau pasal orang yang cuba pisahkan kita dulu." Ujar Daniel sedikit hairan. Takkanlah dia taj terasa dengan perbuatan Liyana dulu? Kalau perempuan lain entah-entah dah lebam sebelah mata si Liyana tu tapi Afrina lain.

"Ada budak kolej kata haritu yang Liyana dah kena cerai dengan suami dia. Sebabnya, suami dia dah ada perempuan lain." Daniel melingkarkan tangannya di bahu Afrina. Dia merapatkan Afrina dengan dirinya.

"Sayang, hidup dia biar dia tentukan. Kita ni perlu jaga aib dan jangan sesekali sebarkan cerita yang kita tak tahu kesahihannya."pesan Daniel kepada Afrina. Pipi Afrina dikucup lembut. Afrina mengangguk faham.

"Tapi, sayang tak pernah rasa ke yang sayang untuk dapat zauj?" Soal Daniel sambil tersenyum. Afrina mencubit pinggang Daniel.

"Aduh,tanya pun kena cubit. Sayang, beruntung tak?" Daniel tidak berputus asa untuk mendapatkan jawapan daripada Afrina.

"Mestilah. Afrina orang yang paling beruntung sebab dah dapat miliki zauj. Seronok betul sebab dapat lelaki lembut macam zauj ni. Si lembut, milik aku." Ujar Afrina sambil tersenyum malu. Dia mencuit hidung Daniel yang sedikit mancung.

"Okay, malam ni kita main 'question & answer' nak?" Ajak Daniel sambil memandang isterinya tepat di anak mata. Afrina mengangguk.

"Jom. Lama betul Afrina tunggu nak tanya zauj macam-macam. " ujar Afrina sambil membuat simbol 'V'.

"Mulalah dulu." Arah Daniel penuh lembut. Afrina mengangguk.

"Nak mula dari mana ye? Macammana dengan kerja zauj dulu? Kenapa macam dah tak kerja ye?" Tanya Afrina dambil mencapai kusyen di tepinya.

"Ouh,kerja tu dah lama zauj tinggalkan." Ujar Daniel selamba.

"What?! Zauj-" jari telunjuk Daniel diletakkan di bibir Afrina meminta dia senyap.

"Chill-lah sayang. Zauj tinggalkan kerja tu sebab zauj kerja dengan papa. Kerja lama tu tak mencukupi untuk kita bertiga." Jelas Daniel. Afrina mengangguk faham.

"Afrina pernah ada kekasih dulu?" Afrina terkejut dengan pertanyaan Daniel yang tiba-tiba.

"Tak ada. Ada suami je." Jawab Afrina selamba. Terbuntang mata Daniel mendengar jawapan Afrina. Suami?

"Siapa suami sayang?" Afrina melirik ke arah Daniel.

"Apa pandang-pandang?"soal Daniel blur. Afrina ketawa melihat karenah Daniel. Daniel semakin keliru melihat Afrina ketawa terbahak-bahak.

"Sudahlah. Apa yang kelakar?" Rungut Daniel tidak berpuas hati.

"Zaujlah suami Afrina. Suami yang paling Afrina sayang dan cinta."ujar Afrina sambil memeluk Daniel. Daniel tersenyum sendiri sedar kebodohan diri kerana menganggap Afrina pernah berkahwin dahulu.

"Zauj pun pernah ada kekasih ke dulu?" Soal Afrina. Dia mengesot sedikit nerapati Daniel. Daniel menggeleng kepalanya tanda tiada.

"Takkanlah zauj yang hensem dan gentleman ni tak ada yang nak?" Dajidl mrngangkat bahunya.

"adalah. Sayanglah orang yang nak kat zauj tu." Mereka berdua ketawa serentak.

"Giliran zauj pula untuk tanya." Afrina mengangguk bersedia untuk disoal.

"Apa dah jadi dengan Zarif?" Afrina tersentak. Zarif-?

"Kenapa dengan dia?" Sebelah kening Daniel terangkat.

"Sayang sepatutnya jawab bukannya tanya balik soalan." Afrina menepuk dahinya.

"Okay, mana nak mula? Hmm, macammana dengan Zarif pernah melamar Afrina. Tapi, Afrina tolak sebab pada saat tu, ketika itu juga Afrina sedar Afrina sebenarnya cintakan Zauj. Lepas kita kahwin, dia sambung study dekat Spain. Sampai sekarang Afrina lost contact dengan dia." Terang Afrina. Daniel memukul lembut bahu Afrina.

"Auch, kenapa?"Afrina memandang Daniel dengan pandangan terkejut.

"Sebab buat Zarif suka sayang sampai melamar sayang. Menyampah betullah dengan dia. Dulu, kalau sayang nak tahu dia siap ugut zauj tau. Tak bagi zauj kahwin dengan sayang. Tapi rezeki lah kot zauj yang dapat kahwin dengan sayang." Afrina tersenyum sendiri mendengr penjelasan Daniel.

"Sayang tak marah dia ke sebab ugut sauj dulu?" Soal Daniel merajuk.

"Tak. Buat apa nak marah sekarang kalau dulu Afrina dah marah dia dulu. Mengada betul dia marah-marah zauj kita ni." Daniel terlopong. Maknanya selama ini Afrina tahu dia dan Zarif berebutkan dirinya. Perasaan malu mula menyerbu diri Daniel.

"Alah comelnya suami kita merajuk." Afrina mencubit pipi Daniel. Daniel hanya tersenyum membiarkan pipinya dicubit.

Dari jauh, kedengaran suara Darmia menangis. Cepat-cepat mereka berdua bangun dari sofa.

"Sayang pergi buat susu. Zauj pergi dodoikan Darmia. Go-!" Arah Daniel sambil mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur mereka manakala Afrina menuju ke dapur.

Susu di tangannya dkocak. Afrina mendaki anak tangga dengan pantas setrlah terdengar suara tangisan Darmia yang tidak reda.

"Sayang, cepat sayang." Panggil Daniel sambil menepuk-nepuk lembut Darmia. Dari jauh, Daniel seperti seorang bapa yang penyayang. Sekejap, memang penyayang.

"ambil Darmia ni." Darmia bertukar tangan dari abinya kepada uminya. Botol susu dimasukkan ke mulutnya yang kecil.

"Seronok kan tengok dia membesar?"ujar Daniel tepat di telinga Afrina. Afrina tersenyum lalu mengangguk.

Kini, kehidupan mereka lengkap lengkap dengan kehadiran Darmia. Darmia, nanti buat umi dan abi bangga ye?

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience