Bab15:Cinta mula berputik

Romance Completed 5974

Aku menyediakan baju kemeja biru milik suami singa aku tu.Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu?Sebab dia garang sangat dengan aku..Apa yang aku buat semuanya ada salah..Susah betul..

"Aikee!!Kemeja aku mana?!Lembap macam siput lah kau ni!!Tulah tengok drama Korea sampai 3 pagi lagi!"Jeritnya dari bawah..Tengok kan aku kata dia ni jenis yang panas baran..Aku tergesa-gesa turun ke bawah dan beri kepadanya..Masa tu dia hanya pakai seluar je..pandanganku pergi ke tempat lain tak berani nak pandang dia dengan tak pakai baju tu..

"Pakaikan baju ni"

"Eh kenapa saya pulak yang nak kena pakaikan?Awak boleh pakai sendiri kan"Ujarku nada terkejut.

"Banyak cakaplah kau..isteri mesti layan suami..Cepatlah aku dah lambat ni"Katanya tegas..dah tahu nak cepat tapi masih nak suruh aku pakaikan dah kenapa?Buang tabiat kot..

kemeja itu disarungkan ..Sempat lagi mata nakal ku itu tengok dadanya yang bidang itu..Uwah fikir kotor kau kan?Aku membutangkan kemeja itu tanpa lihat ke atas..Tak mahu aku nak lihat muka dia..Nanti aku pula yang malu..

"Dah siap awak..Suami saya memang segak dan bergaya.. Sangat.."Pujiku sambil menunjukkan tanda bagus..Yalah kita kena juga buat baik pada dia kan..

"Ingat yang kau kena kemas rumah ni sampai bersih kalau tak aku.."

"kalau tak saya akan dikenakan denda kan?Saya tahulah abang sayang..Isteri awak ni bukan pemalas tau..Don't worry...I'm strong and I can do anything.."kataku dengan lirikan yang manja..

comel pula muka dia bila buat macam tu..Kay apa kau fikirkan?Ingat apa kau buat pada dia..kau tak layak..tapi memang susah nak lupakan dia..

"Aikee"

"Ya suamiku yang kacak..nak apa?Nak saya urutkan bahu?peluk? ke cium?"Gurauku ternyata mukanya malu malu kucing..Ahaks comel sangat..

Dia lantas menarik pinggang dan mengucup ubun-ubun ku..Aku terpana kerana aku tak sedia ketika itu..Dia hanya tersenyum nakal..

"Ganjaran sebab layan suami kau ni..Tapi kalau kau buat lebih baik malam abang beri lagi.."bisiknya..telinga aku ni macam mendengar sesuatu yang amat indah sekali...Hilang pula sifat singa dia tu..

"Nakal!Pergi kerja dulu cari rezeki untuk kita"kataku sambil tersenyum..Dia hanya menurut..

Deruman enjin kendengaran dan beransur-ansur hilang..Agaknya dia dah pergi..Aku menyelak langsir untuk pastikan nya..Okay!Rumah ni milik aikee..Hihi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience