ERCP | BAB 1

Action Series 495

?

?

ERCP 1

“WEH, Hawra! Kali ni kau nak bawak kitorang hiked gunung mana pulak?” soal Zafeera yang duduk di sebelah penumpang sambil memandang si pemandu.

      “Adalah. Tempat ni korang tak pernah sampai pun lagi,” jawab Hawra, mengerling Zafeera sekilas. 

       “Kau pernah pergi ke tempat tu?” celah Affan yang berada di tempat duduk belakang seraya menghulur badan di tengah-tengah antara tempat pemandu dan penumpang di sebelah kanan. 

       Kamera digital canonnya sentiasa berada di tangan. Mahu merakam dan mengambil gambar setiap momen yang mereka lewati. 

       “Aku sendiri pun belum pernah sampai lagi tempat tu. Apa yang pasti kat sana ada denai... air terjun, gunung yang mencanak tinggi. Tapi, aku dapat rasa tempat ni istimewa dan aku yakin yang kita adalah orang pertama yang akan cipta sejarah dan kenangan kat tempat tu nanti.” Hawra sengih sendiri mengenangkan memori yang bakal mereka cipta di lokasi yang sedang dituju.

      “Uish ni yang buat tak sabar ni!” Dari air muka Zafeera menjelaskan betapa tidak sabarnya dia mengharungi detik pengembaraan mereka nanti. 

      “Semoga semua plan kita berjalan dengan lancar.” Affan menyampuk. 

      “Aamiin... harap-harap macam tulah.” 

      Hawra dan Zafeera mengaminkan doa Affan. 

     “Hah, dah check ke list barang-barang keperluan untuk hiked tu?” Affan mengingatkan kedua bunga di depannya itu. 

       “Aku dah periksa sebelum gerak awal pagi tadi lagi. Semua list barang cukup lengkap,” sahut Hawra. 

      “Good job girl!”

       “Semangat!”  

       Mereka tersengih dan turut membayangkan kehijauan rimba yang dirindui setelah lama tidak mengembara. Tidak sabar mahu menawan gunung rimba.

   
      Pada awalnya GPS gagal mengesan kawasan pintu masuk Gunung Liang-Tumang Batak kerana kurang mendapat isyarat jalur lebar. Walaubagaimanapun lebih kurang 20 minit, mujur mereka berjaya menemui Kampung Sungai Dara yang di mana merupakan jalan masuk ke kawasan empangan Sungai Dara. Nasib baik Hawra, Zafeera dan Affan fokus dan tidak tidur di dalam kereta, dapatlah mengecam beberapa tempat yang menjadi titik penanda jalan.

      Setelah 3 jam perjalanan, mereka pun tiba di lokasi. Hawra memarkir Jeep Grand Cherokee silver di tempat letak kereta.

?

      Dari pintu masuk, jalan bertar agak mengecewakan kerana hampir rosak sepenuhnya dan terpaksa melalui laluan tanah merah yang kurang rata serta berbatu disebabkan aktiviti keluar masuk kenderaan berat yang digunakan dalam proses pembinaan loji air di kawasan itu. 

      Semua keluar dari perut kereta menghirup udara segar pagi.

     Sebelum pendakian dimulakan, mereka melakukan sedikit senaman bebas bagi memanaskan memanas dan meregangkan otot-otot serta badan. Tidak dilupakan juga untuk membaca doa selamat agar perjalanan ini terhindar daripada sebarang malapetaka atau kemalangan. Mereka juga berharap ekspedisi akan  berjalan dengan lancar pergi mahupun balik. 

     Mereka mulakan pendakian dengan memasuki kawasan empangan lebih kurang pada pukul 12.00 tengah hari selepas menjamah nasi lemak buat alas perut bagi menambah tenaga untuk ekspedisi mereka nanti. 

      Laluan trek yang agak santai dan rata namun beberapa ketika, trek mula mendaki dan beberapa kali aktiviti menunduk atau memanjat disebabkan laluan terhalang dengan batang balak. Keadaan hutan agak redup dan mereka menjangkakan hujan pada sebelah petang akan turun nanti. Mereka memastikan langkah pergerakan sedikit pantas bagi mengurangkan masa perjalanan agar lebih singkat supaya mereka dapat sampai ke puncak liang sebelum matahari terbenam. 

       Perjalanan itu hanya mengambil masa tidak sampai sejam ke Kem Lubuk Hantu di mana merupakan salah satu kawasan tapak perkhemahan kerana sumber air yang banyak boleh didapati daripada sungai yang mengalir di sekitar situ. 

     “Weh korang! Ada ke manusia berkawan dengan harimau? Atau gelaran Encik Rimau hanya wujud sebagai harimau jadian?” Entah mimpi apa si Hawra. Tiada angin tiada ribut melontar soalan seperti itu kepada rakan sependaki. 

      “Kalau harimau tu spesis saka mungkin boleh diterima akal manusia normal tapi... kalau manusia berkawan baik dengan rimau, tu jarang dengar,” jawab Zafeera, selamba. 

       “Korang tak terfikir ke macam mana kalau laki rimau macam tarzan tu wujud dalam hutan ni?” Hawra mula mencipta dunia fantasinya lagi membuat sahabat-sahabatnya menggeleng.

        “Mimpi apa kau ni tanya soalan mengarut macam tu atas gunung ni? Kalau ada pun, tu tarzan. Filem animasi. Ini realiti bukan cerita dongeng budak-budak tadika, Hawra oi.” Affan membalas, geram dengan soalan melalut si Hawra. Itu yang paling dia tidak berkenan dengan sikap Hawra yang satu itu. 

     “Dah! Jangan nak mengarut kat tempat macam ni. Fokus je jalan tu!” tegas Zafeera menolak Hawra berjalan di depan bagi laju lagi langkahnya. 

     Dari ketinggian Lubuk Hantu 500 meter lebih dari paras laut, mereka terus naik ke Kem Lubuk 7E dengan pendakian yang lebih mencanak dan lebih mencabar berbanding dengan pacaknya Gunung Nuang yang pernah mereka jelajahi sebelum ini. 

      “Pergh! Tinggi gila doh. Gila. Gunung ni lebih gila mencanak dari gunung-gunung yang pernah kita hiked sebelum ni,” keluh Affan sembari mengusap bintik peluh yang merenik di dahi dengan tuala kecil yang bersangkut di belakang lehernya. 

      “Rileks la. Kitorang perempuan pun cool je. Kau laki hiked macam ni pun dah nak pancit ke der?” Zafeera menoleh mencari raut keletihan si Affan yang berjalan di belakang mereka. Hawra yang menjadi ketua pengembara, mendahului mereka di hadapan.

      Sejam setengah mereka mengambil masa untuk sampai ke Kem 7E yang mula berubah keadaan topografi di sekitar mengikut aras ketinggian dari paras laut. Setelah beberapa kali meredah batang-batang balak yang menghalang yang entah berapa lama sudah menyembah bumi, akhirnya mereka tiba di Kem Lubuk 7E. Berehat sebentar. 

       Hawra pejamkan mata untuk mengundang teduh damai ke dalam jiwa nikmati setiap hembus nafas di dada dengarkan ritma jantung menyapa.

        “Rindunya pada hutan. Menghirup udara nyaman. Memandang rimbunan kehijauan daun. Sepi dan damai. Menginjak rumput segar serta embunnya. Mendengar burung-burung berkicauan. Ngauman rimau dan sang kera yang berteriakan. Ular yang melata atau kijang bergesitan. Wahai rimba... rindunya kehidupan.”

        “Walaweh bahasa kau bukan main sastera lagi ek, Hawra?” Affan yang sibuk merakam suasana sekelilingnya, menegur. 

          “Kau macam tak kenal member kita ni kalau dapat jumpa dunia hijau rimba dia ni segala sastera madah pujangga boleh keluar. Kalau tak khayal kecapi dunia hijau, bukanlah Hawra Hanania la namanya.” Zafeera pula menyelit dengan melepaskan tawa kecil. 

          “Hawra Hanania dengan dunia hijau ni memang tak dapat dipisahkan. Bagai unggas dengan rimba,” tambah Affan, tersengih-sengih seraya memfokus kepada kamera digitalnya. 

        Hawra yang menikmati kemekaran bunga di taman hati dapat berdiri di sini. Menyambut mentari yang hadir menyapa. Mengiringi langkah menyambut hari. Menatap mega rimba seindah senyuman. Andai dapat melukiskan semua rasa. Dia ingin ukirkan semua keindahannya. 

         “Pinjam kamera kau!” Hawra mengambil kamera dari tangan Affan sebaik mendapat keizinan dari lelaki si tinggi lampai berdarah campuran Melayu Belanda itu. 

      Melihatkan Hawra mula melangkah merakam panorama alam menjauhi mereka berdua yang berehat, Zafeera memberi peringatan tegas. 

      “Jangan pergi jauh-jauh, Hawra. Nanti hilang, susah kami nak cari nanti!” 

   

        “Ya!” sahut Hawra dengan asyik meneruskan langkahnya mengambil gambar dari sudut pemandangan yang indah hingga tidak sedar dia sudah jauh dari rakan-rakannya. 

        Gr... 

       Ralit dan terhanyut dengan dunia hijaunya, tiba-tiba dia dikejutkan dengan deraman kuat. Semerta itu bulu roma mencacak naik. 

      Gulp! Liur ditelan. Apakah itu? 

      Gr... 

       Deraman itu kedengaran lagi. Kali ini lebih dekat. Terasa di belakang batang lehernya ada deruan nafas berhembus kuat. Pantas, dia menoleh dan guli matanya terus melekat kepada satu sosok yang tersangat ingin dielak dari bertemu berada di sebalik pokok tidak jauh dari tempat dia berdiri. 

      Dia cuba berundur perlahan-lahan dengan bacaan bismillah. Getaran bibir dan liur yang meleleh keluar dari celahan taring sosok itu, menggambarkan sesuatu yang tidak baik. Bila-bila masa saja makhluk itu mampu menyerang dirinya. 

      “Ya Allah, tolong aku...” Hawra berharap ada satu keajaiban dari Tuhan. 

       Makin beranjak, makin si ganas itu mendekat. 

      Gr... aum! 

        Alamak! Disebabkan takut diterkam, Hawra cabut lari sehingga terjatuh ke dasar cenuram dan pitam. Kamera dalam pegangannya tercampak jauh entah ke mana. 

      

SIMBAHAN air di muka menyedarkan Hawra dari pengsan. Buka saja mata, terpacul makhluk berjambang tak berbaju, rambut serabai dan hanya mengenakan seluar pendek. Makhluk itu sedang memandangnya lama seolah-olah dia ini satu objek pelik pula bersama seekor chipunzi dan si belang yang mengejarnya tadi, mengejutkannya. 

      “Uh? Aum! Gr...”

           “Argh! Encik Rimau!”

        Hawra melompat bangun dari terbaring di tengah hutan lari mahu mencari Zafeera dan Affan hingga menemukan belukar.

       Malang sungguh nasibnya, ketika hendak menukar laluan, terserempak pula dengan pemburu haram.

    

      “Eh eh... kau siapa? Renjer hutan? Atau pengintip kami?” tebak salah seorang dari mereka yang berkulit gelap. Berpakaian ala-ala koboi. 

       “Bukan! Saya sesat, bang!” Hawra menidakkan dakwaan mereka. 

       “Sesat? Kau ingat, kami percaya?” Mereka tidak percaya dengan Hawra. Bahkan, ketua mereka mengarahkan konco-konconya yang berbadan tegap agar menangkap gadis itu. 

     Hawra terperangkap tidak dapat larikan diri. 

      Ketua mereka mengeluar pucuk senapang menyasarkan tepat ke muka gadis bandar berpakaian moden di depannya ini. Bersedia untuk membidik. 

     Gr... ngaum! 

      Ngauman harimau dan pasukan biawak menyerbu semua pemburu haram itu atas arahan sesuatu. Lintang-pukang mereka lari. 

      Tubuh Hawra pula sekelip mata disauk oleh makhluk berjambang tadi bawa bertenggek atas pokok tinggi. Ketua pemburu itu menembak secara rambang ke arah mereka berdua yang berada di atas pokok. Si jambang itu melarikan Hawra tanpa peduli jeritan wanita itu dari satu pokok ke pokok yang lain sudah serupa lutong melompat ke sana ke mari.

    

      Si jambang itu bersiul memanggil tenteranya. Waktu itu juga membeliak mata Hawra melihat ribuan ekor tebuan tanah menyerang pemburu-pemburu itu sampai ada yang lari langgar pokok dan pengsan. Ada yang lari cari sungai tidak jumpa dan jatuh menyembam tidak sedarkan diri. Pengsan itu satu hal, rupa mereka yang membengkak disengat tebuan satu badan automatik berubah jadi muka avatar. 

      Keras perut Hawra ketawa dan si jambang itu terlompat-lompat serupa chipunzi. Yang chipunzi pula terloncat-loncat serupa dia. Elok sangatlah mereka bertiga sama-sama jadi kera atas pokok.

Ada yang pemburu terselamat dari disengat itu pula dikejar sekumpulan harimau. Bertempiaran lari dek takut dibaham jadi daging salai. 

Update 3 mac 2023

Pengembaraan Hawra ke atas sebuah gunung bersama rakan-rakannya si Zafeera dan Affan menemukan ketua penghuni rimba ketika sesat akibat terjatuh ke dalam cenuram kerana dikejar harimau menyebabkan dia terpisah dari rakan-rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience