Rate

chapter 1

Romance Series 7595

Ariana Alisya Azman kenapa nama kau masih tersemat teguh dalam hati aku. Bukannya aku tidak pernah mencuba untuk lupakan kau. Tapi wajah riang kau masih kukuh dalam ingatan ku. Segala memori yang kau lakukan dengan aku. Hah ya Allah. Mengapa harus aku mengingati jika disana mudah melupakan. Termenung Hadi Asyiraf mengenangkan kisah cinta pertamanya.


"Hadi sayang, mama nak pergi jumpa aunty Sal sekejap. Boleh tak Hadi bawakan mama? Mama malas lah nak drive. " soal mama Hadi, Puan Sofia.


"Okay, Hadi siap dulu ma. Nanti Hadi turun bawah. " kata Hadi.


Entah sampai bila anak bujang aku tu mahu lupakan bekas kekasihnya. Umur dah cecah 27 tapi masih mengenangkan cinta monyetnya dizaman sekolah dahulu. Sayang betul dia dengan Ariana. Bisik hati kecil Puan Sofiah apabila melihat bilik anak bujangnya itu masih tergangtung indah gambar Hadi bersama Arina ketika menyambut hari jadi Hadi yang ke 16.


Hadi memang sayangkan Ariana. Apatah lagi itu cinta pertamanya. Dia tidak pernah terfikir untuk memandang gadis lain selain cinta pertamanya. Melupakan? tentu dia cuba! Tetapi setiap kali dia ingin lupa kan, masa itulah memori manis datang untuk dia rindukan.


"Mama, kalau Hadi nak beli rumah baru dekat Aman Puteri tu boleh tak? Rasanya berbaloi jugak kalau Hadi beli sekarang. Yela rumah pun makin lama makin mahal. " ujar Hadi apabila terlihat satu taman perumahan baru dalam perjalanan menghantar mamanya.


" Kenapa tiba-tiba nak beli ni Hadi? Rumah kita tak cukup besar ke untuk Hadi tinggal dengan mama dan papa? Adik kamu tu pun belajar di overseas berapa bulan sekali je pulang. Ataupun Hadi nak kahwin ya? " soal Puan sofia lembut memandang anak terunanya itu .

"Eh mama ni kahwin pula fikirnya. Saja lah. Lagi pun ulang alik dari rumah ke tempat kerja jauh la ma. Penat Hadi. " luah Hadi tetapi masih fokus dengan pemanduannya.

"Kamu tak boleh lupakan Ana lagi ke Hadi? Hmm sampai bila kamu hendak menunggu Ariana? " tiba-tiba Puan sofia membuka perihal Ariana. Nadanya agak sedih.

" Mama, Ariana kan cinta pertama Hadi. Lagipun Hadi tidak boleh terima sesiapa lagi dalam hidup Hadi melainkan Ana ma. " kata Hadi sedih.

" Walaupun sudah masuk 10 tahun Hadi menunggu? " ujar mama Hadi.

"Ma dah sampai. Hadi tak tunggu. Nanti mama dah sudah, call Hadi ya. Hadi nak jumpa Fikri. " kata Hadi. Sebenarnya dia tidak mahu lukakan mama kerana Ariana. Namun dia juga tidak boleh luka kan diri sendiri untuk melupakan bekas kekasihnya itu.


Oh tuhan, bantukan aku untuk terus hidup dengan cinta ini walaupun cinta disana sudah lama hilang. Ariana, kenapa aku masih rasa kau dekat dalam hati aku. Ataupun aku sahaja yang masih mengingati sedangkan aku sudahpun dilupai?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience