Get the app for full experience
Semasa aku,bibik dan Haziq suamiku ingin keluar dari Shopping Mall tiba-tiba ada suara memanggil nama Haziq. "Haziq!" jerit suara itu. Aku melihat suamiku menoleh ke arah suara tersebut. Aku dan bibik pun menoleh juga ke arah suara wanita yang memanggil nama suamiku. Aku agak terkejut bila melihat di sebelah wanita yang memanggil nama Haziq itu adalah mak kandungku. Aku harap mak aku tak kenal aku. Kerana aku jarang berhubung dengannya.Kali terakhir mak aku menelefon ku sebelum aku ambil SPM. Mak bagi ceramah cukup-cukup supaya berlajar bersungguh. Dan mak juga berharap aku akan sambung berlajar selepas mendapat keputusan SPM ...