Rate

1

Young Adult Series 1757

Hivian gigit bibir. Rasa marah sudah mendidih di dalam badan. Mata amber Hivian merenung anak mata sapphire milik si musuh sampai mati.

Ah! Hivian tak puas hati!

"Oh, Hivian. I nampak berapa you dapat." Si musuh yang dilantik sampai mati oleh Hivian bersuara. Senyuman senget yang tertampal pada bibir semakin menaikkan amarah Hivian!

Kalau saja mereka bukan berada di dalam kawasan sekolah, sudah lama si beruk jantan tak guna itu dia tikam sampai mampus!

Leo, si musuh sampai mati Hivian masih tersenyum senget. Makin marah Hivian padanya, makin gembira hati jahatnya. Bagi Leo, tiada apa yang lebih menggembirakan dari melihat wajah menahan marah Hivian.

"Oh ya? Jadi?" Hivian silang tangan. Leo ditenung bagai hendak tembus.

Leo ketawa kecil, sarkastik. "For sure, lebih tinggi daripada apa yang you dapat."

"Dan...berapa sebenarnya yang you dapat, beruk tak guna?"

"You dapat 98 dan I dapat 100, chimpanzee betina."

"Dasar beruk!"

Hivian pusing menghadap ke hadapan kembali. Argh! Mahu saja dia tampar wajah tak guna Leo itu. Setakat lebih tinggi 2 markah apalah sangat? Itu pun nak riak sangat ke? Argh!

Tertekan. Tertekan. Tertekan!

Sekarang ini, sudah masuk waktu rehat. Tapi Hivian dan Leo tidak turun menuju ke kafeteria kerana ingin mengetahui markah masing-masing yang mereka dapat dalam peperiksaan sejarah semester satu.

Bagi mereka berdua, memegang reputasi sebagai pelajar cemerlang di Garnalis Academy sangat penting. Lebih penting daripada hal hidup atau mati yang lain. Bagi mereka berdua, hal inilah yang membawa maksud hidup atau mati. Setiap peperiksaan, wajib skor markah penuh. Kalau kurang sikit pun dari mencapai markah penuh, Hivian dan Leo rasa hidup mereka langsung tak berguna.

High achiever sweetheart adalah gelaran untuk mereka yang diberikan oleh pelajar-pelajar lain di sekolah ini. Walaupun realitinya semua orang tahu mereka bukan kekasih jauh sekali berkawan. Mereka musuh sampai mati!

"Now..," Leo bangun dari kerusi lalu mendekati Hivian yang duduk di dihadapannya. "Jom pergi kafeteria. I lapar." Kata Leo, memandang Hivian yang masih duduk di atas kerusi.

Hivian mendengus. Pandangan Leo dia balas tajam. "Jadi? Apa kena mengena dengan I? Pergi saja lah, beruk!"

"Eh eh chimpanzee betina ni. You dah lupa ke apa yang kita janji minggu lepas? Bet is a bet, darling."

"Apa pula yang kita janji?"

"Siapa dapat markah rendah, dia kena ikut apa-apa saja arahan orang yang dapat markah lebih tinggi." Melihat wajah tertekan Hivian, semakin menyenget bibirnya menarik senyum. Damn... Hari ini, dia akan buat Hivian hidup merana sebagai hambanya. Ho! Ho! Ho!

"Hivian, cep—"

"Kalau I tak nak buat?"

"Well, prepare for the consequences."

"And what are those?"

"One of them, I akan beritahu satu sekolah ni yang you dapat markah yang lebih rendah daripada I."

Hivian tercengang. The fuck?!

Dalam imaginasi Hivian, dia sedang menikam Leo lalu buang mayat Leo dalam tangki belakang sekolah. Selepas itu, Hivian tembak diri sendiri sebab nak lari dari kesalahan jenayah yang dia dah buat.

For fuck sake, beruk jantan tak guna ini betul-betul buatkan dia rasa yang kadangkala, membunuh itu tidak salah.

Dasar beruk jantan bernama Leovine!

"Jom, Hivian. Sebelum I—"

"Okay..fine! Ugh!" Hivian bangkit dari duduk lalu mengikuti Leo menuju ke kafeteria.

Tiba di kafeteria, semua yang sedang menikmati hidangan mereka tercengang melihat dia dan Leo masuk ke Kafeteria bersama.

As expected, disebabkan otak bodoh Leo ini, semua orang pasti menyangka yang mereka ini sudah berbaik. Paling teruk, dapat mensahihkan khabar angin yang mereka ini kekasih dalam diam.

Leovine bangang!

"Hivi..." Sengaja ingin membuatkan kepala Hivian meletup, Leo meletakkan lengannya ke atas bahu Hivian. Sengaja menambahkan gosip untuk pelajar lain bualkan.

Macam yang dia cakap, dia mahu Hivian hidup merana hari ini! Ho! Ho! Ho!

"Sekarang you pergi belikan I makanan, lepastu duduk dengan I kat meja hujung sana. Okay honey?"

Oh! My! God! Tangan Hivian terasa ringan saja untuk hempuk kepala Leo! Hempuk banyak kali biar sampai mampus! Tak guna dan tak layak pun hidup kalau berperangai jin macam Leo ni! Argh!

Jiwa raga Hivian terseksa. Tapi antara reputasi pemegang rekod markah paling tinggi dalam peperiksaan, dia tabahkan saja jiwa raga dia untuk diremuk, dicalar, ditendang dan diludah oleh si Leo beruk ini.

Tunggu sajalah bila Hivian ada peluang, dia akan buat Leo merana! Lebih merana dari semua ini!

Hivian tolak lengan Leo. "Listen, beruk. Sepanjang bet ini berjalan, jangan sesekali sentuh I dengan tangan you yang berkuman itu."

Senyuman yang buat Hivian mengamuk seharian Leo lebarkan lagi. "Oh, love. Bet. Is. A. Bet."

Dengan penuh tidak puas hati, Hivian akhirnya berlalu ke kaunter untuk memesan makanan untuk mereka berdua. Biarlah kalau dia merana sekali pun asalkan dia dapat makan buat sekarang. Makin dia tertekan, makin lapar pula perut dia ini.

Nasib saja Leo itu bukan taste dia, kalau tidak, sudah lama dia telan Leo hidup-hidup!

Selepas membeli dua iced coffee dan dua salmon bagel, Hivian ingin menuju ke meja di mana terdapat Leo sedang merenungnya dengan penuh ejekan. Tak perlu Leo untuk bersuara, dia tahu pandangan itu bermaksud apa;

' you're a loser, Hivian Lenora.'

"Hivi!"

Sedang dia berjalan, namanya dipanggil. Hivian menoleh dan kelihatan rakan-rakannya—Fleur, Darlene dan Jelaine, sedang memandangnya tidak percaya dari tempat duduk mereka.

"What the hell are you doing?"

"Dengan Leo? Seriously?"

"Vi? We need an explanation."

Hivian tolak lidah ke pipi di dalam mulut. Haih...

"It's just a stupid bet." Jawab Hivian.

"Damn..." Ujar Jelaine sambil mengunyah sandwich ayam yang berada di dalam tangannya.

Kasihan pula dia lihat apa yang menimpa Hivian sekarang ini tapi...

Sejujurnya bagi Jelaine dan kawan-kawan Hivian yang lain, Hivian dan Leo nampak comel bersama.

Dari kecil sehingga sekarang, asyik bergaduh tentang gred sahaja. Sesekali, teringin juga mereka nak tengok Hivian dan Leo ini berbaik. Tapi bila mereka bertiga melihat Leo meletak lengan ke atas bahu Hivian di pintu masuk kafeteria tadi, percaya atau tidak, Jelaine terjatuhkan sandwich ayam, Darlene tersembur air, dan Fleur tersedak air soda.

Terkejut, tercengang dan ternganga dengan adegan yang berlaku tadi.

Mereka nak tengok dua ekor itu berbaik, bukannya tiba-tiba jadi kekasih!

Nasib saja semua itu hanya bet.

"Okay. Dah lah. Aku pergi dulu." Hivian berlalu pergi.

Tiba di meja dia mana ada Leo, Hivian berikan secawan iced coffee dan sebungkus bagel salmon kepada Leo. Hivian mengambil tempat duduk, mengunyah makanan, dan berbalah lagi dengan Leo.

Leo suka ganggu keamanan Hivian, dan Hivian tak pernah puas hati dengan Leo.

Leovine Lockledge dan Hivian Lenora.

Fleur, Jelaine dan Darlene yang masih mensasarkan mata mereka ke arah Hivian dan Leo cuma mampu menggeleng.

"Teruk betul perangai dua ekor tu." Jelaine gigit sandwich ayam.

"Cubalah berdamai sekejap. Sekolah ni dah macam padang perang diorang saja." Darlene meneguk air.

"Aku sanggup jual first born aku untuk tengok diorang berbaik." Fleur tergeleng sambil menyedut air soda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience