Rate

SEKILAS INGATAN

Drama Series 3515

Kipas angin terus berputar laju menyejukkan suasana.Jarum jam juga terus berjalan seiring
dengan waktu.Pada waktu petang ini sepatutnya semua guru sudah pulang kerana waktu
sekolah sudah tamat.Cikgu Rizal masih fokus menanda kertas soalan murid kelasnya.Memang
sudah menjadi sikap beliau yang tidak mahu langsung menangguhkan kerja hariannya.
Sedang dia menanda kertas soalan muridnya,dia perasan bahawa ada dua orang murid
di kelasnya itu meniru kerana jawapan yang mereka beri sangat serupa dan tiada beza
walau sedikitpun.Dia agak terkilan ketika itu kerana latihan karangan yang dia beri terlalu
mudah.Mengapa murid-muridnya perlu meniru.Apa dia salah dalam mendidik atau masih belum
cukup apa yang dia beri selama ini.Hampir saja dia mengoyakkan kertas soalan dua orang
muridnya tadi,tapi tindakannya tiba-tiba saja berhenti.Dia seolah-olah teringat sesuatu.Benar
sekali,dia terimbas semula kenangannya ketika zaman sekolah menengah dulu.Riak wajah yang
masamnya tadi berubah 360 darjah.Dari masam seperti mangga terus berubah manis seperti
gula.
************************************
"Ermm rizal..assalamualaikum.."sapa nabila kepada Rizal yang sedang khusyuk membaca novel
hasil tangan Ruhaini matdarin.
"Waalakumussalam,ouhh bella...haaa apa dia?"soal Rizal lantas menutup novel yang dia baca
tadi.
"Rizal..kau dah siap kan kerja yang Cikgu Ruhainis bagi minggu lepas?"
Kali ni Rizal terus menyimpan novelnya tadi kebawah meja bagi meneruskan perbualannya tadi.
"Haaa aku dah siap,awat?kau tak siap lagi ke..ermm ni mesti nak tiru aku punya kan..."sindir
Rizal sambil menunjukkan jari telunjuk ke wajah nabila yang cuba menahan malu ketika
itu.Maklumlah,budak biasa seperti nabila cuba bersembang dengan Rizal budak target
sekolah.Memang jauh bezanya,habis merah pipi nabila dibuatnya.
"Haishhh kau nii...aku bukan nak tiru laaa..aku nak rujuk je..."kata nabila yang langsung tak berani
memandang wajah Rizal ketika itu.
"Ermm ok,jap aku cari..Tapi jangan tiru semua tau,takut nanti cikgu perasan."
"yeye,kau janganlah risau.."
"Haaa nah bella.."kata Rizal sambil menghulurkan kertas kerjanya kepada Nabila.
"terima......"belum sempat nabila berterima kasih,kertas itu ditarik semula oleh Rizal.
"haihhh apa lagi Rizal.."
"Alaaa comelnya muncung dia tuu,hahahaha senang je nak ambik kerja orang..Haa panggil aku
sayang dulu,baru aku bagi."usik Rizal.

"haishh kau nii..ngade-ngade laaaa,dah laaa malas aku minta tolong kau dah.."marah nabila
sebelum bangun dari tempat duduknya tadi.
"hehhhhh bella,rilek laaa..aku gurau je tadi..haaa nah ambil kerja aku..Jangan laaa merajuk,hilang
laaa seri muka kau."Rizal cuba sedaya upaya memujuk nabila.Memang dah jadi sifat perempuan
yang bila salah sikit tapi merajuk je lebih.
"Ermmm macehhh,saja acah marah..Tak sangka lak kau nak pujuk aku."
"Ehhh perempuannya perangai kau.."kata rizal lalu melepaskan ketawa yang dia tahan dari tadi.
"Woiii!Kauu cakap apa tadi,cuba ulang balik..kurang jelas laaa"celah Yana yang kebetulan
mendengar semua perbualan mereka berdua dari tadi.
Belum sempat Rizal menjawab,Yana dengan tidak berfikir panjang terus menghempuk kepala
Rizal dengan sebuah buku.
Pukulan tadi seolah-olah mengembalikan Rizal ke alam realiti.Barulah dia sedar rupanya dia
telah tertidur sehingga lewat malam.Rizal terus ketawa apabila sedar yang itu semua hanya
mimpi.Dia tak sangka bahawa disebabkan marah dia terhadap dua orang murid yang kantoi
meniru dapat mengembalikan sekilas ingatannya tentang kenangan silam yang sangat manis
untuk diingati.Dia pun pulang kerumah menggunakan kereta Proton Waja miliknya.Sepanjang
perjalanan Rizal hanya teringat akan mimpi tadi.Sampai hampir hilang fokus dia memandu
pada malam itu.Kadang tersenyum dan ketawa seorang diri.wahhh,dah macam orang gila
jadinya.Sesampai dia dirumah,Rizal disambut oleh Mak Cik Rosnah atau lebih selesa digelar
Mak Senah.
"Ehhhh dah laaaa balik lambat budak nii,tersengih macam kerang busuk pulak dia."Kata Mak
Senah Lantas menarik telinga anak buahnya itu.
"Aduhhhh...sakit laaaa Mak Senah..Orang baru balik ni,layan laaa elok-elok..ni tak,masuk je
rumah dah macam nenek kebayan Rizal tengok.."Usik Rizal.
"Nenek kebayan kau panggil aku,haaa tak payah makan naik atas tido..Esok pagi baru
makan..tuu laa balik lambat lagi,makanan semua dah habis.."
"Alaaaa tak kan laaa rizal nak berlapar lagi malam ni mak senah.Alamatnya jadi lidi laa Rizal kalau
setiap hari macam ni."keluh Rizal sebelum masuk ke dalam biliknya.
************************************
"Farizal dengan Nabila kesini kejap.."kata cikgu Ruhainis sambil melontarkan jelingan yang tajam
ke arah mereka berdua.
Mereka berdua terpaksa akur jika Cikgu marah.Sudah tentu Rizal dan Nabila sudah dapat
meneka mengapa Cikgu Ruhainis memanggil mereka untuk kedepan.
"Korang tau tak apa yang korang dah buat?"tanya Cikgu Ruhainis dengan nada yang rendah.Nampak sangat dia nak dua orang muridnya itu mengaku apa yang telah mereka buat.
"Saya cuma suruh tulis karangan 320 patah perkataan dan masukkan sekurang-kurangnya 5
peribahasa dalam karangan tersebut.Takkan itu pon tak boleh buat..Bodoh ke apa!Otak tuu
buang bagi anjing makan lagi bagus.."ternyata Cikgu Ruhainis sudah mula membuka bunga
dalam percakapannya.Cikgu Ruhainis ditakuti oleh murid-murid kerana tak pernah menapis
bahasanya ketika marah.kalau boleh semua kata-kata kesat mahu dia lepaskan.
Rizal menjeling Nabila yang sudah mula takut.Peluhnya turun tanpa henti di wajah.Mungkin
dia tak pernah kena maki dengan Cikgu Ruhainis.Melihat keadaan Nabila ketika itu,Rizal tanpa
berfikir dia terus mengaku bahawa dia yang meniru Nabila.Walaupun situasi sebenarnya
bertentangan.
"Saya yang tiru dia cikgu..Saya terlupa siapkan kerja cikgu minggu lepas.."kata Rizal dengan
harapan cikgu memarahinya dan membiarkan Nabila kembali ke tempat duduk.
"Saya tak sangka Rizal..Awak ni murid target sekolah untuk SPM tahun ni.Saya harap awak
berubah laaa selepas ini..Jangan nak buat benda bangang macam ni lagi"nasihat cikgu
Ruhainis.Dalam nasihat dia masih juga selitkan kata kesat.Nak buat macam mana kalau dah
sikapnya memang takkan berubah.
"Saya nak awak berdiri di luar kelas sampai habis waktu sekolah.Saya tak kesah laa awak ni anak
emas sekolah sekalipun,salah tetap salah.Pergi sekarang.."sambung Cikgu Ruhainis
Rizal akur akan balasan perbuatanya tadi.Dia perlu menerima akibatnya.Baginya tiada yang lebih
penting dari mengelakkan Nabila dari terus dimarahi.
"Baik cikgu,lagi sekali saya minta maaf atas apa yang saya dah lakukan.."kata Rizal sebelum
keluar dari kelas.
"Haa Nabila kamu boleh duduk..Jangan buat lagi perkara macam ni."kata Cikgu Ruhainis..
Nabila yang masih terkejut dengan tindakan Rizal lakukan tadi terus berdiri kaku.Nabila masih
tak percaya bahawa Rizal lakukan ini hanya untuk mengelakkan dia terus dimarahi cikgu.Dia rasa
bersalah dengan Rizal.
"Kamu tercegat apa lagi?atau kamu pon nak berdiri luar kelas macam romeo kamu tadi."
"Ya!!"
Keadaan seolah-olah menjadi sunyi setelah Nabila mengeluarkan suara.
"Tak,maksud saya..bukankah saya juga bersalah dalam hal ni..jadi boleh tak saya pon nak berdiri
luar kelas.."pinta nabila.
"Tak pernah dibuat orang kamu ni,tapi tak pe kamu yang nak jadi saya benarkan..pergi berdiri
sampai akhir waktu sekolah."arah Cikgu Ruhainis walaupun masih sedikit terkejut dengan
permintaan salah seorang murid perempuannya itu.
Nabila pun terus ke luar kelas setelah mendapat kebenaran Cikgu Ruhainis.
"Kau kenapa doo ikut aku keluar nii?"tanya Rizal sambil mengerutkan dahinya.
"Kau tanya aku kenapa..habis yang kau tu,kenapa selamatkan aku.."soal nabila semula.
"Haish kau tuu perempuan bella,kau tak boleh duduk tengah panas macam ni..lagipun nanti
kalau budak laki lalu sini,kau kena kutuk pulak..Aku taknak kau kena macamtuu.."terang rizal
"Habis kau tuu tak kesah pulak...yang kau sebok nakk....."Nabila terdiam setelah ayatnya
dipotong oleh Rizal.
"Tengok dah peluh muka kau ni.."kata Rizal sebelum mengesatkan peluh yang ada di wajah
Nabila dengan menggunakan sapu tangan miliknya.
Terus merah muka Nabila dibuatnya.terdiam seribu bahasa,kelu tak tahu nak berkata.
"Haaa baru comel macam ni,kalau berpeluh busyuk..hahahhaha"usik Rizal.
"Haishh kau ni..kalau cikgu nampak tadi,haa sapa susah.."marah Nabila..
"Alololo comelnya dia marah,yang kau risau sangat kenapa?kau yang beria nak keluar kan..jadi
lauk aku jee laa.."
"Lepas tuu nak laukkan orang bagai,kau nak lauk apa?sambal udang,tomyam..ke nak gulai
lemak.."
"Haaa aku nak gulai tapi x yah bubuh gula sebab senyuman kau pon dah cukup manis.."
"Gatal doo kau..malas aku kawan dengan kau..hahahhahah"
Rizal......
Rizal.....
Rizal.........
Panggilan itu mengejutkan Rizal untuk kembali ke realiti.Ternyata Rizal hanya bermimpi.Terkejut
Rizal apabila melihat wajah Mak Senah yang diselaputi bedak sejuk muncul di depannya.
"Kau pahal Rizal tengah tidur pon tergelak..kena rasuk atau kamu dah gila ni.."Tanya Mak Senah.
"takde pape laaa Mak Senah,Rizal mimpi pelik tadi..hahahaa sorry.."terang Rizal dengan nada
perlahan ,mungkin kerana masih belum sedar sepenuhnya.
"Haishhh kau nii..tuu laa tidur tak basuh kaki.Dah alang-alang bangun awal ni baik kamu solat
subuh,karang terlajak susah pulak.."
"ermm baik Mak Senah..."balas Rizal
Semakin hari,semakin kerap Rizal mengingatkan kesalahannya pada masa lalu.Tiap hari dia
takkan terlepas dari bermimpi berkaitan apa yang dia telah lakukan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience