BAB 10

Family Completed 2403

“Kau….” Ziana terdiam apabila menyedari keadaan Rahah yang kusut masai dan berpalit darah di sana-sini. Kemudian tanpa suara Ziana terus menerpa dan memeluk tubuh Rahah. Ziana menangis tersedu-sedu.

Rahah tolak sedikit tubuh Ziana. Pelukan Ziana hanya menjadikan tubuhnya bertambah sakit. “Kenapa kau datang rumah aku malam-malam macam ni…”

Ziana melepaskan pelukannya. Dia menyapu air matanya yang gugur.

“Aku datang ni sebab nak bawa kau pergi hospital.”

Rahah menggeleng.

“Tak naklah…aku…” Bagaimana dia harus ke hospital dalam keadaan yang macam itu? Apa kata orang yang melihatnya nanti? Dan dia sendiri tidak larat untuk berjalan jauh. Dia tidak ada tenaga.

“Kausar kemalangan, Rahah …” Ziana pandang muka Rahah lama-lama.

Rahah tersentak. Semuanya berubah gelap. Seketika kemudian dia terjelepuk pengsan.

Dua jam selepas itu…

“Ziana ….” Rahah terus memanggil apabila tersedar semula di ruang tamu.

“Aku dekat sini.” Ziana pegang tangan Rahah kemas-kemas.

“Betul ke….”

Ziana angguk.

“Dia kemalangan semasa ke kelab malam dengan Razak. Razak luka sikit saja, tapi dia… masih tak sedarkan diri. Sebab tu aku cuba telefon kau berkali-kali tapi kau tak angkat. Sebab tu juga aku datang ke sini tengok kau.” Ziana hulurkan air susu kepada Rahah.

Rahah ambil dan teguk sedikit susu yang sudah dicampurkan gula. Fikirannya masih bingung. Dia tidak sedar sejak bila Kausar meninggalkan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience