Bab 10

Romance Completed 60382

“Cerai? Do you know what are you talking about? Sedar tak apa yang kau cakap sekarang ni Zul? Maya sanggup tinggalkan Afiq dulu semata-mata kerana janji kau untuk setia, Maya rela kehilangan keluarga demi mengejar kau. Senang-senang jer kau nak ceraikan dia? Astaghfirullah al azim Zul..sedarlah. Maya tu isteri kau Zul. Dia wanita yang mengandungkan anak kau sembilan bulan sepuluh hari, dia jugak orang yang besarkan anak kau seorang diri semenjak ketiadaan kau selam setahun Zul! Aku dah tak tau nak sabar macam mana lagi dah dengan kau ni. Aku rasa elok kau pegi keluar sekarang jugak sebelum aku lebih marah!” marah Fasya.

“Sya please?”

“Get out Zul!”

“Kau tak dengar ke tak faham apa yang Fasya kata? Pegilah Zul. Jangan sampai penumbuk aku melayang lagi kat muka kau. Aku bagi kau tiga pilihan sekarang ni, pertama, kau nak keluar sendiri? Kedua, kau nak aku panggil security atau yang ketiga? Dapat package bermalam kat I.C.U setahun?” sampuk Afiq yang sedari tadi diam menahan marah.

“Tak payah susah-susah..security dah ada kat sini dah..” Zahin bersuara saat memasuki pejabat tersebut bersama tiga orang security dan mengarahkan mereka untuk membawa Zul keluar dari bangunan tersebut.

“Terima kasih bang sebab datang jadi penyelamat. Tiba-tiba muncul dari mana?” tanya Fasya yang kehairanan dengan dengan kemunculan Zahin yang tiba-tiba.

“Dari bawah tadi..tak sengaja bertembung dengan perawat sakit jiwa dari hospital mana entah, katanya ada pesakit mereka lari masuk dalam bangunan ni masa kereta berhenti kat lampu merah kat depan tu..bila diorang tunjukkan gambar, abang tengok gambar Zul. Tu yang abang terus bawak security naik sini tu..buat apa dia masuk kat bangunan ni kalau bukan sebab Fasya kan?” terang Zahin panjang lebar.

“Terima kasih pada abang yang selamatkan Fasya..” pandangan Fasya jatuh pada wajah suaminya.

“Sekarang semuanya dah selesai, kita akan bina hidup baru dengan aman.” Lantas memeluk erat suaminya.

“Ya sayang. Kita akan bina hidup baru..” membalas pelukan Fasya sambil mencium ubun-ubun isterinya yang di tutupi tudung.

“Ehem! Kalau nak beromen pun malamlah sikit..kalau nak buat siang-siang pun tengoklah tempat dulu..line clear ke tidak..ini tak, depan abang pun korang boleh buat selamba jer? Nampak gayanya abang dapat anak buah dulu sebelum dapat anak lah jawabnya..” tegur Zahin yang masih berada di dalam pejabat tersebut.

“Insyaallah bang kalau itu yang abang nak, kat rumah nanti kami usahakan.” Jawab Afiq sambil memaut pinggang Fasya yang sudah tersenyum malu dengan kata-kata yang di lemparkan oleh abang dan ‘abang sayang’-nya.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience