Rate

1

Romance Series 1669

Dia berlari sekuat hati untuk berada dekat tempat berkumpul tempat pada masanya kerana baki masanya hanyala 5 minit. Akhirnya dia sampai di tempat berkumpul. Masa masih lagi berbaki 2 minit. Tercungap-cungap jugalah Errien ni. Errien mengambil tempat dibelakang Qistina.

"Nasib kau datang juga, kalau tak jenuh kau dikerjakan oleh aku! "ugut Qistina.

"mestilah aku datang, nanti meroyan pulak kau ni. "kata Errien selamba.

"takde maknanya meroyan ok"kata Qistina yang matanya setia dihadapan. Belum sempat Errien mahu menjawab tetiba satu suara memanggil mereka dengan lantang. Semua mata yang berada di dewan ni pun berpaling kearah Qistina dan Errien.

"Nur Errien Raisya dan Nurul Qistina Hannan korang tengah 'membawang' apa? orang tengah cakap dekat depan korang pula sembang di belakang. "bebel Puan Nuraimah. Errien dan Qistina masi lagi berdiam bisu. Mulut bagaikan di gam dengan gam gajah. Langsung tak boleh menjawab. Kalau tidak pasti Errien yang kaki menjawab pasti membalas balik.

"okay semua boleh bergerak ke dalam bas. Sebelum itu, beberapa senior korang dari sem 4 akan ikut serta. "10 orang itu menaiki tangga. 4orang perempuan 6 orang lelaki. Pada waktu itu jugalah pelajar yang berada di dewan ini akan menjerit. Riuh rendah betul. Tapi tidak buat Errien .Errien hanya buat 'rolling eyes.'Menunjukkan betapa dia tidak suka akan perangai pelajar di Uni ini.

“semua diam! "arah Puan Nuraimah lantang. Semua belajar semuanya diam kembali. Tahu pun takut dengan Puan Nuaraimah yang di cop Puan 'Dragon'.Semua pelajar bergerak ke dalam bas yang perlu dinaiki oleh mereka.

Errien mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Yang Qistina pula mengambil tempat duduk disebelah Ainul yang juga merangkap kepada kawan baik mereka. Disebelah Errien dibiar kosong.

"Tempat ni ada orang tak?"soal seorang lelaki sambil melirik kearah kerusi disebelah Errien.

"Ermm.. takde"jawab Errien yang matanya masih tertumpu kearah luar.

"so saya duduk sini eee.. "ujarnya seraya meletakkan begnya ditempat yang seharusnya.

Errien diam membisu. Malas mahu melayan diorang ni .Bas bergerak ke destinasi kami. Semua didalam bas hanya membuat hal masing-masing. Ada yang bersembang, ada yang berSkype, ada yang sedang tidur. Errien hanya memasang earphone di telinganya dan disambung kepada handphonenya. Lagu kegemarannya iaitu 'fake love' nyanyian pop korea iaitu BTS.

"Awak, awak bangun. Ni puan Nuraimah kata siapa nak 'membuang' ke nak beli makanan ke boleh turun. Awak taknak turun ke?"soalnya seraya menarik earphone yang dipakai oleh Errien"

"Aa... apa? Err.. taknak la.. saya ngantuk laa.. "ujar Errien lalu memejam kembali matanya yang terasa pedih.

"So you want to order anything?"soalnya kembali.

"no it's okay. "ujar Errien sambil digelengkan kepala berkali-kali.

"Hoi, Riz kau sembang ape tu? taknak turun ke? kalau tak nak aku blah dulu."kata seorang lelaki yang berpakaian tshirt hitam dan seluar jeans hitam.

Errien alih pandangan kearah lelaki yang memakai cap tu. 'handsome' itulah yang muncul di dalam hatinya saat lelaki itu bertembung mata dengannya. Lelaki itu mengalih pandangan kearah tempat lain.

'Huhhh.. belagak betul Mamat ni. 'bisik hati Errien.

"Ehh.. jangan blh dulu.. ni aku risau pulak tengok perempuan ni. Kurus sangat. "jujur Lelaki yang dipanggil Riz tu.

'Ehh.. Mamat ni panggil aku kurus? Nasib tak panggil aku gemokk kalau tak memang aku luku kepala Mamat ni.'desis hati kecil Errien .

Aku berdehem. Bagi beritahu yang aku masih ada lagi dekat sini.

"Ehhh.. sekejap tau paan aku nak gi dekat dia jap. "ujarnya sejurus datang kearah Errien yang sedang bangun berdiri.

"Where yo want to going? "soalnya sebaik sahaja berada dihadapan Errien .

"no just nak ambil my money. I forgot my money is in my beg. so i want to take it. "kata Errien seraya menarik beg itu.Tapi malangnya nasib Errien botol air itu berada dihujung itu terjatuh dan dia cuba mengelak tapi ada seseorang dengan tangkas menyambut Errien.

"Hurfff.. nasib baik.. "ucap lelaki yang bergelar Riz itu.

Mata Errien dan mata lelaki yang dipanggil Paan tu bertembung. Lelaki itu melihat setiap inci muka Errien. Matanya tertancap pada bibir mungil yang sentiasa berwarna merah itu.

Lelaki yang dipanggil Riz itu berdehem mematikan lamunan mereka. Lelaki yang dipanggil paan itu mengalihkan pandangan lalu mendirikan Errien bagi stabil .Mereka melayan perasaan masing-masing.

"so jom turun beli makanan "ujar lelaki yang dipanggil Riz itu memecahkan kesunyian.

"Jom. "sahut lelaki itu lalu keluar dari bas itu. Mungkin kerana malu atas perbuatan dia sebentar tadi.

*******

Selama 1 jam berada di dalam bas itu akhirnya mereka turun. Errien dan Qistina menghirup udara segar.Mereka tidak perasan yang ada mata memerhatikan mereka.Errien menggeliat seketika.Dia ternampak seorang lelaki yang dipanggil Paan.Qistina yang yang perasan terus pergi kearah sekumpulan lelaki .Ye…Errien tahu yang Qistina mahu pergi jumpa abangnya itu iaitu Faris Zuhail.Qistina pun bukan calang-calang orang.Dia anak kepada Dato' Firman yang mempunyai syarikat Ammerald Holding yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan juga salah satu rakan kongsi Dato' Iskandar yang mempunya Syarikat Golden Heart Holding merupakan syarikat terbesar dan merangkap ayah kepada Errien.Errien mempunyai sikap tidak riak dan menyembunyikan identiti nya hanya Qistina saja yang tahu.Bila ditanya nama penuh,dia hanya berbintikan Iskandar dan bukannya Dato' Iskandar.

Errien hanya mengikut rentak Qistina.Qistina datang dekat kepada kumpulan lelaki itu dan menghadiahkan senyuman manis kepada mereka.Semua orang juga akan terpikat dengan Qistina yang mempunyai kulit yang cerah,bibir yang sedia merah,matanya agak sepet ala cina sikit(almaklumlah dia ada mix dengan cina) cuma satu aje dia punya kekurangan dia tidak menutup aurat mengikut syariat islam.

"Hai semua!Err…abang mari kejap Ina nak cakap sesuatu ni."Faris jalan kearah Errien dan Qistina dengan senyuman manis.Ishh…dia ni kalau senyum sama je dengan adik dia.Handsome.

"kenapa Ina?"soal Faris yang Lini berada di hadapan mereka berdua.

"Pinjam duit!"

"What?duit?Ina mana duit yang mummy bagi sebelum ini?cepatnya habis.Ina boros eee…??"soal Faris lembut.

Qistina tersenyum kambingnya.Dan satu lagi sikapnya ialah suka memboros.Bila shopping aje mesti tak ingat dunia.Nasib la sape jadi husband kau Qistina!

Faris mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping duit 50."Cukup 350 ringgit??"Qistina hanya mengangguk dan tersengih kambing."lain kali jimat la jugak..Bila shopping cermat-cermat la juga.Ni tak,bila shopping aje mesti tak ingat dunia."bebel Faris kepada adiknya.Macamlah dia tak tahu perangai adiknya tu.Errien disebelah hanya melihat gelagat mereka berdua dan tergelak kecil.

"Ehh…Errien ada dekat sini ke?sorry tak perasan tadi."ujarnya yang baru perasan Errien ada disitu.

"Eh…takpe takpe..it's okay.So macam mana sekarang?" soal Errien sekadar berbasa-basi.

"Ok fine.You?"

"Yeahh…you know assignment berlambak jenuh nak buat…kut la macam korang ni pandai."

"Ehh…adanya kesitu pulak.Errien pun pandai.Tak ada bezanya antara kita ni.Allah menciptakan manusia sama je tak ada yang bodoh.Cuma manusia ni malas berusaha."

Faris ni dengan Qistina berbeza sikit.Faris ni bab agama dia pandai berbanding Qistina.Errien hanya ketawa kecil lalu meminta diri untuk pergi kemas barang danmereka berlalu pergi.

Mereka berdua mendirikan khemah bersama dua lagi rakannya.Selesai mendirikan khemah,mereka mengemas barang yang mana patut.Sesudah mengemas barang mereka dipanggil untuk berkumpul.Mereka berjalan bersama sambil dibualkan nanya perkara.

"Okay semua sudah ada jadi biar saya bercakap sesuatu perkara yang penting untuk diri kamu semua."ujar Puan Aini.

"Hari ni kamu hanya perlu kemaskan khemah kamu dan releks dulu.Esok baru bermula aktiviti-aktiviti yang lain.So that's all.Thank You."Puan Aini memberi arahan dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience