Rate

PROLOG

Action Series 1269

"Siapa you sebenarnya Tuan Irsyad Muiz ?" Soal gadis itu. Mukanya tampak merah menandakan dia baru sahaja lepas menangis.

" Im your guardian mybe." jawap lelaki itu selamba. Dia belum bersedia untuk memberitahu isterinya. Nampaknya Tuan Irsyad tetap membiarkan isterinya tertanya-tanya.

"Kenapa setiap kali I tanya, you sentiasa bagi jawapan yang sama?." Arluna terus berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian di ruang tamu itu. kelibat arluna menghilang. Tuan Irsyad Muiz mengeluh berat.

"im sorry wife, not this time." Dia juga banggun melangkah masuk ke dalam lift. Dia ingin menenangkan diri dalam officenya.

Arluna membawa keretanya agak laju. Dia sedih kerana lelaki itu masih ingin menipunya. Dia juga tidak percaya dengan apa yang dia jumpa di bilik office lelaki itu. Dia rasa tertipu oleh suami sendiri.

"Huh! Guardian konon!". sumpahnya dalam hati. Kereta dipecut laju. Hujan yang makin lebat tidak dihiraukan. Dia stress!

Manakala dirumah pula, Tuan Irsyad Muiz menjadi resah apabila kilat mula menyambar, hujan pula semakin lebat tetapi isteri kecilnya masih belum kelihatan.

"Awak kemana sayang, Ya allah." resah Tuan Irsyad Muiz. Risau! menyesal dia tidak menghalang isterinya keluar rumah tadi. Dia sangkakan Arluna keluar sekejap. tetapi jam sudah masuk pukul 9:00 malam. Isterinya masih belum kelihatan.

"Ya allah,Janganlah berlaku apa-apa kepada isteriku." suaranya hanya dalam hati. Dada dipegang. Membuang perasaan tidak sedap dihatinya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi meminta diangkat. Melihat nama si isteri cepat-cepat dia menjawapnya.

"Hello, sayang--

"Maaf encik, Ini Encik Irsyad Muiz ke ?". Suara Lelaki di dalam telefon memotong percakapannya.

"Ya saya, ini siapa? kenapa telefon isteri saya dekat encik?". Soal Tuan Irsyad bertubi-tubi. Dia mulai tidak sedap hati.

Ya Allah!

"Saya Dr.Darrell dari hospital Ampang puteri, Saya ingin memaklumkan bahawa isteri Tuan kemalangan jalan raya tadi. Dia sekarang masih dalam ICU. " Terang Doktor itu. Tuan Irsyad Muiz tidak menunggu lama, dia terus berlari turun.

"Haidar! Hospital now!". Haidar yang baru sahaja keluar dari kereta mengerutkan dahi. Dia mendengar arahan abangnya itu terus masuk semula ke dalam kereta.

"kenapa bang?". Soalnya. Tetapi Tuan Irsyad tidak menjawap. Riak wajah lelaki itu tampak resah dan risau. Ada apa-apa berlaku ke.

"kita pergi hospital Ampang."

"Ya allah, kuatkanlah isteriku." Doanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience