MISI

Fantasy Series 1807

"Ooooh,jadi betul ke yang awak ni dhampire?"tanya Alia.
"Ermmm,mungkin....?"jawab Aiman.
"Okay"balas Alia dalam keadaan yang kekok.
Lalu keadaan itu bertukar menjadi senyap sunyi seketika.
"Errr,kau nak makan apa?"tanya Najwa bagi memecahkan kesunyian yang mula menguasai ruang itu.
"Omelet"gurau Alia .
"Omelet kepala hotak kau!"balas Najwa,mana nak cari Omelet di restoran makanan laut.
Sementara Najwa dan Alia bergurau senda sesama sendiri,Aiman yang sedari tadi mendiamkan diri secara tiba tiba merasakan ada seseorang yang memanggilnya lalu Aiman pun melihat ke arah tersebut dan terlihat kelibat asap hitam bergerak keluar seperti menggodanya untuk keluar dari tempat itu.
"Aku nak gi tandas jap" Aiman pun berdiri lalu terus menuju ke tempat kejadian.
Lalu sebuah tumbukan hinggap ke pipi Aiman sebaik sahaja dia sampai di tempat itu.
"Kau dah lupa ke misi kau?!"tengking kelibat hitam itu.
"Mungkin kita dah tersalah orang"jawab Aiman dengan lembut seolah olah mahu memujuk kelibat itu.
"Tak mungkin tersalah ,memang sah dialah sepupu Khai tu"
"Tapi dia tak bersalah,boleh tak kita lupakan je pasal perkara tu"pujuk Aiman lagi.
"Kau dah lupakah dendam kita,sebab ayah Khai kita dipandang hina,kau lupa ke ?!!"
"Ye,tapi dia tak ada kaitan dengan Khai,dia pun tak kenal Khai tu siapa,lagipun kenapa kita kena serang dia bukan Khai?"pujuk Aiman lagi ,masih tidak mengalah.
"Lagipun kita belum dapat pastikan lagi betul tak dia tu sepupu Khai?"sambungnya lagi.
Lalu Aizaf pun terdiam memikirkan kata kata adiknya itu.
"Abang,tak boleh ke kita berhenti menyerang orang yang tak bersalah sesuka hati"kata Aiman sambil menekankan perkataan 'tak bersalah' itu.
Lalu Aizaf pun bertukar menjadi kepulan asap hitam lalu terbang menerusi celah celah bangunan itu.
Lalu keluhan berat kedengaran terbit dari Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience