Rate

Part 6

Other Series 744

Cuti?Mestilah,bulan 3 kut.Tapi,exam aku lepas cuti.Macam mana ni?Lepas exam,pergi trip dengan sekolah.Lepas itu,puasa.Lepas itu,cuti raya.Lepas itu,trial exam SPM.Lepas itu,cuti raya balik.Lepas itu,SPM menjelma sebagai penentuan hidupku sebagai seorang yang berguna kepada masyarakat zaman kini.

Aku,Tengku Qaisarah binti Tengku Ismadi akan belajar bersungguh sungguh demi membanggakan ibu bapaku yang tersayang.Aku,Tengku Qaisarah binti Tengku Ismadi tidak akan mengecewakan ibu bapaku dan akan membalas jasa mereka walaupun aku tidak boleh membalas jasa mereka yang terbesar iaitu ibu,yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari,melahirkan aku dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang.Ayahku pula,membesarkan aku dengan memberi nafkah dan juga beserta dengan penuh kasih sayang.Pastilah seorang anak tidak akan mampu untuk membalas jasa kedua orang ibu bapanya lagi lagi IBU.Betul atau tidak?

Tiba tiba...
"Sara!"laung Puan Ayana

"Kenapa ibu?"ujar Qaisarah

"Tolong ibu dengan kakak kamu membersihkan rumah,boleh atau tidak?"soal Puan Ayana

"Ibu,ini Qaisarah.Mestilah boleh untuk ibu.Mana vakuum?"ujar Qaisarah

"Ok.Qaisarah nak tolong atau tidak membuat kuih raya?"soal Qaizara,kakak Qaisarah

"Ya,Sara dah ada resepi tart cadbury 3 bahan dengan 5 bahan.Nak yang mana?"soal Qaisarah

"3 jelah"ujar Qaizara

"Ok"ujar Qaisarah sepatah

"Tapi,kan.Ibu rasa belum raya lagi,kenapa kamu berdua ni beria beria nak buat tart cadbury ini?"soal Puan Ayana

"Secret!"ujar kami berdua serentak lalu ketawa

Malam itu,
"Sara,kenapa itu dengan muka kamu?Susah sangat ke nak gaul tepung gandum itu dengan mentega?"soal Qaizara dengan mukanya yang berkerut kerut

"Kakak,susahlah!Malas nak buat kuih raya macam ni!"ujar Qaisarah

"Qaisarah,ingat tak misi kita?"soal Qaizara dengan senyuman misteri

"Mestilah ingat!Tapi,susah gila nak gaul tepung dengan mentega"ujar Qaisarah

"Itu ialah cabaran,adik!Macam mana nak buat benda itu,kalau sekarang adik dah berputus asa"ujar Qaizara

"Yalah"ujar Qaisarah dengan semangatnya yang membara bara dalam jiwa

"Macam itulah adik akak!"ujar Qaizara sambil tersenyum kearahnya

Selepas itu,
"Qaisarah!Kita terlupa beli acuan nak buat dia"ujar Qaizara

"Habis macam mana sekarang?"soal Qaisarah

"Kita guna garfu?"ujar Qaizara

"Apa kata kita guna bentuk petak,lepas itu letak garfu kiri kanan dengan atas,ok tak"cadang Qaisarah

"Bolehlah macam itu"sokong Qaizara

"Akak macam ni?"soal Qaisarah

"Macam mana apa?"soal Qaizara kembali

"Coklat ni susah nak patahkan"ujar Qaisarah

"Lemah sungguh fizikal kamu ini,Sara.Terus terang kakak cakap dengan kamu"ujar Qaizara

"Akak!"ujar Qaisarah dengan manja

Qaizara mematahkan coklat Cadbury begitu sahaja dan Qaisarah secara automatiknya menepuk tangannya.Setelah selesai membakar kuih tart cadbury mereka,Qaisarah mecuba sedikit kuihnya dan tiba tiba...
"Sara,jadi ke tidak kuih kita ni?"ujar Qaizara

"Mestilah tidak!Bencinya Sara nak buat kuih ni,sebab tu masuk dapur tadi Sara dah kata buat yang 5 bahan,kak Zara nak juga buat yang 3 bahan"geram Qaisarah

"Jadi,nak bagi siapa kuih ni?"soal Qaizara

"Bagi kucing jelah"cadang Qaisarah

"Betul juga tu!"sokong Qaizara

"Jadi,takdelah membazir"ujar mereka berdua

Tiba tiba,ada seseorang telefon.Lalu,mereka berdua kelam kabut mencari telefon.Maklumlah,ringtone sama mana taknya kelam kabut.Kemudian,Qaisarah menunjukkan telefonnya tanda itu bunyi dari telefonnya.
"Assalamualaikum,siapa ni?"

"Aku ni,Tengku Zafran bin Tengku Azizan"ujar Zafran

"Kenapa kau call aku masa cuti ni?"soal Qaisarah

"Saja!Tak boleh ke?"soal Zafran kembali

"Mana boleh!Kau kan dengan Shiela,nanti dia meroyan macam mana"ujar Qaisarah

"Nanti aku cover lah"ujar Zafran

"Macam mana kau dapat nombor aku?"soal Qaisarah

"Telefon Shiela"jawab Zafran

"Kau dengan Shiela ke sekarang?"soalku

"Yup,aku dengan Shiela sekarang.Dating,kenapa?"ujar Zafran

"Bai,aku taknak ganggu"ujar Qaisarah lalu mematikan panggilan serta telefonnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience