chapter 2: Semester Of Love begin

Romance Series 6469

TO FALL AGAIN By Hayley Dawn Harper
CHAPTER 2 : Semester Of Love Begin

So the new semester begin again. Bermulalah lagi kehidupan Darlene Terrence sebagai pelajar universiti. Setelah bercuti selama hampir sebulan, Darlene kembali lagi di asrama kediaman pelajar. Dia turun dari kereta Ayahnya dan membawa turun Bagasi berisi pakaian dan barangan keperluannya yang lain. Panas matahari membuat dahinya sedikit berkerut saat dia menarik bagasinya menuju ke bangunan pejabat melaporkan diri dan serta merta mendapatkan kunci bilik kediamannya.

Ayahnya hanya mengeleng melihat Darlene melambai ke arahnya bersama senyuman manis yang tidak berpenghujung.

"Babai Daddy.. nanti saya balik rumah kalau weekend okay...!" Jerit Darlene. Dia tidak mempedulikan Pelajar pelajar lain yang juga sedang sibuk mengurus diri dan urusan mereka masing masing.

Darlene menulis nama dan memeriksa lokasi bilik kediamannya untuk semester terakhirnya tahun itu. Dia mengaru kepalanya. Blok D tingkat 4 bilik nombor 5. Bangunan paling hujung sekali dan mempunyai pemandangan kota di bahagian hadapan dan pemandangan kawasan hutan di belakangnya.

"Hmmm. It's okaylah. Baguslah boleh tenangkan fikiran juga. Kalau boring tengok Bangunan kalau mau tenangkan jiwa boleh juga tengok tu hutan.." Darlene tersenyum sendiri. Setelah mendapatkan kunci dari AJK yang bertugas dia menarik bagasinya lagi menuju ke bangunan Blok D. Ramai pelajar yang sedang melakukan aktiviti yang sama seperti dirinya.

Ting! Pintu lift terbuka. Darlene dan beberapa orang pelajar yang lain masuk membawa bagasi masing masing. Oleh kerana terlalu ramai, hanya sebahagian sahaja daripada mereka yang dapat masuk ke dalam lift itu. Darlene mengeluh kecil kerana dia antara pelajar yang dapat masuk ke dalam lift.

Tiba sahaja di tingkat 4, pintu lift terbuka. Darlene keluar dan dia masih menarik bagasinya menuju ke Bilik nombor 5.

"Wahhh.. bestnya. Dekat pula sama Lift. Tak payah susah susah cari.." Darlene sudah tiba di hadapan pintu rumah kediamannya. Dia membuka pintu perlahan dan menolaknya. Di dalam rumah itu sudah ada beberapa orang pelajar yang sedang mengemas barang barang mereka. Mereka menoleh dan tersenyum ke arah Darlene.

"Haii everyone..? Housemate kah ni? " kata Darlene. Mereka mengangguk.

"Haii.. kamu baru sampai kah.. sikitnya barang kamu.. bag pun satu sahaja.. ni mesti local people.. rumah dekat dekat sini saja kan..?" Kata salah satu daripada mereka.

"Macam mana kau tau? Saya memang orang sini. Rumah saya sana ja.. sebelah pekan di depan kediaman kita ni.." jawab Darlene.

Kawan kawannya hanya mengangguk dengan wajah sedikit cemburu dengan kenyataan daripada Darlene sebentar tadi.

"Best ohh.. dekat sama parents. Bukan macam Kami.. mau naik bas lagi berjam-jam.. banyak lagi barang mau bawa dari rumah.." rungut yang satu lagi. Darlene hanya tersenyum. Dia menarik bagasinya menuju ke salah satu bilik di dalam rumah kediaman itu.

"Sinilah.. ada satu lagi katil kosong sini.. sudah saya kasi bersih bilik.. tinggal kau susun ja barang barang kau.." kata seorang Pelajar tinggi lampai. Berambut pendek dan mempunyai senyuman manis. Darlene masuk ke dalam bilik itu dan dia memerhatikan Katil yang masih kosong itu. Berhadapan dengan Tingkap dan pemandangannya adalah kawasan Hutan. Dia menyimpan bag di hadapan almari dan bag sandangnya di atas meja belajar yang sudah tersedia.

"Siapa nama kau mandak( sumandak/ gadis/ girl) ?Ambil course apa ?" Tanya Pelajar itu. Darlene menoleh ke arahnya dan dia tersenyum.

Eva Richard

"Darlene.. Panggil Darl saja pun okay. Saya ambi course antroplogi dan sosiologi.." jawab Darlene.

"Ohh.. Budak Ansos kah.. acctually Ansos is about what ah.. apa bidang yang kamu study tu.. macam best ohh.." kata pelajar itu. Darlene membuka zip bagasinya. Dia juga mahu mengemas semua pakaian dan barangannya di dalam almari. Satu persatu baju di dalam bagasinya dikeluarkan bersama hangernya sekali.

"Ansos lebih kepada kajian pasal cultures Orang.. macam mana kewujudan dorang.. macam mana dorang berkembang.. apa budaya dorang.. macam macam lah.kalau saya cakap pun bukan kau faham.." kata Darlene.

"Haha. Faham bah sudah. Mesti buat Research thesis ni nanti kan..?" Soal pelajar itu lagi.

"Ya. Sem lalu lagi sudah kami start buat tu. Kau? Nama kau siapa? Ambi course apa?" Tanya Darlene kemudiannya. Dia menyimpan dan menyangkut pakaiannya di dalam almari satu persatu sambil diperhatikan sahaja oleh Pelajar itu yang sedang duduk di atas katilnya.

"Nama saya Eva.. saya ambi course Account.." Jawab Eva. Darlene mengangguk. Dia membuat tanda Thumbs Up keadah Eva tanda rasa kagum dengan course yang diambil olehnya.

"Kalau account saya no komen. Bukan bidang saya.. dulu masa spm sebab ikut kawan saya ambi juga tu subject sekali masuk kelas blurr.. yang saya faham pasal tu Subject kau tau apa? Kredit debit ja.. yang lain imbangan duga entah apa barang yang mesti mau kasi sama jumlah dia tu.. aishhhh susahhnya.. saya study 24/jam sehari pun ndak lah boleh masuk dalam otak saya. Stress gila. Last last dapat 8E.. tu pun saya heran.. napa ndak 9G kan.. saya tulis nama saya ja pun dalam tu kertas jawapan. Hahahha.." Darlene tertawa. Eva juga sama.

"Lucu oh kau ni. Mungkin tu pemeriksa suka nampak nama kau.. tu dia bagi kau 8E.." ulas Eva Pula.

"Saya tiup tiup bah tu paper masa tu. Fuhhh 8 E fuhh 8 E.. at least lulus walaupun ndak kredit.. sekali betul betul 8 E.. bagus saya cakap A 1 A 1.. manatau.. miracle from heaven.. kenen lah.." kata Darlene dengan nada nakal.

"Hahaha.. sot. Sama lah kita, last sem kan ni tahun..?"soal eva lagi.

"Ya last sem sudah. Harap harap berjaya konvo.. malas saya repeat paper. Ada senior saya berapa kali suda repeat paper .. harap ni tahun dia konvi..bosan sudah dia di sini.. dia bilang. Lagi pun, kunun mau cepat kerja bah.. cari duit pigi travelling.. Dream on.." kata kata seorang Gadis bernama Darlene yang menyimpan sejuta impian kedengaran. Eva tertawa lagi namun dia segera mengangguk.

"Boleh Bah tu. Napa pula tidak boleh.. saya pun mau oh macam tu.. travelling before kawin and beranak.. sibuk kerja sudah mana ada masa lagi tu.."sokong Eva pula, akhirnya dia juga setuju dengan buah fikiran Darlene itu.

" kan.. mau gumpul duit lah ni. Harap harap ijazah saya laku lepas konvo.. ndak kau sia sia kena cakap Penanam anggur..?" Darlene masih sibuk mengemas barangannya.

"Penanam anggur with Degree.. kau ada.. hahaha."

"Boleh lah. Bikin senang senang hati.." Darlene dan Eva tertawa. Mereka berborak lagi dan ternyata mereka berdua cepat menyesuaikan diri masing masing. Mudah rapat dan bercakap tentang apa apa sahaja.

Setelah siap mengemas barang barang
Keperluan mereka, Eva dan Darlene duduk di atas katil masing masing.

" Jom kita keluar.. saya mau beli barang makanan bah. Saya mau beli baldi lagi ni.. malas saya bawa baldi di rumah.. " kata Eva. Darlene tersenyum.

"Boleh bah, tapi Bau badan ohh..saya belum mandi lagi. Saya pun mau keluar bah mau beli Barang makanan.. mamajak( pajak) maggie lagi lah ni.. back to basic..student's life.." Darlene bangun dari katil dan mengambil tualanya.

"Bah kau mandi lah dulu. Saya sudah mandi tadi. Awal bah saya sampai. Saya tunggu kau di ruang tamu ahh.. saya pigi(pergi) tengok dulu apa housemate kita buat.. bising betul saya dengar.."

"Bahhh. Okay." Suara Darlene dari bilik mandi kedengaran.

Eva keluar dari bilik dan dia duduk bersama rakan rakan serumah yang lain. Dia mengambil peluang itu untuk bersua kenal dengan mereka. Ada pelajar dari bidang perubatan, engineering , pendidikan dan juga Bidang Seni.

Lebih kurang dalam masa 20 minit kemudian, Darlene keluar dari bilik dan mereka berdua bersedia untuk keluar bersama.

"Wahh.. rumah kita barulah.. semua ada oh.. menyusuri bidang pemelajaran alam betul.. semua course ada wakil.." Eva dan Darlene keluar dari lift. Darlene hanya tertawa.

"Ya meh. Belum lagi saya berkenal sama yang lain oh. Nanti lah esok esok.. Kita mau naik apa ni.. pigi shopping mall, Bas kah.. atau Uber? Mana yang cepat and selamat?" Tanya Darlene.

"Naik Bas ja bah. Sekejap ja tu.. jum(jom)." Pelawa Eva sambil menarik tangannya menuju ke jalan ke arah Bus stop berhampiran dengan mereka.

"Bah. Okay. Dari kau ja." Jawab Darlene. Mereka menunggu bas dan menaikinya setelah bas tiba di hadapan mereka.

Setiba sahaja di shopping mall, mereka berdua singgah makan di sebuah kedai makan Nasi Ayam. Sambil menjamu selera masing masing, mereka membuat catatan untuk barang keperluan yang mereka harus Beli untuk hari itu.

"Darl. . Darl.." Eva tiba tiba menepuk bahu Darlene. Darlene yang masih menulis di buku catatannya mengangkat kepalanya memandang Eva di hadapannya yang kelihatan tersipu sipu malu. Darlene merenungnya penuh tanda tanya.

" why? What's wrong.." tanya Darlene Hairan.

" tengok bah tu.. tu bah lelaki di sebelah meja kita.. punya handsome.. silaka.. baru saya makan pun macam yang tidak makan satu tahun ni. Gelojoh betul. Patutlah dia ketawa bah silik silik( jeling jeling) tempat kita.. lucu kah cara saya makan.." bisik Eva sambil mengambil tisu di kotak tisu dan mula membersihkan tepi bibirnya.

"Mana ohhh.." Darlene menoleh ke arah meja di sebelah mereka.

"Isshh Jangan lah tengok begitu .. ketara lah bah.." Eva menolak kepala Darlene agar tidak menoleh. Darlene menoleh semula ke arah meja di sebelah mereka saat itu. Dia berhenti mengunyah makanan. Dia tersenyum.

"Ehh. Kau pula. Hai..Tucker. Apa kau buat sini.. " Darlene mengangkat tangannya. Sungguh tidak menyangka akan melihat lelaki itu lagi.

Tucker Darlan hanya tunduk dan tersenyum. Dia memakai pakaian formal. Tali lehernya dilonggarkannya sedikit. Rambut panjangnya diikat kemas. Sedikit anak rambut jatuh di dahinya. Earring di telinganya sudah tiada.

"Baru balik dari kerja.. singgah makan sekejap. Ngam ngam (kebetulan) nampak kau di sini.. " jawab Tucker. Eva hanya memandang ke arah Tucker dengan senyuman penuh makna.

"Kau kerja sudah.. ! Don't tell me.. ?!!" Darlene menepuk tangannya. Dia bangun dan duduk di hadapan Tucker. Eva mengerling sejenak. Dia ditinggalkan sendirian di situ.

"Ya. Saya accepts juga tu tawaran bah. Bosan juga jadi penganggur ni.. so, kerja lah..baru Start minggu minggu lalu.." jawab Tucker Darlan.

"Nahhh! Baguslah tu.. wahh. Best oh kau. Kerja di muzium kan.. baguslah. Lain kali saya mau buat research saya cari kau ja.. di sana.. boleh kan."

"Research apa kau mau buat kunun..?!" Tucker Darlan Hanya memerhatikan Darlene mengunyah makanannya bersama senyuman manisnya itu.

"Adalah.. untuk thesis kerja khusus.."Jawab Darlene.

"Ohh .kau masih study kah pula..?"Tucker Darlan mengambil tisu dan memberikan kepada Darlene. Darlene tersengih. Seperti tahu tujuan Tucker Darlan memberikannya kertas Tisu itu.

"Ya. Last sem sudah ni tahun.. " katanya sambil membersihkan mulutnya. Tucker Darlan hanya tersenyum.

"Ohh. Bagus lah. Belajar rajin rajin.. nanti kau konvo kasitau( bagi tahu) saya.. nanti saya pigi bagi bunga sama teddy yang ada Square Hat.."

"Ee. Saya tidak mau bunga.." Darlene mengeling sekerasnya.

"Jadi.. bukan kamu suka meh tu.. perempuan kan suka bunga.."

"Saya suka juga tapi.. eh. Malu saya kena bagi Bunga. Saya mau makanan.. coklat yang bulat bulat tu.. kasi jadi bunga. Boleh lagi makan.. Ada saya nampak di dalm iklan TV.. " Kata Darlene. Tucker Darlan tertawa mendengarnya.

"Coklat bulat bulat.. apa barang tu. I don't know oh." Kata Tucker Darlan.

"Ehh.. forerro Rocher bah.." Ujar Darlene selamba melap Bibir Tucker Darlan yang ada sisa makanan ketika itu. Tucker Darlan menangkap tangan Darlene. Matanya terpanah sedikit memandang gadis itu.

"Folelolo Lucher??!" Tucker Darlan kedengaran janggal menyebut nama itu. Darlene tertawa kuat. Eva di meja sebelah juga sama.

"Ehh. Pendek lidah.. nda dapat sebut R.. ular lari lurus.. cepat cakap.." Usik Darlene.

"Urall rali Lulus.." Kata Tucker sepantasnya. Darlene tertawa. Dia mencekup wajahnya menahan ketawa. Eva di meja sebelah juga masih tertawa.

"Jahat bah kau mengijik saja.. saya mau balik lah ni.." Tucker Darlan mengetuk kepala Darlene.

"Aduh. That's hurt okay. " kata Darlene mengusap kepalanya yang baru diketuk.

"Siapa suruh .. jajal( nakal). Saya balik dulu.. lambat sudah ni.." Ujar Tucker. Dia tergesa gesa meninggalkan meja makan. Namun Darlene menyakatnya. Dia menarik baju Tucker Darlan. Tucker Darlan menoleh semula ke arahnya.

"Awal lagi pun.. belum lagi saya puas..ehh." Darlene menutup mulutnya. Dia tunduk tersipu malu.

"Apa bah saya cakap ni. Tiba tiba ndak puas Bercakap.. dia siapa. Bagus kalau saya rapat pun tidak. "Desus hati Darlene saat itu. Tucker Darlan tunduk sedikit dan memandang dekat wajah Darlene saat itu. Darlene tersenyum tunduk.

"Belum puas apa ohh.. ?."Tucker mengaru kepalanya. Darlene mengeleng. Pipinya menjadi panas seketika.

"Kau ni cakap pun separuh separuh.. boleh menimbulkan salah faham tu.. "belum puas" banyak maksud tu.. okaylah. I need to go. Bye." Tucker tertawa kecil sebelum berlalu pergi. Darlene menjeling tajam. Sempat terkena sindiran nakal daripada lelaki itu.

"Hmm. Kuning betul." Darlene kembali semula ke meja di sebelahnya. Eva memandangnya dengan penuh tanda tanya di wajahnya.

" who's that? Kau kenal pula sama tu orang. No wonder dia asyik tengok tempat sini tadi.. Kamu cerita apa.. cepat juga dia balik.." kata eva masih menoleh ke belakang, Tucker Darlan terus berjalan meninggalkan kawasan itu.

" Bukan juga saya kenal sangat.. coincidence
Saja bah.. Tucker Darlan.. He's cute right.. kau tau macam mana saya jumpa dia?" Darlene tersenyum penuh makna.

" macam mana lah.. Seriously Handsome. Looking so mysterious at the same time.. His Gaze is stunning.. Tinggi lagi tu.. oh my. Kau tidak minta Number dia.. ?" Eva menepuk bahu Darlene. Darlene tertawa.

"Ada bah.. Number dia tempat saya. It's kinda weird how i met him.. tapi entah lah. There is something about him that .. you know.. macam senang ja mau bercakap sama dia.. " Darlene menceritakan semula bagaimana dia dan Tucker Darlan bertemu kerana Surat yang disalah hantar oleh Postman. Eva hanya mendengar sambil menghabiskan minumannya.

"Dia hantar juga lah saya sampai di kereta daddy saya.. hujan hujan lagi tu. Sudah lah tu guntur bunyi bunyi.. nasib saya sampai rumah juga. Paling scary lah driving masa hujan.. I don't like it." Kata Darlene. Eva hanya mengangguk.

"Nasib dia terima juga tu kerja oh. Gila, Penolong Kurator. It's the best Job ever.. walaupun saya ndak faham apa kerja dia tapi i know.. kalau kerja pasal old dokumen, artifak.. semua benda tu.. " Eva mengambarkan rasa kagumnya. Darlene hanya memandang ke arah eva.

"Bah .. sudah. Jom jalan. Banyak barang mau beli ni.. nanti lambat lagi balik.." Darlene mengangkat beg sandangnya. Eva juga pantas bangun dan mengekori Darlene.

Mereka membeli keperluan mereka mengikut list yang sudah mereka sediakan. Setelah selesai membuat pembayaran di kaunter Cashier mereka berdua ingin segera pulang kerana hari sudah semakin malam. Mereka tidak mahu terlalu lewat pulang kerana masih banyak yang perlu dilakukan di bilik kediaman mereka.

Ketika mereka tiba di pintu keluar Shopping mall, mereka melihat orang ramai sedang berkumpul di hadapan tempat kereta kereta teksi sedang berparking.

"Apahal tu..?" Eva menoleh. Darlene berjalan ke arah Gerombolan manusia itu dan dia cuba melihat apa yang sedang berlaku. Orang ramai juga berpusu pusu untuk melihat. Eva dan Darlene menolak orang dan mencuba melihat ke hadapan. Eva lebih dahulu ke hadapan kerana mempunyai tubuh lebih tinggi.

"Oh my God. Darl.. it's Him.." Eva menarik
Tangan Darlene kehadapannya. Darlene yang masih tidak tahu apa apa menoleh sedaya upayanya.

"Who.. what happen.." kata Darlene dan dia tergamam melihat Tucker Darlan terbaring tidak sedarkan diri di situ. Darlene memerhatikan sekelilingnya. Dia mendekati Tucker Darlan. Mengangkat kepalanya dan meletakkannya di pangkuannya. Dia tidak sedarkan diri. Badannya sejuk. Eva tergamam mencekup wajahnya.

"Tucker..? Uii. Bangun. Apa hal kau..?" Darlene menepuk pipi Tucker beberapa kali.

"Eva.. Help me. Mari tolong saya bawa dia pergi Hospital.." Jerit Darlene. Eva mengangguk dan mereka membawa Tucker masuk ke dalam Teksi. Pemandu teksi membantu mereka mengangkat Tucker masuk ke dalam Kereta di tempat duduk belakang.

"Eva.. kau balik dulu lah. Tolong bawa barang saya.. Boleh kah? Nanti saya call kau.. balik..susah nanti kita mau bawa semua barang pergi hospital.." kata Darlene.

"Ya kan. Bah. Saya balik dulu Hostel lah. Nanti kau call ahh.. kalau ada apa apa.." Kata Eva. Darlene mengangguk dan Eva menutup Pintu kereta. Dia hanya memerhatikan Teksi itu berlalu dari situ.

"Tucker..?" Darlene masih cuba mengejutkan Tucker yang masih tidak sedarkan diri. Sehingga mereka tiba di hospital, pihak Staff di bahagian kecemasan membawa Tucker masuk ke dalam untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan jika perlu, dia akan mendapatkan rawatan. Darlene hanya menunggu di luar dan menunggu apa yang bakal berlaku seterusnya. Dia duduk di kerusi menunggu dengan wajah penuh kerisauan.

45 minit kemudian, pintu rawatan dibuka dan keluar Seorang Jururawat memegang sehelai kertas bersamanya. Dia menoleh kiri dan kanannya.

"Ada sesiapa keluarga Pesakit yang bernama Tucker Darlan ..?" Seorang Jururawat keluar dari bilik rawatan. Darlena bangun dan dia mengangkat tangannya. Jururawat itu mendekatinya.

"Kamu adik dia kah ? " tanya Jururawat itu. Darlene hanya mengeleng.

"Acctually, kami jumpa dia Pengsan di Mall.. saya yang bawa dia pergi sini.. kenapa dia Nurse..?" Tanya Darlene. Jururawat itu mengeluh.

"Aduii. Susah mau cakap kalau kamu bukan Family dia. Tidak apa lah..nanti kami check sendiri.. " Jururawat itu berlalu masuk semula. Darlene hanya diam dan duduk semula. Tidak lama
Kemudian Telefon bimbitnya berdering. Darlene berlalu dari situ dan menjawab panggilan itu.

"Uii eva. Saya masih di Hospital..ni. Sorry, lupa pula saya call kau. Saya tunggu di luar ..".Kata Darlene.

"Apa hal si Tucker.. okay sudah dia..?" Tanya eva.

"Tidak tau.. dorang cari Family dia ja.. saya sini luar ja tunggu ni.. tapi saya mau balik sudah ni.. nanti adalah family dia sampai tu saya rasa.."

"Bah. Naik teksi ja lah kau. Lewat sudah ni.. tiada sudah bas..barang kau sudah saya simpan di atas meja kau.."

"Bah yala. Thank you ahh Eva." Darlene mematikan talian. Dia kembali semula ke ruangan menunggu dan kakinya berhenti melangkah apabila melihat Tucker Darlan baru sahaja keluar dari bilik rawatan. Dia mengemaskan ikatan rambutnya. Tali lehernya ditanggalkannya dan di masukkan ke dalam poker seluarnya. Baju kemejanya dibiarkan terkeluar dari seluarnya. Dia berjalan perlahan lahan dengan reaksi wajah seperti tidak berlaku apa apa kepadanya. Darlene mengangkat tangannya. Tucker Darlan menoleh ke arahnya. Dia mengusap wajahnya.

"Are you okay..?" Tanya Darlene. Tucker Darlan hanya memandang ke arahnya dengan mata redupnya. Dia kelihatan lemah dan sedikit lelah. Darlene memegang pipinya. Tucker Darlan hanya diam. Dia menoleh pula kiri dan kanannya. Tiada sesiapa di situ.

"What are you doing here oh..?" Tanya Tucker Darlan. Darlene Tersenyum. Tucker Darlan memegang Tangan Darlene di pipinya. Dia menutup matanya.

"Such a warm Hand you have.. macam mau tertidur saya ohh." Kata Tucker. Darlene menarik tangannya semula. Tucker Tertawa. Dia berpaling dan meninggalkan Darlene dalam keadaan Bingung.

"Tucker.. Wait.." Darlene mengejar Tucker Darlan yang terus berjalan meninggalkannya di situ dalam keadaan tertanya - tanya. Tucker Darlan Menoleh ke arahnya dan dia terus melangkah lagi.

To be Continued..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience