Bab1
Dipagi yang indah berseri,seorang gadis bertudung litup mula melangkah keluar dengan membawa luggage dan sebuah beg sandang.Pantas dia berjalan menghampiri pemandu teksi yang bersedia menangkat luggagenya dibelakang bonet kereta
Setelah diberikan luggagenya kepada pemandu teksi tersebut,dia berpaling dan mendekati sang ibu dan ayah yang setia menanti dengan senyuman diwajah.
Dengan sayu dimemeluk ibu dan ayahnya serentak.Perlahan sahaja dia mengongoi sedih..”ibu,ayah...jaga diri,Rora sayang ibu ayah tau...nanti Rora balik selalu ye”ujar Aurora setelah meleraikan pelukan.
“Ib...ibu pun say...sayang Ro....Rora”balas ibunya tersedu sedan.Wajah sang anak dicekup lalu dicium bertalu talu.
“Dah lah Jasmine oiii,sian anaknya dicium lagu tu..”ujar ayahnya sambil tergelak perlahan.
Sambil tersenyum manis Jasmine bersuara.”Malam ni abang tidur luar ye,tolong jagakan kereta saya...”bidas Makcik Jasmine lembut.
Automatik tawa ayahnya terhenti,wajah serius mula terlakar.Aurora tergelak perlahan melihatkan gelagat ibu dan ayahnya.
“Dahlah tu ibu ayah,Rora gerak dulu...takut lambat je sampai nanti”ujar Aurora dengan senyuman dibibir.
Ayah mengangguk perlahan.Ubun ubun Aurora dicium sekilas,lalu digosoknya lembut.”kamu tu,duduk negeri orang jaga diri....Kalau nak buat apa apa ingat ibu dengan ayah dekat kampung ni..”pesan ayahnya tulus.
Aurora angguk perlahan.Tangan kanan ayahnya dicapai,satu kucupan dihadiahkan pada belakang tangan ayahnya.Perkara yang sama turut dilakukan kepada ibunya.
“Puan Jasmien Almerada dan Tuan Idris Sadez jaga diri ya..makan dan minum jangan lupa,solat jangan tinggal ye..Rora pergi dulu,kesian pakcik tu tunggu lama lama”ujar Aurora dan terus melangkah pergi.Satu lambaian dihadiahkan buat ibu dan ayahnya untuk kali yang terakhir.
Pintu kereta dibuka dan dia terus melangkah masuk.Ibu dan ayahnya dipandang lagi buat yang terakhir kalinya,perlahan lahan teksi mula bergerak pergi..
Hampir setengah jam Aurora mendiamkan diri,termenung akan nasibnya ditempat orang.Sudahlah rumah sewa belum dicari,kerja tetap juga masih belum ada.Terasa menyesal pula terpaksa menipu ibu dan ayahnya hanya kerana inginkan sebuah kebebasan.
“Nak,kamu nak pakcik hantar kamu kemana?..”soal pemandu teksi itu dengan sebuah senyuman.
Aurora turut membalas senyuman itu.”Pakcik,boleh hantar saya pergi kuala Terengganu?”soal Aurora perlahan.Tepi wajah pakcik itu dipandang penuh harapan.
“Lah kebetulan pula,rumah pakcik pun dekat sana.Sekali jalan jelah maknanya”tukas pakcik itu lagi.Sempat dia mengerling Aurora melalui pantulan cermin pandang belakang.
Pantas Aurora menanggukkan kepala.”pakcik,Nanti kalau dah sampai...tolong hantar saya dekat mana mana hotel ye..”ujar Aurora lagi.Dalam diam dia mencongak duit yang telah diberikan ibunya untuk berbelanja.
Berkerut wajah pakcik itu mendengarkan permintaan si gadis.
“Kamu belum ada tempat tinggal ke?”soal pakcik itu musykil.Tangannya lincah memusingkan stereng kekiri dan kanan.
Mendengarkan soalan itu membuatkan Aurora terdiam seribu bahasa.Lima minit dia mendiamkan diri sehingga dia mengalah apabila melihatkan wajah tertanya tanya pakcik tersebut.
“Belum lagi pakcik,saya tak sempat cari..Kawan dekat sana pun takde”lambat lambat Aurora membalas.
Melihatkan senyuman dan anggukan daripada pakcik itu,Aurora mengeluh lagi.Ingatkan pakcik itu ingin menghulurkan bantuan atau apa apa saja.Kalau dia tahu hanya itu saja balasannya,nescaya dia akan mendiamkan diri tanpa menjawap walau dirasakan benda itu tidak beradab.
****
“Kamu culik perempuan mana pula ni,Leman oiiiiiii”sayup sayup satu suara wanita menjengah telinganya.Mata yang kuyu mengantuk digosok lembut.Automatik mulutnya terbuka luas,menguap.
Kabur kabur dia melihat seorang wanita sebaya ibunya sibuk memarahi pemandu teksi yang hanya tunduk menekur rumput..
Eh kejap...
Rumput?
Daripada bersandar pada pintu kereta,badannya terus menegak apabila terperasakan sesuatu.Matanya mula meliar melihat sekitar rumah kayu tersebut disebalik tingkap kereta.
Hanya ada pokok yang mengelilingi rumah kayu tersebut .
Pasu bunga diletakkan berhampiran tangga,menghidupkan lagi kawasan rumah itu.
“Cantik”bisik nya dengan satu senyuman.Tanpa sedar dia mula keluar daripada kereta dan melangkah perlahan kearah buaian yang diperbuat daripada tayar kereta dan digantung pada dahan pokok.Manakala ditalinya pula terdapat sebuah tumbuhan yang menjalar hingga kedahan.Baru sahaja tangannya inginm menyentuh buaian itu,satu jeritan menyentakkannya.
“Hah...Kamu yang disana,datang sini sekarang..Tak payah nak berfeeling hindustan sangat”jerit satu suara kuat.
Terangkat bahu Aurora,terkejut apabila mendengarkan jerkahan tersebut.Sudahlah wanita separuh abad itu tajam merenungnya sekali pakej menunding kearahnya.
Dengan wajah terpinga pinga Aurora menggerakkan tangan lalu jari telunjuk naik menghala kearah batang tubuhnya.Seoleh bertanya adakah dirinya yang dipanggil...
“HAH KAMU LAH,KEMARI”herdik wanita separuh abad itu lagi dengan wajah menyinga garang.
Takut takut Aurora bergerak menghampiri wanita itu.Kepala ditundukkan,langsung tidak berani bertentang mata dengan wanita dihadapannya.
“Yang,janganlah garang sangat.Kesian budak ni”ujar pakcik itu dengan wajah memujuk.Bahu isterinya digosok lembut.Cuba membodeklah katakan.
Wanita separuh abad itu mendiamkan diri sambil merenung Aurora tajam.Entah kenapa apabila melihatkan cara pemakaian gadis itu membuatkan amarahnya hilang entah kemana.Terasa sejuk pula hati tua dikala itu.
“Nama aku,Jamilah..panggil aje aku Mak..Tak payah mengada panggil aku makcik,nampak sangat tuanya nanti”
Aurora sengih.Nampak kasar tapi lembut rupanya.Terus dia menangguk laju.Pantas tangan Mak dicapai dan diciumnya lembut.
“Hmm,ni laki aku kata kau takde rumah nak duduk..bermalamlah dekat rumah aku ni dulu buat sementara waktu..tapi duduk rumah aku tak boleh jadi pemalas,kau paham tak”soal Jamilah kasar.Wajahnya yang sentiasa bengis makin dibengiskan.
“Fa..Faham”balas Aurora gagap.Lengan baju kurungnya dikutil,gelisah..
“Meh masuk,beg kau tu..Biar aje laki aku yang angkat..”
Sepintas lalu Mak Jamilah bersuara,tangannya tangkas menarik lengan Aurora agar mengikuti langkahnya ke dalam rumah.Pakcik teksi tersebut dibiar termangu mangu sendirian.
Assalamualaikum...first of all ni bukan novel pertama yang sye update..tapi saya harap..cerita kali ni dapat sambutan...insya allah..
Share this novel