BAB 2

Romance Series 16953

"Why mata kau sembam ni?Tak cukup tidur ke semalam?"tegur Kaira,teman serumah merangkap kawan baik Airis Medina ketika mereka sedang bersarapan.

Kaira merupakan satu-satunya kawan baiknya,sebenarnya boleh dikatakan satu-satunya kawan yang dia ada.Kaira sudah dikenalinya sejak mereka sekolah menengah lagi.Segala susah senang mereka berkongsi bersama.

"Hurmm"jawabnya pendek, takde mood kerana kekurangan tidur.

"that dream again?"

Airis Medina menghela nafasnya sebelum mengganguk.

"You've got to do something though"komen Kaira.

"Buat apa?Apa solution yang aku ada to get rid of that dream?"

Kaira menjungkitkan bahunya.

"Well,I don't know.Maybe to let yourself love and be love again?Sampai bila kau nak ikutkan sangat fobia kau tu?

Kau kena atasi tau tak,sampai bila kau nak takut takkan kau nak jadi forever alone sampai bila-bila?Being hurt is like something yang lumrah.Kalau kau tak disakiti then you never learn."

"No thanks,I rather jadi forever alone dari le myself love and be love by someone else ever again.

Kaira hanya menggelengkan kepalanya medengar jawapan dari Airis Medina.Dia menyambung kembali suapannya.

"Weh,jangan lupa malam ni party kat tempat kawan Yazid tau.You have to follow me"

"Ala,kalau aku tak follow tak boleh ke?"

Airis Medina memang tidak berapa gemar ke party atau apa-apa event yang melibatkan orang ramai.Dia kekok dan tak selesa.

"No,you have to follow me.Please Airis,temanlah aku.Kau tak kesian kat aku ke,krik krik kat sana nanti"

"Boyfriend kau si Yazid tu kan ada,kenapa kau nak krik krik pulak?"

"Ala kau nie,nanti kalau dia pergi dekat kawan kawan dia,aku sorang sorang je"

"Kau kawanlah dengan awek dorang"

"Tak nak,tak suke"Kaira sudah mencebikkan bibirnya sambil lengan Airis Medina ditarik-tariknya.

"Please"

"Yelah-yelah"

------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu Airis Medina mengenakan sehelai dress labuh beserta shawl berwarna pastel.Wajahnya hanya dikenakan mekap nipis menunjukkan wajah naturalnya.

Tepat jam 8 malam kereta Honda Accord milik Kaira diparkir dihadapan sebuah banglo mewah di pinggir ibu kota.

Kedengaran bunyi muzik kuat dari dalam banglo itu membuat Airis Medina mula rasa tak selesa.Dia dapat melihat ramai orang yang dikira kawan-kawan kepada tuan rumah.

Airis Medina dan Kaira berjalan berpimpin tangan masuk ke perkarangan banglo tersebut.

"Sayang!"panggil Kaira apabila dia terlihat seorang lelaki.

"Ha sampai pun you,hai Airis"tegur Yazid.

Airis Medina hanya mengangkatkan tangannnya dan mengangguk.

"come jom masuk"ajak Yazid.

Lengan Yazid dipeluk Kaira erat sebelum mereka sama-sama berjalan masuk meninggalkan Airis Medina sendirian dibelakang.

'ishh, Kaira ni awal-awal lagi dah tinggal aku kat belakang'gumamnya.

Dia tetap membontoti pasangan itu kedalam walaupun dia rasa nak lari balik je sekarang.Dia dapat merasakan dirinya diperhatikan oleh manusia-manusia yang ada disitu.Tak tahulah memang betul dia diperhatikan atau hanya perasaan dia sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------

Party hari jadi kenalannya dirasakan sungguh bosan.Tengku Rayyan Zakry hanya berdiri dengan beberapa orang kawannya termasuk Yazid,namun perbualan mereka tidak disertainya.

Party ini dia datang bersendirian tanpa ditemani mana-mana perempuan.Niatnya ingin mencari perempuan perempuan baru yang boleh dijadikan stok namun mood nak mencari hilang entah kemana.

Sedang dia sibuk mengelamun,matanya menangkap dua figura yang sedang rancak berborak berdekatan dengan kolam renang.Salah satu figura itu dia kenal,Kaira teman wanita kawan rapatnya sejak universiti,Yazid.Tapi figuta yang lagi satu itu yang menarik perhatiannya.

Wajah kacukan gadis itu berseri-seri walaupun suasana yang malap.Mukanya putih bersih tanpa cacat cela,tubuh tinggi dan bentuk badan gadis itu yang menarik dipandangnya dengan penuh minat.

Who is she?I need to know her.

Baru dia berura-ura ingin pergi menegur gadis itu,bahunya ditepuk.

"Woi pandang apa Rayyan? Kiteorang cakap dengan kau pun buat tak tahu"

Dia hanya mengelengkan kepalanya .

"Eh Zid, tu girlfriend kau Kaira kan?"sambil memuncungkan mulutnya kearah dua figura itu.

"Haah,kenapa?Kau jangan nak try pulak awek aku tu"

"ishh, walaupun aku playboy,aku tak rembat awek member lah"

"dah tu asal kau tanya?"

"tu, perempuan sebelah dia tu sape?"

"Why? Interested? Jangan harap kau dapat tackle dia Rayyan,aku pesan awal-awal.She's different"

"Yazid ada ke lagi perempuan yang tak terpikat dengan aku?"

"Well,we see,kau tak percayakan,takpa.Jomlah aku kenalkan kau dengan dia.

-------------------------------------------------------------------

Sedang Airis Medina dan Kaira rancak bersembang,tiba-tiba pinggang Kaira dipeluk erat dan sebelum pipinya dicium lembut oleh Yazid.

"Sayang"panggil Yazid lembut,pelukan dipinggang gafis kesayangannya belum dilepaskan.

"You guys borak apa?"

"Nothing important,eh hai Rayyan"tegur Kaira melihat kawan baik teman lelakinya turut ada sekali.

Tengku Rayyan Zakry yang sedang asyik memerhatikan Airis Medina berpaling kearah Kaira seketika"Hai" sebelum kembali memerhatikan Airis Medina.

Tak puas dia memandang wajah gadis itu baginya gadis bsrwajah kacukan didepannya ini memang begitu cantik.Memang dia tak melepaskan peluang untuk memerhatikan wajah dan tubuh gadis itu.Segelenap inci wajah dan tubuh gadis itu diperhatikannya.Belum pernah dia rasakan berjumpa gadis secantik itu,semua teman wanitanya pun tak dapat menandingi kecantikan gadis itu.

Airis Medina yang merasakan dia diperhatikan sepasang mata berwarna coklat cair milik lelaki itu mula rasa tak selesa.Lengan Kaira dipaut mencari ketenangan.Itulah tabiat Airis Medina apabila dia rasa tak selesa atau takut dia akan memeluk lengan orang yang dipercayai atau disayanginya.Dengan cara itu dia dapat bertenang.

"ha Rayyan,ni I kenalkan bestfriend I, Airis Medina" Kaira mengenalkan Airis Medina apabila dia perasan kawan baik boyfriendnya itu asyik memerhatikan Airis Medina.

Tengku Rayyan Zakry tersenyum kearah Airis Medina sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Airis Medina hanya membalas dengan senyuman kecil sambil mengangkat tangannya.Huluran tangan Tengku Rayyan Zakry tak dibalas.

Cepat -cepat Tengku Rayyan Zakry menarik tangannya apabila melihat reaksi gadis itu.

'hmm,interesting' gadis itu makin menarik hati lelakinya.

"Ni Tengku Rayyan Zakry,Yazid bestfriend"tambah Kaira.

"Just call me Rayyan"

----------------------------------------------------------------------------

"Korang borak-borak lah dulu,sayang jom I kenalkan you dengan kawan-kawan I yang lain"ajak Yazid.

"Airis , kau stay dengan Rayyan kejap erk,aku nak follow Yazid sekejap"

Tangan Kaira ditarik Airis Medina,dia mengerutkan dahinya tanda tidak setuju dengan tindakan Kaira.

"kejap je.Rayyan kan ada.Rayyan you temankan Airis kejap ok,teman je jangan you buat macam-macam pulak"pesan Kaira sebelum dia melangkah pergi bersama Yazid.

"So you dah lama kenal Kaira?" tegur Tengku Rayyan Zakry cuba untuk membuang suasana janggal beberapa minit tadi.

"haah,since secondary school lagi"

"I see"

Suasana menjadi kekok semula.Tengku Rayyan Zakry tak tahu apa lagi yang boleh diborakkan.Dia yang seorang playboy yang tak pernah kalah dalam berkata pun boleh kelu bila berhadapan dengan Airis Medina.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena seorang lelaki melanggar tubuh Airis Medina menyebabkan dia hampir terjatuh.Nasib baik Tengku Rayyan Zakry sempat menarik dan memeluk tubuh itu sebelum gadis itu terjatuh.

Dada mereka melekat rapat,Tengku Rayyan Zakry dapat merasa dua daging pejal yang menggunung di dada gadis itu menaikkan nafsu kelakiannya.Sebelum mata mereka bertaut lama.

Sedar dirinya terlalu rapat dengan lelaki itu,cdpat-cepat dia tolak tubuh Tengku Rayyan Zakry.Lagi-lagi dengan pandangan lelaki itu yang sejujurnya boleh membuat dia cair ,dia takut terhanyut dengan renungan lelaki itu.

"thanks"

"It's okay Medina" pipi gadis itu yang mula merah itu dipandang lama.Makin angau dia melihatnya.

'God, is this love?' getus hatinya

"Airis,you ok?" Kaira bergegas kearah mereka.

Hanya anggukan diberi sebagai alasan.

"Kaira jom balik,I feel kind of dizzy lah please" ajak Airis Medina.

"Jom,aku pun memang nak balik dah".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience