4- KARMA

Romance Series 1673

keesokan harinya, seperti biasa hanis akan menyidai baju dan menyiram pokok bunga kegemarannya iaitu bunga mawar

blackpink in your area!

manakala si fariz yang dari tadi menunggu musuh barunya keluar dari rumah itu segera menuju kearah pagar memisahkan rumah mereka

"oi minah dugong! kau pahal bagi tuala wanita kat aku! gila ke? aku rasa sebab kau obses taksub dengan oppa kau tu sel otak kau dah putus agaknya!" serang fariz siap kutuk kutuk uli tahi ayam lagi

ewah ewah ewah mak lampir betol mamat ni berdesing telinga aku dengar nak kena tumis sambal belacan dia ni, kejap kejap tarik nafas dan serang!

"wahai lelaki kerek jangan sombong sesama jiran janganlah memarahi jiran kau yang cantik molek indah bak bidadari..."

"eleh cantik lagi moyang aku dulu tak macam kau bagai beruk dibelah dua" potong fariz sambil ketawa terbahak bahak

"ohhh siapa kau nak menidakkan kecantikan yang allah beri" ohh nak lawan ni aku bagi ceramah extra

"suka hati aku lah mulut aku, ha ada masalah nak kena cium" bidas si fariz lagi

eleh ingat aku ni nak sangat kena cium dia ke, bagus lagi aku cium oppa ada faedahnya

"ha kau umpat aku eh" sergah si fariz lagi

"haah aku doa kau yang bongkak ni jatuh depan pintu rumah pastu fall in love kat aku hehehehe" ujar si hanis doa betul ni mana tahu ada jodoh

oppss kalau kita orang kawin tak ke naya, ni bukan bina rumahtangga ni merosakkan tangga tak silap silap mesin basuh pelanting hish!

malas aku nak layan budak dugong ni baik aku blah memandang kan harini cuti boleh beli barang dapur sikit

sesampai nya didepan pintu rumah, fariz tersungkur diatas lantai tak pasal pasal mulut nya berdarah akibat hentakkan kuat dan badan nya turut berasa sakit

hanis yang lagi mengelamun tadi segera ke alam realiti akibat terdengar bunyi orang jatuh rupa rupanya mamat kerek!

jadi doa aku tadi tulah sombong sangat !

"hahahaha jatuh jatuh karma" ketawa hanis tulah nak kena sangat kan

fariz tidak dapat bangun dari jatuh tadi mana tak nya licin sangat lantai ni

hanis yang syok ketawa tadi diserang rasa berdosa lalu hanis berlari menuju kearah rumah mamat kerek untuk menolong

"ni saya papah" kata hanis yang sedang mengangkat tubuh fariz uii sado nya!

"takpayah"

"eleh awak tak larat tu ni saya tolong bawa awak masok" malas mahu bertekak hanis segera mengangkat badan si fariz masuk kedalam rumah

fariz pun hanya turut je!

"duduk atas ni" lalu merebahkan badan si fariz di atas sofa

"mana first aid?" tanya hanis

"kkat dapur dalam kabinet sebelah kiri" kata fariz sakit dohh

hanis meluru kearah dapur dan menuju kearah kabinet sebelah kiri, ha ni pun!

"dah dah belek bibir tu bak sini saya sapu tulah sombong sangat" bebel hanis lalu menyapu ubat di bibir fariz

kenapa senyap je mamat ni! dah bisu eh sebab jatuh ke?

"okay done"

"emm sape nama awak eh?" tanya sikit dengan crush baru ni

"fariz hairil" jawab fariz dengan slow

"ohh hensem awak eh hihihi saya balik dulu tak elok dua dua dalam rumah ni, kalau macam tu kita kawin eh!" ucap hanis yang terus berlari anak keluar rumah fariz teringatkan pili paip belum ditutup

aik lari macam tu je! hmm nama dia hanis ya hanis yang manis! ish apasal aku ni teringat kat minah tu mereng agaknya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience