Bab 6

Mystery & Detective Completed 2127

Wyatt merenung ke arah meja di dalam pejabatnya. Paul yang berada disebelah langsung tidak diendahkan. Sebenarnya mereka langsung tidak dibenarkan menyiasat kes itu lagi. Dua orang ejen persekutuan yang telah dilantik telah mengambil alih kes tersebut. Namun dengan berat hati Tuan Gibs terpaksa menggugurkan nama detective Wyatt dan detective Paul dari menyiasat kes tersebut.

Sungguh pun begitu hampir satu jam Wyatt menunggu berita keputusan darah di keluarkan. Makin lama dia menunggu semakin gelisah menyelubungi dirinya. Hanya Paul yang kelihatan lebih tenang dari dirinya.

"Kenapa lama sangat?!" Rengus Wyatt.

"Lebih baik biar dua ejen FBI itu yang uruskan kes tu. Kau tak payah ambil tahu lagi. Bukan ke aku suruh kau tunggu dalam pejabat masa kau call aku awal pagi tadi? Biar mereka yang uruskan. Tuan Gibs mahu kita uruskan kes lain pula!" Jelas Paul sambil membelek-belek fail kes yang baru diterimanya.

"Setelah aku berhempas pulas cuba nak menjejak pembunuh bersiri tu. Sekarang baru nak keluarkan aku dari kes ni! Bukan salah aku kalau pembunuh tu masih terlepas bebas! Sekarang ni aku cuma nak tahu, tulisan darah di cermin kereta aku dan juga tulisan darah yang diconteng di galeri Fiona tu milik Thomas ataupun tidak! Apa yang pasti benda tu semua dilakukan The Immortal Serial Killer! Entahlah, pembunuh tu dah ada nama pulak! Balthazar....!!" Rengus Wyatt menyuarakan isi hatinya kepada Paul.

"Aku sendiri tak tahu, bagaimana pembunuh bersiri tu tahu itu kereta aku? Seolah-olah sasarannya adalah aku? Kenapa kesemua lukisan Isaac di galeri itu juga turut menerima nasib yang sama? Dan lagi, kenapa Thomas hilang, tanpa dapat dikesan?" Persoalan demi persoalan mula menerjah di fikiran Wyatt saat ini. Semakin difikir, semakin buntu fikirannya.

Kes The Immortal Serial Killer itu pada awalnya hanya satu kes terpencil dan hanya melibatkan sedikit kerisauan penduduk Immortal City. Namun semenjak bilangan mangsanya kian bertambah dan pembunuh bersiri itu masih bebas ia menjadi satu fenomena yang lebih menakutkan buat penduduk Immortal City dan juga daerah-daerah yang berdekatan.

"Kenapa susah sangat kita nak tahu siapa sebenarnya pembunuh bersiri tu? Siapa Balthazar tu?" Sambung Wyatt lagi, sambil mengintai-ngintai ke arah luar dari dalam pejabatnya.

Tiba-tiba matanya tersorot pada pejabat Tuan Gibs. Entah apa yang dibualkan Tuan Gibs dengan dua orang ejen persekutuan itu atau lebih dikenali dengan FBI? Sesekali mata Tuan Gibs dan salah seorang ejen FBI itu memandang ke arahnya. Seakan mereka tahu Wyatt sedang mengintai mereka dari dalam pejabat.

"Kau tengok apa Wyatt? Lebih baik kau tolong aku tengok-tengokkan fail yang baru kita dapat ni! Beberapa kes kecurian barang berharga di dalam rumah penduduk Moon Garden." Paul masih lagi menyelak helai demi helai fail kes ditangannya.

"Entahlah. Aku pelik? Apa yang dibualkan Tuan Gibs dan ejen-ejen FBI tu? Kenapa diorang pandang aku lain macam?!" Wyatt mempersoalkan apa yang sedang dilihatnya tadi.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati? Kenapa aku macam faham sangat pandangan diorang tu?" Sambung Wyatt lagi.

"Perasaan kau je tu...." jawab Paul acuh tak acuh.

Wyatt masih memandang ke arah pejabat Tuan Gibs lagi. Tetapi kali ini dia melihat Tuan Gibs sedang melambaikan tangan ke arahnya. Satu isyarat memanggil untuk Wyatt agar masuk segera ke pejabatnya! Iaitu sekarang!

"Bos panggil aku!"

Paul hanya membontoti pandangannya melihat Wyatt keluar dari pejabat dan terus menuju ke bilik Tuan Gibs.

Wyatt berjalan menuju ke bilik Tuan Gibs. Ekor matanya dapat melihat beberapa mata rakan setugas yang lain sedang memerhatikannya. Wyatt tidak tahu, kenapa dia dipandang begitu. Bagai seorang pesalah!

"Tuan panggil saya?" Wyatt terus bertanya tanpa sempat menutup pintu bilik pejabat Tuan Gibs.

"Tutup pintu dulu!" Arah Tuan Gibs padanya.

Atas arahan Tuan Gibs pintu bilik itu di tutup. Kedua-dua ejen FBI itu, seorang lelaki dan perempuan masih lagi mendiam. Belum lagi menyuarakan sebarang kata-kata usai sahaja Wyatt masuk ke bilik Tuan Gibs. Hanya memandang Wyatt dengan ekor mata. Kelihatan ejen perempuan duduk menghadap Tuan Gibs. Manakala seorang lagi ejen lelaki yang pada mula hanya berdiri bersebelahan dengan ejen perempuan itu, tiba-tiba beralih pula berdiri di bahagian pintu yang ditutup Wyatt tadi.

Sempat Wyatt mengerling dengan perlakuan ejen lelaki itu. Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang kepolisian ini sudah tentu Wyatt faham dengan "isyarat" perbuatan ejen lelaki tersebut.

"Apa salah aku?" Bisiknya dalam hati.

"Wyatt! Saya perkenalkan, yang ini ejen Rolland Roger dan ejen Clara Hunter. Mereka ejen FBI dari Washinton DC." Tuan Gibs memperkenalkan dua ejen FBI itu kepada Wyatt. Namun tiada huluran salam dari mereka hanya tubir bibir dari ejen Clara sahaja terukir senyuman. Manakala ejen Rolland berdiri statik tanpa secalit senyuman. Serius!

"Kenapa saya dipanggil?" Wyatt memulakan pertanyaan.

Justeru itu Tuan Gibs bangun lalu menghulurkan dua helai kertas kepada Wyatt. Tanpa disuruh dua helai kertas itu Wyatt lihat dan baca.

"Tidak! Ini mustahil! Tak mungkin!" Dua helai kertas itu dilempar terus ke atas meja.

"Apa yang mustahil detective Wyatt? Dua helai kertas yang Tuan Gibs beri pada awak itu adalah keputusan DNA. Tulisan darah yang yang telah diconteng di atas kesemua lukisan Encik Isaac itu adalah darah Thomas Agiihara yang telah dilaporkan hilang sejak malam semalam. Manakala tulisan darah yang berada di cermin kereta awak tu adalah darah Cik Fiona Haiden. Keputusan DNA yang awak baca tadi telah pun membuktikan!" Berikut adalah keterangan jelas dari ejen Clara Hunter kepada Wyatt. Cuba memperincikan semula dengan apa yang tertulis pada kertas keputusan DNA itu.

"Habis tu, dengan siapa Isaac berbual masa awal pagi tadi dekat dalam pejabat saya? Saya nampak dia bercakap dalam handphone dengan Fiona! Kemudian kami berdua cari Thomas dirumahnya. Tapi Thomas tak ada! Lepastu Isaac ikut saya balik. Kemudian kami duduk dalam kereta dalam satu jam sebab saya terfikir mungkin Thomas akan datang ke rumah saya. Selepas tempoh itu, Isaac bercadang nak beli makanan, jadi saya suruh dia beli di restoran cina berdekatan dengan apartment saya. Last sekali dia call saya sebab tak dapat beli makanan sebab dia dapat panggilan dari Fiona! Dia sendiri yang cakap Fiona call dia, beritahu lukisan-lukisan dia yang tergantung di galeri tu telah diconteng dengan darah! Kalau macam tu, dengan siapa Isaac berbual?!" Intonasi suara Wyatt mula meninggi. Ada perasaan geram yang cuba diluahkan walaupun cuba sedaya upaya untuk tidak menampakkan kelemahan dirinya.

"Awak tahu tak, Fiona Haiden juga didapati hilang! Tempoh kehilangannya sama dengan Thomas Agiihara! Ibu bapa Fiona telah membuat laporan di balai ini pada malam semalam. Tak kan awak tak tahu. Bukan ke detective seperti awak patut peka dengan apa yang berlaku di dalam jabatan tempat awak bekerja? Jadi, memang tidak salahlah kalau pihak media di Immortal City ni mengatakan polis-polis di jabatan ini tak buat kerja?!" Wyatt terpempan mendengar kata-kata dari ejen Rolland itu. Benar-benar menyinggungkan perasaannya! Menuduh dengan melulu tanpa usul periksa!

Tuan Gibs juga terkesan dengan kata-kata ejen Rolland itu. Walaupun penyampaian ejen itu mungkin ditujukan pada Wyatt, tetapi Tuan Gibs menyifatkan kenyataan ejen itu adalah umum. Ya, termasuklah dirinya sendiri.

"Tak guna!" Bentak Wyatt dalam hati.

Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati dihadapan dua ejen FBI yang angkuh itu.

"PERGI JAHANAMLAH DENGAN KAU BERDUA!!!!" Tempik Wyatt dalam hati.

"Wyatt!"

Tuan Gibs memanggil namanya! Seakan faham situasi tegang yang Wyatt hadapi. Sebolehnya dia tidak mahu salah seorang detective yang banyak berjasa dalam membenteras jenayah di Immortal City itu menunjukkan kelakuan yang tidak sepatutnya pada dua ejen FBI itu. Jika anak buah di bawah jabatannya melakukan kesalahan tatatertib pada orang luar ataupun ejen dari ibu pejabat Washinton, sudah tentu dia juga turut terpalit sama.

"Detective Wyatt, kami terpaksa menahan awak atas kesalahan menculik!" Seraya itu juga ejen Rolland mula menghampiri Wyatt sambil memegang bahu kiri Wyatt.

"Gila! Siapa yang saya dah culik? Jangan menuduh sembarangan!" Tempik Wyatt kepada dua ejen FBI itu.

"Sebagai detective awal patut tahu, ini adalah satu procedure. Sebelum tu, boleh saya tanya sesuatu? Bagaimana awak nak jelaskan darah Fiona Haiden boleh berada di cermin hadapan kereta awak? Lagipun kami sudah tahu sejarah antara awak dan Fiona! Awak dan dia pernah bercinta, betul tak? Tetapi selepas awak mendapat tahu Thomas sekarang adalah tunang kepada Fiona, sudah tentu awak ada perasaan cemburu! Jadi disitu konflik timbul! Tak apa, perkara lain akan saya tanya di bilik soal siasat nanti. Jadi, awak terpaksa kami tahan!" Ejen Rolland mula menyoal Wyatt berpandukan pada sejarah antara dirinya dan Fiona.

Bagai halilintar Wyatt mendengarkan tuduhan dari ejen Rolland. Wyatt menggenggam buku limanya. Namun dia cuba menarik nafas sedalam dalamnya.

"Bukan ke saya sudah beritahu, sebaik saya sampai tulisan berdarah tu sudah ada di cermin tu. Tak kan saya dengan bodohnya sudah culik Fiona lepastu conteng cermin kereta sendiri dengan darah Fiona?! Kalau saya yang culik dia, sudah tentu sedaya upaya saya akan tutup segala bukti! Dan kalaulah saya dituduh sebagai Immortal Serial Killer tu, apa motifnya saya membunuh William Smith, Anastasia Bloom, Mike Downey dan Suzanne Doyle!" Rengus Wyatt spontan.

"Saya tak kata pun awak tu The Immortal Serial Killer. Fokus sekarang darah pada cermin hadapan kereta awak tu!" Terjah ejen Rolland lagi.

"Tidak! Memang itulah maksudnya! Takkan ejen Rolland lihat apa yang tertulis pada cermin kereta saya tu? NAMAKU BALTAZHAR, THE IMMORTAL SERIAL KILLER! Sudah jelas dia tulis nama pembunuh bersiri tu. Jadi automatiknya ejen Rolland dan ejen Clara sedang menuduh saya sebagai pembunuh bersiri tu! Bullshit!!" Wyatt membalas kembali dengan hujahnya yang masuk akal.

Mendengar sahaja kata-kata dari Wyatt itu, ejen Clara lantas bangun dari tempat duduknya. Lalu berjalan ke arah Wyatt sambil tersenyum.

"Saya minta maaf dengan kelakuan ejen Rolland tu. Mood dia tak elok hari ni. Tak apa, ini hanya procedure biasa sahaja. Awak polis, sudah tentu awak tahukan. Nanti kita sambung di dalam bilik soal siasat! Buat masa ni kami terpaksa menahan awak dulu!" Mujur ejen Clara bingkas bangun cuba mententeramkan keadaan. Cuba menurunkan temperature mood seorang ejen dan detective itu.

Kemudian atas arahan ejen Clara muncul dua orang polis masuk ke dalam bilik Tuan Gibs untuk membawa Wyatt ke dalam cell yang terletak di bahagian belakang balai polis itu.

"Ini satu kesilapan! Saya diperangkap! Saya diperangkap!"

Tuan Gibs melihat Wyatt ditangkap dengan ekor matanya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang pasti, dia percaya dengan kata-kata detective Wyatt itu.

Lalu Wyatt di bawa keluar dari bilik Tuan Gibs. Saat dirinya lemah melangkah, Wyatt terpaksa menelan perasaan marah. Marah terhadap kedua ejen FBI itu. Marah dengan andaian mereka terhadap dirinya! Saat ini juga dia terpaksa membiarkan mata-mata di dalam balai polis tersebut memandangnya dengan pelbagai fikiran liar.


.................................................

Paul memandang Wyatt yang masih terkejut. Terkejut kerana tidak menyangka dia kini sedang berada di dalam cell tahanan. Selalunya dia yang masukkan penjenayah di dalam cell tersebut. Wyatt meraup perlahan wajahnya. Lalu dia segera bangun dari katil yang sememangnya sudah berada di dalam cell tersebut. Lantas menuju ke singki, lalu mukanya dibasuh. Cuba membersihkan keringat di wajahnya serta membasuh perasaan benci yang melekat di wajahnya.

"Aku minta maaf Wyatt, sebab tidak cuba sedaya upaya membantu kau. Aku juga minta maaf sebab terlebih dahulu mengalah dan tunduk dengan tekanan dari pembunuh bersiri tu. Tuan Gibs minta aku tengok-tengokkan engkau. Dia pun rasa bersalah terhadap kau. Semua ni pun sebab tekanan yang diberi dua ejen tulah!" Reaksi simpati dari Paul sambil memegang pintu besi cell itu.

Wyatt tersenyum pahit. Langsung tidak berselindung wajah sugulnya. Mungkin inilah balasannya. Balasan kerana percaya dengan orang yang baru dikenali. Sedangkan Paul yang sudah lama dikenali, selalu menjadi mangsa tempelak dan amarahnya andai ada sesuatu pendapat mereka bercanggah antara satu sama lain. Sungguh pun begitu, Paul tetap tersenyum. Walaupun hanya sebuah senyuman pahit.

"Aku nak kau siasat Isaac Dean Manson. Aku rasa dia cuba perangkap aku!" Arah Wyatt.

"Siapa Isaac? Macam mana kau kenal dia?" Soal Paul.

"Aku kenal melalui Thomas! Thomas kata, Isaac selalu dapat mimpi-mimpi pelik pasal pembunuh bersiri tu. Pasal burung ravenlah! Sekarang ni aku risaukan Thomas! Entahlah, tak tahu bagaimana nasib dia...." terlihat riak sedih di wajah Wyatt.

"Lupa pulak aku nak beritahu! Pasal Thomas lah aku datang sini nak beritahu dengan kau...." terdengar suara Paul sedikit kendur apabila menyebut nama Thomas.

"Apa dia?"

"Sebenarnya mayat Thomas sudah dijumpai..." Paul terhenti seketika. Tidak sampai hati untuk beritahu perkara yang selebihnya.

"Apa?! Betul ke? Entahlah, aku sendiri tak tahu apa nak cakap! Dekat mana mayatnya dijumpai?" Bergetar suaranya saat mendengar perkara sebenar mengenai Wyatt. Dia benar-benar terkejut!

"Da...da...dalam. Dalam bonet belakang kereta kau. Selepas kau keluar dari bilik Tuan Gibs, dua ejen tu suruh kami check keseluruhan dalam kereta kau dan juga bonet belakang kereta kau. Untuk cari bukti atas pertuduhan. Serius! Aku betul-betul terkejut apabila terjumpa mayat Thomas dalam bonet belakang kereta kau! Bukan aku saja Tuan Gibs dan rakan-rakan yang lain pun turut terkejut! Sekarang mayat Thomas dalam bilik forensik. Ini yang merumitkan. Mayat Thomas ada dalam bonet belakang kereta kau, alasan untuk menangkap kau atas pertuduhan membunuh Thomas adalah kuat. Malah darah Fiona pada cermin kereta kau pun boleh membuktikan kau adalah pembunuh Fiona, jika Fiona dijumpai mati! Tapi dalam pemerhatian aku bila tengok mayat Thomas, rasanya dia sudah dibunuh lebih dari 12 jam, tetapi mayat Thomas mungkin telah diletakkan sejurus kau pulang ke rumah!" Terang Paul lagi.

Kali ini Wyatt benar-benar terperanjat! Bukan sahaja terperanjat, malah sehingga terduduk dia di atas lantai yang sejuk itu. Sesungguhnya pengalaman sebagai detective kali ini memberi tamparan hebat padanya. Kali ini dia benar-benar terkena!

"Tapi dalam tempoh tu, aku sentiasa ada di balai! Kau sendiri pun tahu!" Wyatt cuba membela dirinya.

"Maksud aku, ada orang lain yang nak kenakan kau! Cuba kau ingat balik!"

"Maksud kau, semua ni kerja Isaac? Dia yang meletakkan mayat Thomas dalam bonet belakang kereta aku? Begitu? Ya, memang masuk akal. Sebenarnya, sejak dalam bilik Tuan Gibs lagi aku dah terfikir. Dia sebenarnya tidak pernah pun bercakap dengan Fiona. Langsung tidak! Silap aku juga sebab tak nak curi-curi dengar perbualan antara dia dan Fiona. Patutlah dia beria nak pergi beli makanan, kemudian tak jadi sebab Fiona ada call dia pasal lukisan dia telah diconteng. Jadi kau fikir, lukisan di galeri tu, dia sendiri yang conteng?" Wyatt mula menjawab teka teki disebalik kejadian yang menimpa dirinya ketika itu.

"Itu tidak mustahil! Orang yang punyai mental yang tidak stabil pasti akan sanggup melakukan apa saja. Walaupun sanggup menconteng lukisan masterpiece sendiri!" Hujah Paul yang semakin masuk akal.

"Kau rasa Fiona hidup lagi ke?" Wyatt mula berasa risau memikirkan bekas kekasihnya itu.

"Aku rasa kalau sasarannya adalah engkau, aku pasti Fiona masih hidup! Aku jamin!" Paul memberi jaminan.

Ada sedikit kelegaan di wajah Wyatt apabila mendengar kata-kata jaminan yang diberi Paul itu.

"Kenapa aku pula yang disasarnya? Entahlah, aku buntu sekarang. Tapi kenapa bila bersama dengan Isaac, seperti aku pernah mengenalinya. Wajahnya mirip seseorang yang pernah aku kenal. Tapi siapa?"

- Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience