bab 3

Other Series 383

"1..2.." Aleesya mengira dalam hati sambil memandang telefonnya tanpa berkelip. TIT TIT TIT! teoat kiraannnya. Nama Khalil tertera di 'screen'. Saja mahu lambat - lambat mengangkat
"hello.. "
"hello, Aleesya. Team kita menang!" kata Khalil dengan teruja. "congrats.. jom,aku belanja makan. "ajak Aleesya. Tadi di sekolah dia langsung tidak berjumpa Khalil. Konok 'busy'!
Jam 3 petang, mereka berjanji ingin berjumpa di kedai manisan tidak jauh dari perumahan mereka. Aleesya melambai lambai ke arah Khalil yang sedang mencari kelibatnya. "kata nak pergi makan. Kenapa kita disini? " tanya Khalil. Muka Aleesya datar tanpa reaksi. Dia mengangkat muka memandang wajah Khalil yang masih berdiri. "erm, tukar plan" balasnya selamba. Kahlil masih tercegat berdiri. Aleesya yang menyedarinya menjeling kearah lelaki itu.
"duduklah. Dah kenapa?"
"Aku tak bawa duit sangatlah. Aku ingat makan kat mamak je." jawab Khalil sambil membelek - belek dompetnya. "kan aku yang ajak kau so, aku lah belanja. Kau dah cakap macam tu, hah jomlah pergi mamak." mendengar sahaja kata - kata Khalil menahan tangan Aleesya yang 'acah-acah' hendak berdiri. "serius nak belanja? okay, cun! " bukan main lebar lagi senyuman bila orang nak belanja.
Aleesya meletakkan dulan berisi semangkuk manisan berupa ABC versi moden (mykori) diatas meja. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal dijamah sebentar nanti. Khalil yang pilih, bukan dia. Ketika Aleesya hendak duduk, tiba - tiba ada sekumpulan gadis berusia 20an melanggar bahunya. Nasib tak jatuh! Bukan mahu meminta maaf,malah Aleesya yang dipersalahkan.
"you berdiri tengah jalan kenapa?" jeling salah satu gadis itu. Aleesya ketap gigi. 'Takkan aku nak melekatkan dinding pula!' Malas mahu melayan, dia terus duduk tanpa membalas apa-apa.
"kau okay? isy, muka je cantik tapi perangai..hampeh" Khalil membebel seorang diri sambil tangannya memegang sudu. "Biar jelah, makan." arah Aleesya,mukanya masih tenang.

"Apa kau order ni? pelik je" Komen Aleesya setelah merasa sedikit hidangan itu. Dia memang tidak berkenan, langsung tidak berkenan.Kalau ikutkan hati ingin saja dia lepak di mamak layan teh tarik tetapi dia tahu Khalil suka manisan - manisan seperti ini. "nama dia,strawberry cheesecake. Sedaplah" Jawab Khalil sambil menjilat sudu yang digunakannya. Semakin berkerut dahi Aleesya mendengar jawapan Khalil itu. Kek dan ais batu kisar.. sedap ke?
" Apa - apa je lah. Teruskan makan.." Aleesya tersenyum paksa melihat Khalil menikmati hidangan itu. Pelik! Baik makan ABC je.. murah, sedap pula tu. " Seronoklah, orang tu menang game tadi" Kata Aleesya. Khalil sudah tersenyum hingga ke telinga. Bangga pula, hehe. "Elegan, ni Khalil lah. Of course menang punya." Khalil mendabik dada bangga. "oh, ya.Tak sangka Akmal join team bola sepak.Dia tak puas hati lagi ke? " Aleesya mengepal penumbuknya. Kata - kata gadis itu membuatkan Khalil berhenti menyuap.Dia merenung tepat ke wajah Aleesya dengan senyuman nakal sehingga membuatkan gadis itu berasa tidak selesa. "Aik macam mana kau tahu Akmal ada tadi? " Aleesya buntu idea. Haish, terlepas cakap pula!
"Aku.. dengar dari..Danial.Hah,Danial!" nama lelaki itu pula dipetik.Aleesya berlagak tenang.Dari hampir 'kantoi' ke ter'kantoi hanya disebabkan reaksi mukanya yang gelabah,tak fasal - fasal malu!
Tiba - tiba gadis tadi yang bernama Syafiqah menolak kerusinya sehingga bertembung dengan kerusi Aleesya yang berada dibelakangnya. perutnya bertemu dengan bucu meja..sakitnya, hanya mereka yang pernah rasa je tahu. ' what's wrong with this girl!' Kata - kata Aleesya itu hanya dapat didengari oleh Khalil. Dia geram. Aleesya menarik nafas dalam agar kembali tenang,dia memandang mangkuk mykori yang sudah bersisa suku. " Makan cepat..." Kembang kempis hidung Aleesya.Kau tunggu nasib kau..
Mangkuk manisan itu diletak ke tepi. Aleesya tersenyum nakal tanpa kata - kata. Khalil menelan air liur memandang reaksi yang gadis itu pamerkan. Dia tahu sangat maksud senyuman itu. "Kau jangan cakap yang kau nak buat apa yang kau nak buat ni.Sebab aku rasa aku tahu apa yang kau nak buat." Kata Khalil sambil mengelap peluh yang merenik didahinya. Mengapa penghawa dingin terasa panas? Laju saja Aleesya mengangguk! Ah, sudah.. jangan buat fasal,Aleesya.Dia bukan tidak ingat apa yang Aleesya buat pada Zainab dua minggu lepas. Sehingga terus pindah sekolah budak itu dibuatnya,hanya kerana Zainab sengaja mengoyakkan komiknya.
"Ingat tau.. aku bagi signal, kau terus lari! " Aleesya terus menuju ke kaunter setelah melihat sasarannya berada disitu.Mata konon - konon melihat menu yang disediakan di kaunter. Aleesya melihat Syafiqah dari atas hingga kebawah. Ma'aih, kasut tumit tinggi,dah macam KLCC tingginya! "Cantik kasut." Puji Aleesya dengan senyuman palsunya itu. " of course lah. Perempuan macam you, tak mampu nak beli kasut mahal - mahal macam I " Atas bawah, atas bawah gadis itu melihat pakaian Aleesya. Aku cucuk mata tu guna garfu baru tahu! Tenang.. dia perlu dalam karakter. " Kalau jatuh, mesti patah kan. " sempat dijeling kasut tumit tinggi berwarna hitam itu. Aleesya memandang ke arah Khalil, dengan isyarat untuk menunggunya diluar. " Apa sahaja lah rencana perempuan ni ~" omel Khalil sendiri. Tak sempat Syafiqah pergi meninggalkan kaunter dengan sedulang mykori dan beberapa biji macaron,Aleesya menghulurkan kakinya hingga Syafiqah jatuh terjelepuk ke lantai. "sorry.. you duduk tengah jalan kenapa?" ejek Aleesya lalu berlari meninggalkan gadis itu.Terbang semua manisan - manisan itu ke lantai dan bajunya yang kononnya mahal sangat. Aleesya keluar dari kafe dengan berlari tercungap - cungap. Khalil yang melihat Aleesya gelabah lari itu terikut sekali gelabah. " jom, jom! " Aleesya menarik lengan baju lelaki itu. Syafiqah terkejut,marah serta malu terjatuh dihadapan kaunter itu.Dengan ramai pelanggannya..malu! Sudah jatuh ditimpa tangga,dia jatuh sekali lagi apabila hendak bangun mengejar si perempuan gila itu.Tumit kasutnya patah! "Tak guna!!! " Dia menjerit. Syafiqah tak peduli akan makhluk - makhluk bumi yang berada di sekelilingnya. Kasutnya patah~ Kawan - kawan gadis itu yang terdengar jeritan nyaringnya berlari mendapatkan Syafiqah.

Dian duduk di meja belajarnya sambil membelek nota ringkas yang dia ambil dari Internet. Sedang sibuk mengulangkaji, ada notifikasi masuk.

Mariam: Jom lepak xD
Zuzu: Aku okay je
Dian: Aku tak boleh lah. Sorry :/

Dian menghela nafas panjang. Dia nak ikut.. namun, dengan keadaannya sekarang.. dia tiada masa untuk itu.Masa yang terluang hanya akan digunakan untuk belajar.Jika tidak, dia harus bekerja. Ada sesuatu yang dia buntukan. Letih.. memang letih. Sesekali dia memandang poster Kim seokjin yang ditampal pada dinding sebelah katilnya. "oppa,Macam mana nak buat ini... " 'flying kiss' sambil tersenyum memandang poster.
TIT TIT TIT! telefon pintar berdering. Tanpa melihat 'screen' laju sahaja Dian mengangkat. Kedua belah matanya sibuk memandang buku,tangannya pula laju menulis itu ini.
"Hello.. Dian,keluar kejap." Suara garau kedengaran. Dian memandang nama yang tertera sebelum menjawab. Iman. " Nak apa? aku tengah sibuk! " dingin nada Dian. Rambut diikat tocang satu dengan anak rambut diselak ke belakang telinga. "Aku nak bagi bahan 'presentation' ni. Cepat lah. " Balas Iman sambil terjengket - jengket mengintai tingkap rumah Dian yang berada ditingkat 3. " Yelah.. sabar jap." Dian menyarung seliparnya dan terus keluar dari rumah. Apabila dia sudah tiba di luar apartmentnya, tiada pun kelibat Iman kelihatan. "Haish, dia main - main ke ni? " bebel Dian sambil mengeluarkan telefonnya sambil berjalan perlahan - perlahan.Dia mendail nombor Iman, berdering. Angkatlah!
Tiba - tiba,ada sebuah basikal bergerak laju dari arah kiri Dian.Dek kerana sibuk menghadap telefon, gadis itu tidak perasaan akan kehadiran basikal yang bergerak laju itu. Rambut panjang Dian yang terjuntai ke bawah dengan tiba - tiba ditarik kasar sehingga dia kebelakangan dan jatuh ke tanah. Tapak tangannya sempat menahan tanak dari lebih menyakiti punggungnya. Dian menoleh ke belakang. Wajah datar Iman muncul disitu. " kau ni kenapa?! " marah Dian sambil berdiri dan mengibas punggungnya yang terdapat sedikit tanah itu. "Lagi sikit kau nak kena langgar,buang sajalah telefon itu!" Bukan meminta maaf malah, memarahi dian kembali adalah. Iman menjeling ke arah tapak tangan Dian. Luka. Dia merengus.
"Lain kali,jalan tu pakai mata! " bebel Iman sambil menampalkan 'plaster' luka bergambar panda pada luka Dian. "Eleh,membebel macam mak nenek.." Dian membuat 'rolling eyes'.Iman mengangkat kepala dan memandang tepat pada mata Dian.Lama..sehingga membuatkan gadis itu rasa tak senang duduk. "Nak tengok phone,pandanglah kiri kanan dulu. Nah! " Iman menghulurkan sehelai kertas kajang yang digulung kemas. Mereka bangun dari bangku taman permainan dan bergerak menuju ke apartment semula. "Aku boleh jalan sendirilah." kata Dian apabila menyedari lelaki itu mengekorinya dari belakang. "eh, hello. Kau ingat kau siapa nak aku hantar balik? teman wanita aku? " Dup, dap, dup, dap. Jantung Dian berdegup kencang. Kenapa ni? Tak perlu pam darah banyak - banyak, aku bukan berlari pun! "Aku naik motor tadi.Parking kat depan rumah kau." ujar Iman lagi.
Block baiduri didepan mata. Dian menonong saja masuk ke dalam tanpa berkata apa - apa. "Dian. " dia menoleh. "Nah,bakal mak mentua bagi..eh,gurau je haha.Mak aku kirim salam." iman menghulurkan sebelas Tupperware biru kepada Dian. Teragak - agak Dian mencapainya. "okaylah aku masuk dulu.Bye" berlari Dian mendaki anak tangga. Pintu rumah ditutup.Dian bersandar pada pintu sambil tangan kanan memegang dada. "Aku dah gila ke? Dian,sedarlah.Hilang akal ke aku ni!" dia menampar pipi sendiri. Otak ligat memikir alasan yang sesuai. "Mungkin aku letih, lapar berjam - jam menghadap buku." pinggan dicapai, penutup Tupperware dibuka. Aroma kuah kari menusuk ke hidung. Segera disuap ke mulut. Sedap tidak terkata, tiba - tiba suara Iman terngiang - ngiang ditelinga. "Bakal mak mentua bagi.. " Tersedak dia. Air diteguk laju, melancarkan kembali perjalanan nasi ke perut.

Penat berlari,Aleesya dan Khalil singgah di padang bola yang dibina berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka.Khalil menendang bola menuju ke gawang gol beberapa kali. Aleesya yang masih tercungap - cungap mencapai air mineral yang sempat dibeli tadi. Penutup botol dibuka,terus diminum menghilangkan dahaga. "woi,kau memang..ish tak tahu lah nak cakap apa. Kalau tak sempat lari tadi macam mana? " bebel Khalil sambil tangannya mencapai air mineral yang belum di buka. "Padanlah muka dia. Salah cari lawan,ini makan dia! " balas Aleesya setelah ketawanya reda. Khalil hanya menggeleng kepala,nak tak nak kena layanlah juga perangai gadis itu. " Dahlah,jom.Aku hantar kau balik. Aku pun ada kerja rumah belum siap ni." kaki lelaki itu melangkah hendak meninggalkan padang itu sedangkan Aleesya masih terkial - kial hendak bangun. " Tunggulah!"

Setelah tiba di rumah,daun pintu segera dibuka. peluh merenik didahi terus dilap dengan belakang tangan. Alamak, hauslah pula! Nasib dapur dekat, Aleesya pun laju menuju ke dapur mencapai cawan dan jag air.
"Adik!!" sergah Dian yang tiba - tiba sahaja muncul. "Opocot! ish, nak apa?! " melatah Aleesya.Nasib tidak terlepas cawan dari tangan. " k-kalau kita berdegup laju tiba - tiba,maksudnya apa? " tanya Dian. " Entah..Along sakit kot.Demam ke?" jawab Aleesya sambil meletakkan cawan ke dalam sinki.Dian memegang kedua - dua belah bahu Aleesya lalu memeluknya dengan erat sehingga membuatkan si adik menjadi hairan. "Betul tu. Mungkin along sakit.Along patut berehat." Dian bergerak meninggalkan Aleesya terpinga - pinga di dapur. "Gila ke apa.."
Dian merebahkan tubuhnya keatas Katil yang ada di dalam biliknya.Selimut telah menutup separuh badannya.Mata yang masih terbuka memandang siling bilik.Semakin lama,semakin kecil.. eh, tertidur sudah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience