Rate

Audition

Fanfiction - KPOP Series 127

"Minjee!!" aku memandang Yeri berlari ke arah sambil memanggil namaku.

"Mwo?" aku memandang Yeri pelik. Dia mengambil nafas sebelum bercakap.

"Jom masuk audisi nak tak?" tanya Yeri yang masih lagi tercungap².

"Audisi? Audisi apa?"

"Audisi Jyp" mata aku terus membulat.

"Jyp? Kau biar betul?!" tanyaku tak percaya. Semua di dalam kelas memandangku. Aku menunduk malu.

"Kau ingat aku tipu? Ni² tengok ni" Yeri menunjukkan poster.

Di poster tu memang menunjukkan Jyp membuat audition. Aku menatap Yeri sebelum beri jawapan.

"Tapi aku kena tanya mak aku" kataku. Yeri menganggukan kepalanya.

"Kau balik tanya, kalau mak kau benarkan esok kita pergi audition ni" kata Yeri bersungguh. Aku sekadar menganggukan kepalaku.

Kemudian cikgu sains pun masuk.

--------------------

Apabila aku masuk ke dalam rumah, aku memandang eomma yang berada di ruang tamu sambil membaca novel di atas sofa.

Perlahan² aku mendekati eomma. Eomma yang dah perasan kehadiranku terus menutup novel.

"Kenapa Jee? Jarang kamu jumpa eomma bila kamu balik sekolah" kata eomma yang membuatkan aku sedikit terasa.

"Arh ani...Jee nak minta kebenaran eomma" kataku takut². Eomma menaikkan kening sebelah.

"Minta kebenaran apa?" tanya eomma pelik.

"Boleh tak Jee nak jadi idol?" tanyaku yang membuatkan eomma membulatkan matanya.

"Jee bukan eomma tak benarkan tapi..." sebelum eomma habis cakap, aku memotong.

"Eomma tolong lah! Jee takkan tinggalkan eomma macam appa buat kat eomma dulu. Jee janji tak akan lupakan eomma bila Jee jadi idol nanti" rayuku di kaki eomma.

Eomma dia seketika. Eomma menarik nafas sebelum bersuara.

"Macam mana eomma nak percayakan Jee?"

"Eomma yang lahirkan Jee, jadi mesti eomma yang sentiasa Jee ingat" kataku dengan mata bersinar.

"Baiklah eomma percayakan kamu" kata eomma. Aku terus memeluk eomma.

"Gomawo eomma" eomma pun membalas pelukkanku.

-------------------

"Yeri!" aku terus MENYERU nama Yeri bila masuk kelas. Yeri yang sedang menyapu memandangku.

"Herm?"

"Mak aku benarkan aku masuk audisi!" ujarku separuh berbisik disebakan ni pukul 6:30 pagi.

"Oh god jinjja?! Yeyyy!" Yeri memelukku gembira.

"Kau dah bersiap untuk audisi nanti?" tanya Yeri yang membuatkan aku terdiam.

"AKU LUPA WEH NAK SEDIAKAN DANCE!" jeritku kuat. Aku mula takut manakala Yeri mula panik.

"Macam mana ni?" tanyaku takut.

"Rilex², kau buat je apa patut nanti. Aku yakin kau pasti boleh!" kata Yeri dengan senyuman. Ia membuat aku sedikit lega bila Yeri cakap macam tu.

SKIP TIME

Sekarang aku berada di depan bangunan Jyp. Aku memandang Yeri dan Yeri memandangku. Kami berpegangan tangan lalu masuk.

Kami mengambil nombor giliran lalu duduk di ruang tunggu.(uish macam kat hospital)

Lama kami tunggu hinggalah giliran Yeri. Aku memberikan kata semangat padanya lalu dia pun masuk.

Beberapa minit kemudian, Yeri keluar. Nombor aku pula dipanggil.

"Jee, kau buat je apa² yang kau mampu ok? Aku yakin 100% yang kau boleh lakukannya" Yeri memberikan kata² semangat buatku. Aku menganggukan kepalaku dengan senyuman lalu masuk ke dalam.

Aku berdiri di hadapan 3 orang, 1 wanita dan 2 lelaki.

"Perkenalkan diri" minta lelaki yang berada di tengah².

"Annyeong, Ahn Minjee imnida!" aku memperkenalkan diriku dengan semangat (actually aku takut sangat ni).

"Apa yang awak akan buat?" tanya wanita yang berada di sebelah kiri lelaki tersebut.

"Saya akan menyanyi dan menari" ujarku takut². Ketiga² juri itu menganggukan kepalanya.

Aku mula menyanyikan lagu 'This Love' by Davichi. Selepas aku menyanyi, aku pun memutarkan lagu 'Attention' by Charlie Puth lalu mula menari. Aku just reka dance, itu yang membuatkan aku sedikit gementar.

Selesai menari, aku berdiri di di tempat aku berdiri takdi. Mereka bertiga menatapku lama sebelum lelaki di belah kanan bersuara.

"Awak pandai rap?" tanya nya. Aku mengelengkan kepalaku perlahan².

"Saya tak berapa pandai rap" balasku. Mereka bertiga menatap sesama sendiri sebelum kembali menatapku.

"Awak tak boleh rap lansung ke?" tanya wanita itu.

"Mungkin boleh?" balasku sedikit perlahan.

"Cuba awak rap"

Aku pun cuba rap lagu Hann by (G)i-dle part Soyeon. Selesai rap, aku menarik nafas dalam² manakala mereka bertiga tersenyum.

"Baiklah, awak boleh pergi" kata wanita itu. Aku menundukkan badanku 90° lalu keluar.

Aku kembali ke tempat dudukku, Yeri berada di situ.

"Macam mana? Kau boleh buat kan?" tanya Yeri sedikit bimbang. Aku menganggukan kepalaku tak yakin.

"Maybe" balasku perlahan. Kedengaran Yeri mengeluh.

"Kau lama dalam tu, mesti kau boleh buat" kata Yeri. Aku memberikan senyuman senget pada Yeri.

Dua jam berlalu, semua peserta selesai audisi.

"Hermmm, dia akan call kita balik or kita tak diterima?" tanya Yeri. Aku sekadar mengangkat bahu tak tahu.

Kami lihat ramai yang bersurai pergi, kami pun membuka langkah untuk pergi.

"Awak!² Yang pakai baju sekolah kelabu! Tolong tunggu sekejap" kami berdua serentak berpaling apabila terdengar suara seorang perempuan memanggil kami.

"Awak nombor 32 kan?" tanya perempuan itu. 32 ialah nombor aku, jadi aku menganggukan kepalaku.

"Awak sila tunggu di bilik takdi" arahnya lalu pergi. Dia nampaknya pergi memanggil yang lain. Aku memandang Yeri di sebelah.

"Wah! Kau diterima" kata Yeri teruja. Aku memandangnya bersalah.

"It's ok? Kau yang semangat datang audisi ni tapi-" belum sempat aku menghabiskan ayatku, Yeri memotong.

"Sokeyyy, ni maksudnya aku tak buat elok² lah ni. Sekarang pergi masuk sana, dengar maklumat selanjutnya tau" kata Yeri lalu menepuk bahuku dengan senyuman.

"Ok" aku memberikan senyuman lalu pergi masuk ke dalam bilik takdi.

--

Apabila aku masuk ke dalam bilik itu, aku melihat dah ada 10 orang menunggu di dalam. Semuanya perempuan.

Tak lama kemudian, 10 orang perempuan masuk lalu berdiri di sebelahku. Tiga orang juri takdi masuk dengan muka serius.

"Kamu semua, 20 orang ialah orang yang lulus uji bakat 1. Sabtu minggu depan, kamu semua akan datang lagi untuk uji bakat 2. Jika kamu lulus uji bakat 2, maka kamu akan jadi trainee" kata salah seorang juri tersebut.

"Jadi, sila lakukan elok²" pesannya.

"Ne!" semua memberi reaksi teruja untuk uji bakat 2 termasuk aku.

Kami semua pun dibenarkan pulang. Aku melihat jam dah pukul 6:30 petang.

Aku masuk ke dalam rumah. Aku tak nampak eomma yang tengah duduk di atas sofa kerana terlalu letih.

"Jee? Macam mana audisi?" tanya eomma.

"Eih! Eomma bila masa ada kat situ?" tanyaku terkejut apabila eomma berada di situ tiba².

"Dari takdi. So macam mana audisi?" tanya eomma sekali lagi. Aku terkedek² jalan ke arah eomma lalu duduk di sebelah.

"Jee pass! Nanti Jee masuk uji bakat 2, kalau Jee pass nanti Jee jadi trainee" ujarku germbira. Eomma menggosok kepalaku dengan senyuman.

"Eomma doakan Jee pass uji bakat 2 nanti" kata eomma.

"Gomawo eomma" aku memeluk eomma, eomma pun membalas pelukanku.

@Aku tak tahu betul ke x aku eja Charlie Puth, kalau salah harap dimaafkan AHHAHAAH MIANNN

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience