Rate

BAB 1 - Sekolah baharu

Horror & Thriller Completed 1887

"Sila tulis nama dan butiran kamu pada borang ini" kata Puan Jasmin kepada Zahirah.Sedang ibu bapa Zahirah sibuk mengeluarkan barang-barang anaknya dari 'bonet' kereta, Zahirah ternampak seorang pelajar di satu pohon besar yang terdapat di sebelah bangunan.Zahirah hanya mengendahkannya dan terus bergerak membawa beg-begnya ke dewan asrama untuk mendengar taklimat sebagai pelajar baharu."Mama dan papa duduk di belakang ye" kata ibu bapa Zahirah.

Selepas selesai taklimat, para pelajar diberi nombor katil dan bilik."Nur Zahirah Aliya binti Ashraf Kamil, sila ambil nombor katil dan bilik anda di meja A" kata fesilitator itu kepada
Zahirah."Mama papa, jom ke bilik Zahirah" katanya.Dengan gembira dia bergerak ke bilik barunya.Setelah Zahirah masuk ke dalam biliknya, terdapat dua pelajar yang baru."Hai" kata Zahirah kepada dua pelajar itu.Dua pelajar itu hanya tersenyum sinis kerana malu.Dia memasukkan barang-barangnya kedalam biliknya dan bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibubapanya."Ira belajar elok-elok ya di sini. Jaga diri, jangan lupa solat , sentiasa doa, jangan buat benda yang tidak elok di sini. Ini bukan tempat kita.Nanti cuti papa dengan mama ambik Ira ya" kata mama nya kepada Zahirah.Dia berasa sebak dan hendak menangis kerana dia tidak lagi tinggal bersama kedua ibubapa nya yang tersayang.Dia salam ibu bapanya dan berpelukan.Zahirah memeluk ibu bapanya dengan erat sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience