Rate

bab 4

Fantasy Series 2595

Lantas Karina mengambil remote dan menutup tv kemudian dia pergi ke dapur. "hmmm sedapnya bau, pandai juga awak masak" puji Karina "hmm biasalah tengoklah siapa yang masak, Laila kan" jawab Laila sambil membuat hidung kembang nye.

Setelah siap memasak di dapur mereka hidangkan makanan itu di atas meja kaca yang berkilauan itu. Mereka membasuh tangan kemudian duduk di kerusi. Laila hanya mengambil 2 senduk sudu nasi manakala Karina mengambil 4 senduk sudu nasi yang penuh. "eh banyaknya nasi habis ke? tak baik tamak!" kata Laila sambil menasihati kawannya. "saya sentiasa habis" jawab Karina dengan selamba.

Setelah selesai makan mereka membasuh pinggan dan kemas meja. Laila memasuk bilik dengan kekenyangan "sedap juga kan aku masak tadi" puji diri sendiri. Manakala Karina masuk ke dalam biliknya terus terlena kerana kekenyangan.

Keesokkan harinya Karina bangun kemudian mandi tetapi dia pelik kenapa Laila tak bangun bangun lagi biasanya Laila akan bangun sebelum Karina bangun. Dia pun masuk ke dalam bila Laila dia melihat Laila masih lagi terlelap. "ishh anak dara ni kan" kemudian dia menggoncang badan Laila lalu dia berhenti bergoncan apabila dia didapati badan Laila terlalu panas. "Laila! Laila! bangun kenapa badan awak panas ni awak ok tak. Laila! awak ok tak?" namun tiada jawapan.

"aduh sudahlah aku tak pandai memandu kereta macam mana aku nak bawa Laila pergi klinik keadaan dah teruk ni" bebel karina.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience