Roh Abangku

Thriller Completed 2210

Nama aku bedah. Umur aku 10 tahun. Aku tinggal di Selangor. Aku tinggal bersama kedua-dua orang tuaku. Adikku dan abangku juga ada. Aku sayang akan abangku kerana dia satu-satunya abang paling hebat didunia. Apabila aku dibuli dengan kawan-kawanku di sekolah abang akulah yang akan memarahi mereka. Dialah hero aku. Aku bangga mempunyai abang seperti dia. Aku tak sanggup kehilanganya. Pada satu hari ayahku mendapati telefonya berbunyi dia angkat dan ada orang memberitahu bahawa abangku kemalangan di Subang Jaya. Ayahku terduduk seketika dan sedang mengelap air mata. Aku pergi ke ayah aku membawa tisu, aku tanya "kenapa ayah". Ayah aku terdiam membisu seketika. Dia mula mengeluarkan air mata yang banyak dan dia memberitahu bahawa abangku kemalangan. Ibu, aku dan adik menangis. Lepas isyak kami pergi ke hospital kami pergi tanya di tempat pertanyaan. Mereka kata abangku di bilik mayat. Ya allah hancur hati aku pada waktu itu. Banyak yang aku lalui denganya. Lepasni dah tak ada orang yang akan menasihati dan menolong aku. Pada keesokan hari kami pergi ke masjid terdekat dan solat jenazah. Aku tak berhenti-henti menangis kerana tidak sanggup kehilanganya. Pada malam itu kami buat majlis arwah. Lepas bacaan yaasin aku bau sesuatu yang sangat wangi seperti sebotol minyak wangi tertumpah di baju. Aku pon hiraukan dan pergi ke bilik atas menggambil telefon bimbitku. Apabila aku di tangga untuk turun ke ruang tamu aku nampak abangku masuk ke dalam rumah dengan baju yang kotor dan penuh darah di badanya. Aku memberitahu ayah dan ibuku tetapi mereka hiraukan aku kerana mereka sibuk melayan tetamu yang hendak pulang. Apabila aku toleh ke belakang abangku hilang. Aku mencarinya di bilik, dapur dan semua tempat tapi dia tak ada. Aku mula nangis lagi sekali. Aku redha dengan pemergiannya. Setelah beberapa bulan yang berlalu aku tidak lagi bersedih kerana kesiankan dia. Aku teruskan kehidupan seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience