Series
1096
Harini aku dan kawan kawan asrama ku sedang berjalan jalan di shopping complex berdekatan dengan asrama kami.Tiba tiba aku terlanggar seseorang yang aku kenal sangat iaitu senior yng paling aku benci.
"woi buta ke?"kata syarik
"sedap je kan kau kata macam tu kau yang langgar aku gi*a"kata ku pula
"heys apa lah malang sangat aku jumpa kau kat sini"setelah dia berkata begitu dia terus berlalu dengan perasaan yang berang.
'dia ingat dia je ke menyampah aku pun menyampah juga la jumpa kau' bisik hati ku
"kau ni benda macam tu pun kau nak gaduh kan ke?" ujar kawan baik ku sarah
"ya la kau ni jangan benci sangat nanti orang tu juga yang jadi jodoh kau"ujar husna pula
"taknak aku berjodoh dengan dia tu. ew aku fikir pun geli dah"tapi aku agak terkesan juga dengan kata kata husna tu. jangan la sampai dia jadi jodoh aku. bisik hati ku resah
"dah lah korang ni asyik bertekak je"ujar nadia pula. tapi memang si nadia ni suka ceramahkan orang.
"ye betul tu. jom lah kita balik" cadang fatiha yang sudah kepenatan.
"ok la" ujar ku setuju
_______________________________________
Sementara itu Syarik tidak habis habis membebel kerana masih geram dengan Adlina.
"Kau ni kenapa bro membebel macam perempuan?" tanya fahmi
"ye lah kau ni muka pun keruh je" ujar zack pula
"kau tanya lah junior kita tu sakit hati aku di buatnya" ujar syarik geram
"junior yang mana satu junior kita ni banyak wey?" tanya fahmi kebingungan
"siapa lagi si Adlina tu la" jawab syarik
"apa dia buat wey?" tanya zack. setelah itu syarik terus bercerita apa yang berlaku semasa terjumpa dengan Adlina tadi.
"lah itu je ke ingat kan dia tampar kau ke cekik kau ke" ujar zack dan fahmi yang sedang menahan tawa.
"ish korang ni nak ketawa ketawa je lah tak payah tahan" ujar syarik geram dengan kawan kawan nya.
setelah syarik berkata begitu mereka berdua terus ketawa dengan kuatnya sehingga ada beberapa orang yang menoleh ke arah mereka
"wey korang jangan ketawa lagi la buat malu je orang tengok" ujar syarik menahan malu.
sorry kalau ada typo
Share this novel