Bab 3

Other Completed 6152

3

Perkembangan teknologi penyebaran maklumat kini terlalu pantas jika dibandingkan dengan dua puluh tahun lalu. Dulu, penyebaran satu maklumat mengambil masa yang lama, tapi sekarang memerlukan beberapa saat sahaja hanya dengan menekan butang ‘share’ sebelum menjadi tatapan umum di laman sosial.

Itulah yang berlaku masa kini. Zaman sekarang sudah berubah. Kata orang, zaman sekarang adalah zaman siber. Zaman teknologi maklumat. Zaman laman sosial. Generasi yang hidup dalam era Mark Zuckenberg ini, kebanyakannya lebih cenderung ke arah teknologi siber dan aktiviti laman sosial. Mereka dikatakan lebih banyak bersosial menerusi internet ataupun di alam maya berbanding bersosial di luar rumah. Mungkin generasi ini lebih suka memilih bersosial dengan cara begitu.

Sejak fac diperkenalkan Mark Zuckenberg pada tahun 2004, lanskap dunia maya berubah serta-merta dan menjadi kegilaan warga maya bersosial menerusi aplikasi tersebut. Secara tidak langsung, ia telah menenggelamkan laman sosial Myspace yang pernah popular satu ketika dulu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience