Prolog
-------
November 2017.
"KENEK keneklah ude, lembu patah tanduk. Cek mek kenalah odeh, cik awe kena tumbuk. Uwa uwa uwa uwa uwa uwa uu....."
Suara mereka menyanyi untuk membuat persembahan kedengaran di atas pentas. Gabungan murid daripada beberapa kelas membuat persembahan untuk majlis penyampaian hadiah yang bakal berlangsung esok. Hari ini ialah hari raptai penuh untuk mereka berlatih.
Samalah seperti Ayra Mawar dan Aisyah Dahlia. Kami berdua tidak menyertai persembahan namun perlu hadir juga hari ini untuk raptai penuh menerima hadiah. Seperti biasalah, mereka yang tidak menyertai persembahan ini menunggu sahaja di kerusi yang disediakan.
Apabila bunyi dram terakhir yang dibuat daripada tong sampah itu diketuk, maka berakhirlah persembahan mereka. Ayra menepuk tangan bersahaja. Tidak tahu ikhlas atau tidak manakala Aisyah berbangga dengan rakan-rakannya yang terpilih untuk melakukan persembahan itu. Ayra bukan tidak terpilih, namun dia menarik diri kerana stres dengan latihan.
Balqis Cempaka dan Sarah Orked turun daripada pentas itu bersama-sama dengan berharap persembahan yang dilakukan sebentar tadi sekadar 'bolehla~' di hati para penonton. Biarpun tidak mendapat tepukan yang begitu gemuruh, biarlah.
Tanpa disedari, ada seorang lelaki berpakaian t-shirt biru memandang ke arah mereka berdua. Lelaki itu tersenyum sendiri. Entah sebab apa.
"Sarah, Balqis...." lelaki itu tersenyum lagi.
"Mawar. Dahlia. Okey tak persembahan tadi?" soal Balqis cempaka dan Sarah Orked kepada Ayra Mawar dan Aisyah Dahlia. Ayra hanya memberikan reaksi bersahaja menandakan dia 'bosan' manakala Aisyah memberi semangat paling hebat kepada dua rakannya yang telah berpenat lelah membuat persembahan.
Tiba masanya untuk persembahan yang seterusnya iaitu dikir barat di dalam bahasa arab. Ayra membuat muka bersahaja. Kelihatan beberapa murid yang memakai tanda nama berwarna hijau dan kuning naik ke atas pentas. Bermakna mereka tahun lima dan enamlah. Sesi pagi. Tinggi pun tinggi.
Bahasa Arab. Sukar untuk difahami bagi seorang murid berusia sembilan tahun. Sarah, Aisyah dan Balqis hanya menonton persembahan dikir barat itu tetapi tidak bagi Ayra. Di hatinya penuh tersimpan cacian dan makian untuk persembahan tersebut. Huh, kurang asam jawa punya Ayra. Suruh buat sendiri nanti baru tidak mahu.
"Huh, pelik betul persembahan ni tadi! Cikgunya sudahlah macam chinese! Hodoh semacam! Dengan bahasa arab pula tu. Uhhh......" kutuk Ayra. Namun semua itu masih kekal tersimpan di hati gadis itu. Tidak mungkin untuk dikutuknya secara langsung.
Sementara itu, Sarah dan Balqis merenung si lelaki 'tampan' berbaju biru itu. Teringat kembali kenangan yang berlaku sebulan lalu. Terasa keindahan itu berulang kembali......
"Korang, cikgu tu macam Aiman Tino kan?" soal Aisyah dalam nada bergurau. Iya tidak iya juga, memang lelaki berbaju biru itu kelihatan benar-benar seperti seorang artis terkenal tanah air. Tingginya, wajahnya, fizikalnya. Mudah cerita, semuanya kelihatan hampir sama.
"Aiman Tino pun boleh........" Balqis dan Sarah ketawa kecil. Aiman Tino? Not bad.....
"Tu ustaz lah!" Sarah ketawa lagi. Tidak sangka Aisyah akan berkata sebegitu. Lain benar tanggapan Aisyah berbanding detik pertemuan pertamanya dahulu. Sungguh berbeza. Saat itu dipenuhi dengan keindahan yang terlalu indah untuk dijadikan kenangan. Lebih-lebih lagi buat Balqis yang baru kehilangan ibu kesayangannya dua bulan lalu.
Ayra sejak tadi diam membisu membiarkan sahaja tiga lagi geng 'bunga' bersembang sambil bergelak ketawa. Ayra merenung sahaja gerak geri 'ustaz hodoh' itu tadi. Baju lengan pendek berwarna biru, seluar sukan dan kasut sukan benar-benar menampakkan lelaki itu kurus.
Ayra melihat pula bahagian belakang t-shirt biru gelap tersebut. Perkataan yang tercetak ialah 'IPG'. Tahu-tahulah apa maksudnya. 'Institut Pendidikan Guru'. Tahulah kurus kering, sudah kenapa pergi pakai baju tu. Confirm fresh lagi ni.... Lepasan IPG agaknya....
"Ayra, kenapa kau diam je dari tadi.... Kitaorang tengah syok ni sembang pasal ustaz tu... Taknak join?" soal Sarah selamba.
"Ustaz? Ustaz hodoh adalah!" Bisik Ayra di dalam hati sambil ketawa sinis.
***
22 NOVEMBER 2017.
Jam 7.30 pagi. Murid-murid yang bakal menerima hadiah dan membuat persembahan pada hari ini sudah dikumpulkan ke dalam sebuah bilik yang dinamakan 'bilik seni'. Bersepahnya jangan ditanyalah.
Murid tahun 3 yang dikatakan paling senior di sesi petang dikumpulkan di bahagian hujung bilik seni itu. Penerima hadiah dan peserta persembahan diasingkan di barisan yang lain. Nampaknya terpaksalah Geng Bunga berpisah. Sarah dan Balqis di barisan murid yang membuat persembahan, Ayra di barisan murid yang menerima hadiah dan Aisyah pula di tempat penonton untuk menyaksikan adiknya menerima hadiah.
Makanan yang diberikan oleh guru bertugas sebentar tadi langsung belum diusik oleh Ayra. Bihun goreng dan.... Setin air tin.
Di bahagian luarnya berwarna merah dan putih. Gambar buah yang tertera di bahagian luar tin itu langsung tidak dapat dikenalpasti oleh Ayra. Ceri? Mungkin....
"Korang, ni air apa?" Ayra mula bersuara.
"Ni air tomato.... Tak percaya minum lah." jawab Balqis.
"Tomato? Seriously? Tak pernah jumpa pun air tomato..... Bukan ceri ke?" Ayra mula membelek air tin itu. Buah yang tertera di tin itu buah ceri atau tomato? Sebuah misteri yang masih tertanya-tanya di benak fikiran Ayra.
Tomato.... Atau ceri?
Hendak tahu, cubalah dahulu.
Perlahan-lahan air tin itu dibuka dengan mudah lalu dihirup sedikit oleh Ayra.
"Sah, ini air tomato! Huh!" Ayra meletakkan semula air tin itu ke lantai. Masam benar....
"Kan kitaorang dah kata.... Taknak percaya....." Sarah dan Balqis ketawa melihat reaksi Ayra.
Ayra mengetap bibirnya geram. Di dalam fikirannya hanya ada dua sahaja, air tomato dan Ustaz Hodoh. Dengan tanpa bukti Ayra menuduh semua ini kerja si hodoh yang tidak berguna itu.
"Si hodoh.... Tunggulah engkau....."
"Semua, tadah tangan baca doa...." Arah seorang guru yang bertugas. Semua murid pun menadah tangan untuk mengaminkan doa....
Namun tidak bagi tiga ahli Geng Bunga ini. Mereka masih terus berbual tanpa mengendahkan doa yang dibaca.
"Korang tahu tak siapa yang baca doa ni?" soal Balqis kepada Ayra dan Sarah.
"Siapa?" Ayra mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Suara doa dibacakan mula masuk ke telinga mereka bertiga lantad serta-merta mereka berhenti berbual.
***
Tempat pertama 3 Amanah, Ayra Mawar binti Azlan.....
Ayra melangkah dengan malu-malu kucing menuju ke atas pentas. Malu konon!
Guru yang bertugas menyerahkan sedikit 'cenderahati' kepada Ayra. Seperti tahun-tahun lalu, trofi kecil diberikan untuk meraikan kejayaan anak-anak murid yang telah belajar bersungguh-sungguh ini. Namun tidak untuk tahun ini.
Ya, semua orang pun tahu tahun ini sekolah kekurangan bajet. Mana tidaknya jika hanya 40 peratus warga sekolah yang membayar yuran PIBG.
Ayra masuk semula ke dalam bilik seni. Hadiah cenderahati yang baru diterimanya dibelek-belek.
Apa?!
Hanya sekeping bingkai gambar batik? Oh tidak....
Dengan tanpa usul periksa, ustaz hodoh itu yang menjadi sasarannya....
"Tak guna punya ustaz hodoh!" gumam Ayra.
BERSAMBUNG....
Nota daripada Ardeena Safiyya:
Macam mana dengan bab pertama? Ok tak ok? Sabar ye author busy sesangat... Nanti nanti kita update bye...
I'm doing collab with ardeena safiyya so i hope you guys like it
Share this novel