Jangan percaya apa yang kamu nampak.

Drama Completed 56822

CHAPTER 3

Ruang kuliah mula dipenuhi dengan pelajar dalam masa yang singkat. Tahu-tahu je bilik itu telah penuh dan sibuk.

English Literature adalah satu daripada course yang  Zehra ambil di dalam kolej. Kelas dimana dia duduki sebagai subjek tambahan bagi mencantikkan  lagi gred supaya tidak dibuang dari scholarship.

Selain bekerja part time di bakeri, Zehra juga seorang penuntut sepenuh masa untuk jurusan Asas Sastera dan Bahasa bagi memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi guru bahasa sebelum apply universiti.

Kalau nak cakap struggle tu, memang adalah. Takkan tak ada pulak. Zehra dapat masuk ni pun dah kira beruntung. Bukannya senang dia nak sambung belajar dengan keadaan family  dan parents dia tu.

Kalau bukan kerana dia mengenakan syarat yang Zehra akan mengambil kerja sambilan ibu dan ayah Zehra tidak akan mengizinkan gadis itu sambung belajar.

Dia ingatkan kalau dia sambung belajar, dapat la dia berkawan dan jumpa dengan orang baru  dalam persekitaran yang baru. Rupanya sama je. Tak ada beza pun!

Rumah ke...

Luar rumah ke..

Kolej ke.....

Sama semuanya!

Sikit pun tak menyenangkan.

               "Zehra Ivory!?"

Dia mengangkat kepalanya ke depan.

Madam Evely James, berusia 36 tahun, sedang sarat mengandung hanya tunggu masa untuk bersalin sahaja cantik tapi sekalinpakej dengan mulut laser tak berlapik, berdiri di depan podium kecil itu sambil memberi renungan judging tertunggu-tunggu ke Zehra.

               "Ya madam?"sambut Zehra. Dia terkebil-kebil bingung.

Pada masa itu semua mata terarah pada Zehra. Rakan-rakan sekuliah yang sedang duduk berhampiran gadis itu mula memandang serong dan menarik sengih sinis mereka.

              "Jawab soalan yang saya tanyakan tadi?"

             Kening Zehra tersentak tinggi kerana terkejut. Duh!Soalan apa pulak?Takndengar pulak dia tadi?Adeh! "Huh!?"

            "Kita tak ada sepanjang hari untuk menunggu kamu...?!" sentap Madam Evely dengan muka bengang dia.

            Mula la dia hendak panik. Paling dia pantang kalau dirinya tidak fokus, lepas tu mula la nak gelabah gaban! "Sa-saya tak dengar.." gagapnya dengan suara kecil. Sumpah! Dia tak dengar langsung. Semua ni disebabkan rasa sakit kesan daripada kena terajang malam tadi. Lari terus fokus dibuatnya!

           "Suara tu dah tak ada ke? Memangnya kamu ingat saya ni ada pendengaran supersonic  sampai boleh dengar suara perlahan kamu tu?"bebel Madam Evely  lagi.

Pelajar-pelajar lain di situ dah sedia maklum dengan loser bernama Zehra ni. Dahlah pendiam, pelik pulak tu. Tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya kerana Zehra suka menyendiri bersama buku. Kalau ditegur atau cuba diajak berborak mesti akan kekok kemudiannya.

Bukan itu je, misalnya la kan pelajar-pelajar lain datang ke kolej bergaya. Ini tidak, Zehra pula suka mengenakan pakaian oversize menampakkan penampilan gadis itu tidak menarik perhatian. Muka pun kadang-kadang je boleh nampak sebab Zehra suka pakai topeng mulut. Rambut pula selalu dijatuhkan menutupi wajahnya. Sampaikan wajah sebenar Zehra mereka sudah tidak ingat lagi.

            "Saya tak dengar soalan tadi .."jawab Zehra sedikit kuat kerana berasa tertekan dek renungan rakan dan cemuhan pensyarahnya.

              "Well, then I'll deduct your mark from this quiz then!" tanpa pertimbangan terus Madam Evely buat keputusan. Dia tunduk menulis kosong di barisan nama Zehra.

Zehra terpempan.

Deduct marks!?

Dia berkerut kening saat giginya menggigit bahagian dalam bibir ketika itu. Cuba membiarkan rasa sakit gigitan itu hilangkan rasa amarah dia.

Bukannya dia saja-saja termenung atau tidak fokus!

Tidak menerima hal itu, Zehra merancang mahu mengangkat tangan untuk minta pensyarahnya itu beri dia peluang sekali lagi untuk jawab.

Seinci sahaja tangannya mahu naik ke atas, satu suara menyampuk.

            "Puan boleh je ulang semula soalan tu!?" tidak semena seorang pelajar perempuan kedengaran. Ianya mendatar tapi cukup jelas dan tegas.

Dengan serentak Zehra, Madam Evely dan pelajar lain palingkan kepala ke seberang barisan kerusi di situ.

            "Entah...bertimbang la rasa sikit jadi pensyarah...nak beranak pun. Buat aniaya orang Bukannya dapat apa.."sampuk suara lain pula."Dapat anak perangai tak guna baru tahu..."

             "Apa kamu cakap!?"

              Seorang lagi pelajar menyampuk. "Alah madam...ulang je la soalan tu. Tak rugi mana pun. Lagipun Zehra mesti boleh jawab soalan madam...ke madam nak kami buat laporan di jabatan dekan mengatakan madam salah guna kuasa terhadap pelajar-pelajar dia?"

Zehra pandang kagum ke arah sekelompok pelajar yang duduk bergeng di suatu lokasi dalam ruangan itu.

Ianya terdiri daripada dua pelajar perempuan seorang pelajar lelaki.

Anne Beatrix

Addilyn Swift

Asher Dean

Mereka bertiga adalah anak orang kaya. Bukan mereka sahaja ada jugak dari anak orang berpengaruh di dalam kelas itu. Tapi ramai-ramai di situ hanya mereka bertiga sahaja yang berani bersuara.

Yalah, nak takut apa, gaji pensyarah di kolej mereka yang bayar. Petik jari je semua boleh jadi.

Terdiam terus Madam Evely sebaik mendengar kata-kata itu. Dia buat muka seakan mahu mencarut tetapi di dalam hati sajala. Mahu tak mahu dengan muka tebal seincinya. Evely kembali memandang Zehra. Dia bukannya tak berani nak melawan, cuma itu la. Malas nak jadikan isu! Nanti dia pulak yang tiada pekerjaan.

               "Baiklah...saya beri kamu peluang untuk jawab kuiz ni. Kalau kamu salah, markah kamu kosong..."ujarnya.

Zehra tersenyum dari balik topeng mulut yang dipakainya. Dalam diam, dia ucapkan terima kasih walaupun dirinya tidak minta untuk dikasihankan.

Manakala, di tempat duduk, Anne, Addilyn dan Asher, tiga orang itu hanya bersahaja memandang ke depan seakan tiada apa-apa yang berlaku. Muka pun muka tak bersalah! Mereka perhatikan pensyarah mereka sepanjang masa itu. Hebat sangat kan nak memburukkan  orang lain, jadi rasakan sikit bila diri tu digertak!

Dalam diam, seorang daripada mereka vertiga curi-curi mengerling ke Zehra tidak lama kemudian.

Zehra tundukkan pandangannya ke permukaan meja di depannya, memandang kesal ke situ. Dia cuba berkira-kira...sampai bila dia boleh bertahan untuk hadap semua ni!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience