.
"Oo.. selendang ni Lis tenun sendiri. Tapi yang istimewanya Lis tenun untuk Lis dan..."
"Lis! Lis! Jum kita balik. Lewat malam dah ni." Panggillan ibunya membuat Feliscia berhenti.
"Jas, Lis balik dulu ye. Bila-bila kita borak lagi." Jasper hanya memandang Feliscia melangkah pergi mengikut keluarganya. Dia tetiba kaku tak dapat bersuara.
"Kenapa lidah ku kaku tadi?" Jasper bertanya di dalam hati.
"Sudahlah tu Jas, masuk dalam. Gelap dan sejuk lagi malam-malam ni. Sabarlah.. seminggu dah jadi tunang Jas juga tu." Puan Sri Alisya bersuara sambil tersenyum melihat anaknya yang dari tadi hanya merenung Feliscia sampai gadis tu masuk ke dalam kereta.
Jasper melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya. Tangannya mengambil selendang yang disimpannya di dalam laci. Dia terus merenung dan melihat serupa dengan selendang yang dipegang oleh Feliscia. Kebetulan ka?? Katanya di hati..
Keesokan paginya, Jasper bangun dan bersiap untuk keluar menemui gadis "selendang ungu" nya.
"Jas nak ke mana pagi-pagi ni? Sarapanlah dulu" Puan Sri Alisya menegur anaknya.
"Keluar kejap mami." Jasper cuma meneguk air milo dari cawan yang dituang oleh maminya.
"Jangan lambat balik pula. Tengahari nanti Jas kena jumpa Feliscia untuk sama-sama pergi beli cincin tunang kamu berdua." Puan Sri mengingatkan anaknya. Jasper berhenti melangkah dan menoleh maminya hairan.
"Betul ke hari ini mami? Mami boleh gantikan Jas tak? Jas bagi kad kredit Jas jadi mami tolong wakilkan Jas. Jas da hal penting mami." Jasper seolah-olah memujuk maminya supaya bersetuju.
"Hal apa yang penting sangat Jas? Bukan ke Jas dah ambil cuti sebulan." Puan Sri bertanya lagi. "Bukan apa, mami tak nak Lis fikir pa pula sebab mami yang bagi cadangan supaya kamu pergi berdua malam tadi."
"Please mami.. Jas minta maaf sangat, hati ini Jas da hal penting sangat. Jasper merayu sambil menghulurkan kad kredit kepada maminya.
"Yelah.. tapi jangan balik lambat sangat. Lagi satu, Jas bagi tahu Lis yang Jas tak dapat temankan dia ok. Nah, nombor telefon Lis. Mami tahu Jas tak minta pun malam tadikan?" Jasper tersenyum sambil mendengar leteran maminya pergi ke dapur. Jasper terus menuju ke keretanya. Dia mengambil hpnya.
" Morning Feliscia. Jasper ni. Jas minta maaf tak dapat temankan Jas keluar hari ini, Jas da hal penting yang tak dapat dielakkan. Jas dah minta mami wakilkan Jas. " Butang send di tekan ke nombor Feliscia. Delivered!! Jasper terus memandu keretanya keluar dari perkalangan rumahnya. 5 minit kemudian.. 1 message received.
"It's ok." Hmm.. pendeknya. Marah ke dia?
Jasper memandu menuju air terjun di lereng bukit semalam. Dia mematikan enjin keretanya. Wangian yang sama menusuk ke dalam hidungnya dan dia tersenyum. Dia turun dan menuju ke arah air terjun. Dia memandang belakang susuk tubuh gadis "selendang ungu"nya tu.
"Hai" Jasper menegurnya. Dia menoleh dan melemparkan senyuman yang telah mencairkan hati Jasper.
"Hai. Awak lagi?" Dia bersuara.
"Kenapa? Awak tak suka saya datang ke?" Jasper merenung gadis tersebut namun gadis tersebut hanya tersenyum.
"Kenapa awak diam?" Sunyi... "Hmm..tak pelah. Saya datang cuma nak kembalikan selendang awak ni. Ni awak punyakan?" Jasper menyerahkan selendang ungu tersebut.
"Thanks. Patut saya cari semalam tak jumpa. Saya terlupa saya tercicir kat mana." Gadis tersebut bersuara. Jasper tersenyum dan ingin balik ke keretanya sebab merasakan kehadirannya langsung tak dipedulikan gadis tersebut.
"Awak.. awak nak balik dah?" Jasper berhenti dan menoleh. Dia mengangguk.
"Awak tak nak temankan saya di sini sekejap?" Jasper terkejut dan gembira dengan pelawaan gadis tersebut. Dia patah balik mendekati gadis tersebut dan menghulurkan tangannya.
"Saya Jasper James.. Awak?" Gadis tersebut senyum dan menghulurkan tangannya membalas" Saya Belynda Ferlina. Tapi panggil Bel je dah cukup." Jasper mengangguk.
"Jadi, Bel buat apa kat sini seorang lagi ni? Bel tak takut ke?" Jasper merenung wajah gadis idamannya.
"Bel cuma suka dengan keindahan alam kat sini. Tenang. Jadi Bel ambil gambar untuk dijadikan kenangan." Bel menjawab sambil menyentuh air yang mengalir.
"Tapi bahaya Bel. Bel perempuan..dalam hutan sunyi lagi ni." Jasper meluahkan kerisauannya. Belynda hanya tersenyum.
"Dah lama dah pun Bel selalu kat sini. Bel tahu dah keadaan kat sini. Jangan risau." Belynda menjawab sambil mengambil gambar burung-burung yang berada di atas pokok.
Jasper tetiba teringat pesanan maminya pagi tadi. Dia merenung wajah ayu yang berdiri di hadapannya.
"Bel, Jas kena balik dulu sebab Jas dah berjanji dengan mami Jas nak balik awal. Belynda menoleh dengan pandangan yang sedih.
"Jas tak nak temankan Bel dulu ke?" Jasper memberanikan diri mendekatinya dan menyentuh pipinya.
"Hari ini Jas tak dapat temankan Bel. Esok Jas datang jumpa Bel ok." Jasper merenung ke anak mata Belynda. Belynda mengangguk. Mereka sama-sama bergerak ke arah bertentangan. Jasper menoleh.. Kosong.. Laju juga Bel berjalan..getusnya di dalam hati. Dia melangkah menuju keretanya. Dia menyeluk poket seluarnya mencari kunci.."Bila Bel letak selendang ni di dalam poket aku ni?" Jasper hairan tapi dibiarkan sebab dia suka juga menghidunya seolah-olah Bel bersamanya juga.
"Anak.." Bahu Jasper disentuh dari belakang sebelum dia ingin masuk ke keretanya. Dia menoleh. Seorang pakcik yang menggunakan tongkat berada di sebelahnya.
"Ye pakcik. Boleh saya tolong?" Jasper menawarkan pertolongan. Pakcik itu merenung Jasper dan mengambil sesuatu dari beg galasnya.
"Anak dari mana? Anak ni Jasper James kan?" Kami sama-sama terdiam. "Nah, ambillah kertas dan gelang ni. Gelang ni anak pakai kalau anak betul-betul ingin melihat kebenaran" Jasper mengambil kertas dan gelang tu dari pakcik tersebut. Dia membuka kertas dan terkejut melihat gambarnya terpampang di situ. *JASPER JAMES. HILANG * Matanya terkejut lagi membaca tempohnya hilang selama 2 hari. Dia menutup mukanya menggunakan tangan.
"Pakcik?" Dia mencari kelibat pakcik tadi. Hilang..
••?? Kediaman Jasper .. ??••
"Sayang..mana lagi kita nak cari Jasper. Dialah satu-satunya anak kita sayanb. Salah mami ke buat Jas nekad hilangkan diri? Mami takkan paksa Jas kalau dia tak setuju keputusan mami" Puan Sri Alisya menangis merindui anak kesayangannya.
"Sabarla mami. Kita akan jumpa Jas. Banyakkan berdoa dan sabar. Pihak polis pun akan tolong kita cari dia juga" Tan Sri James cuba menenangkan hati isterinya walaupun dia juga terseksa di dalam hati. Di mana kau Jas??
"Sabar aunti..uncle. Jas akan balik juga nanti. Kita sama-sama berdoa supaya Tuhan tunjukkan jalan kepada dia." Pujuk Feliscia sebagai memberi semangat kepada bakal mertuanya. Dia memeluk Puan Sri Alisya menenangkannya namun dia terpaksa menahan kesedihan di dalam hatinya juga. " Jas, baliklah. Kalau kau tak sukakan aku..kau bagitahulah sejujurnya. Jangan buat kerja bodoh" Rungut Feliscia di dalam hati.
Jasper menghidupkan enjin keretanya dan segera balik ke rumahnya. Perkalangan rumahnya dipenuhi kereta dan dua buah kereta peronda polis. Dia menolak pintu utama rumahnya dan terkejut semua mata memandang ke arahnya. Matanya mencari ibubapanya.
"Jas sayang..Jas kah tu?" Puan Sri Alisya meluru ke arah anaknya dan memeluknya. Begitu juga Tan Sri James datang mendapatkan anaknya.
"Jas, kalau Jas marahkan mami kerana pertunangan ni Jas tak payah teruskan. Mami dan daddy sanggup tanggung malu dari kehilangan Jas" sayu suara maminya. Puan Sri Alisya seolah-olah lupa kehadiran Feliscia di situ juga. Feliscia hanya mampu berdiam diri sebab tahu situasi begitu membuat semuanya bingung.
"Jas tak da pa-pa mami..daddy. Jas sihat. Jas tak marahkan mami pun. Cuma Jas tak faham situasi sekarang." Jasper mengeluh dan matanya terpaku melihat seseorang yang duduk di sofa memerhatikan gelagat mereka. "Pakcik?" Jasper bersuara.
Semua yang ada menoleh ke arah Pakcik yang dikatakan oleh Jasper. Pakcik itu bangun dan berjalan ke arah Jasper.
"Jasper, saya Inspektor Syed. Mungkin yang awak jumpa tu abang kembar saya, Tok Zain. Dia pengamal perubatan dan jarang sekali berjumpa dengan orang. Kalau awak boleh berjumpa dengan dia bermaksud dia ingin menolong awak itu pun kalau awak sudi menerimanya."Inspektor Syed menerangkan semuanya sambil tersenyum.
Jasper mengangguk dan teringat tentang gelang pemberian pakcik tu atau Tok Zain. Dia menyeluk poket seluarnya tetapi tiada. "Mesti tertinggal di kereta ni." Rungut Jasper di dalam hatinya.
"Memandangkan semuanya dah kembali seperti biasa kami minta diri dulu tapi saya minta Jasper datang ke balai esok pagi untuk memberi maklumat tentang apa yang terjadi." Jasper mengangguk faham arahan Inspektor Syed dan melihat semua anggota polis yang berada di dalam rumahnya mengemaskan peralatan mereka dan bergerak keluar. Jasper juga keluar menuju ke keretanya untuk mengambil semua barang pemberian Tok Zain dan selendang buah hatinya. Dia masuk dan menaiki anak tangga rumahnya.
"Jas!! Tunggu.. Selamat kembali. " Jasper menoleh ke belakang dan memandang wajah bakal tunangnya Feliscia. Dia tersenyum.
"Feliscia, Jas ok. Jangan risau." Jasper menjawabnya. Feliscia menunduk dan merenung selendang yang berada di tangan Jasper.
"Jas, dari mana Jas dapat selendang tu?" Feliscia bertanya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Belum sempat Jasper menjawab, maminya datang.
" Jas, pergilah mandi dulu. Nanti kamu berdua sambung berborak tu. Lis, malam ni Lis tidur sini jela." Pelawa Puan Sri Alisya. Feliscia senyum dan membelai tangan Puan Sri Alisya.
"Malam ni Lis kena balik rumah. Tadi mama papa pesan suruh balik memandangkan Jas dah balik ke rumah. Lagipun tak manis kan dilihat orang" Feliscia menolak pelawaan Puan Sri Alisya.
"Baiklah kalau macam tu tapi biarlah lepas makan malam." Feliscia tersenyum dan mengangguk sambil memandang Jasper yang berdiri dari tadi. Puan Sri Alisya berlalu menuju ke dapur. Feliscia merenung wajah Jasper.
"Jas, Lis da benda nak cakap tapi nantila lepas makan malam nanti ok" Jasper mengangguk dan menaiki tangga menuju ke biliknya.
"Jas..kenapa selendang tu ada pada Jas? Apa yang Jas dah buat ni?" Feliscia berkata di dalam hatinya.
"Kalau aku pilih Lis, keluarga aku gembira. Kalau aku pilih Bel, hati aku gembira." Jasper merenung selendang ungu yang membuat hatinya berbunga. Jasper melihat ke luar tingkap dan melihat hujan rintik-rintik. "Apa yang terjadi sebenarnya ni? Macam mimpi je aku rasa ni." Jasper berkata di dalam hati. Telefon bimbitnya berbunyi. 1 message received.. Feliscia.
** Jas, Lis kena balik sekarang sebab ada kecemasan. Lis tak sempat jumpa Jas tadi. Lis minta maaf. **
**Ok Lis. Take care.** Jasper membalasnya. Jasper baring di atas katilnya dan di sebelahnya selendang ungu buah hatinya. Dia menutup matanya.
"Jas..tolong Lis. Jangan pilih dia, Jas.. Dia bukan seperti apa yang Jas sangkakan." Feliscia meminta tolong sambil menghulurkan tangannya. Jasper cuba menghulurkan tangannya namun tangan kirinya digenggam erat. Dia menoleh dan melihat Belynda tersenyum dan mengajaknya pergi. Jasper keliru. Dia ingin membantu Feliscia namun Belynda menariknya pergi dari situ. Tetiba dia tersadung akar-akar pokok yang besar dan terhantuk. Aduh!!
Jasper terbangun dan menyentuh mukanya. Berpeluh.. Apa maksud mimpi ku ni? Jasper bertanya di dalam hatinya.
Dia meneguk air di dalam botolnya di atas meja tidurnya. Dia baring dan terlelap semula.
Jasper bersiap untuk keluar menemui buah hatinya seperti yang dia janjikan semalam. Dia cuma meninggalkan nota kecil sebab pagi ini ibubapanya keluar ke balai menguruskan hal yang sepatutnya diuruskan oleh dia.
** Mami.. Daddy.. Jas keluar jumpa kawan. Jangan risaukan Jas ok.**
Dia menghidupkan keretanya dan memandu menuju ke air terjunnya. Dia keluar dan berjalan ke arah air terjun tempat pertemuan mereka berdua. Dia tersenyum apabila melihat Belynda menunggunya. Sungguh cantik mengenakan gaun putih paras lutut.
"Jas..ingatkan Jas tak datang tadi." Jasper terkedu apabila Belynda tetiba datang dan memeluknya erat.
"Bel..kenapa ni? Jas kan dah janji jadi Jas akan tunaikan." Belynda tersenyum mendengar pengakuan Jasper. Jasper memegang tangannya dan Belynda tersenyum.
"Kita nak ke mana Bel?" Belynda hanya senyum dan menarik tangan Jasper. Sepanjang perjalanan Jasper terpegun melihat keindahan alam. Mereka berhenti di depan sebuah rumah yang tersergam indah dan cantik. Halamannya dipenuhi bunga-bungaan. Belynda menoleh ke arah Jasper dan mengajaknya masuk. Jasper tidak berganjak.
"Jangan risau. Ini rumah Bel. Ada juga Sophie, pembantu rumah Bel. Parents Bel belum sampai lagi." Jasper memberanikan diri melangkah masuk. Dia lega melihat kelibat Sophie.
"Makan Cik Belynda dan Encik Jasper" Sophie menyerahkan pinggan makanan dan berlalu pergi. Amboi!! Mee goreng mamak..lama tak makan ni. Jasper pun makan dengan berseleranya.
••?? Di Ibu Kota .. ??••
"Kenapa tak mati je lelaki tak guna tu?" Irina melempar surat khabar yang menyatakan anak usahawan Jasper James yang dikatakan hilang ditemui selamat.
"Tak cukup ke upah yang aku bagi untuk lenyapkan dia ni?" Irina melaung seperti orang gila. "Kalau macam ni lebih baik aku bertindak sendiri. Bodoh punya bomoh"
" Apa lagi yang kau nak buat, Irina? Dia dah masuk umpan kan perlahan-lahan." Sabrina meredakan kemarahan adiknya. Irina menjeling dan keluar dari rumah. Sabrina hanya menggelengkan kepala. Dia tahu sepatutnya dia menghalang adiknya tapi dia tak berdaya kerana adiknya terlalu banyak membantunya. Mahu atau tak, dia terpaksa menyokong adiknya.
••?? Kediaman Jasper .. ??•·
"Ke mana lagilah Jas ni nak pergi. Langsung tak ambil peduli ke hati bakal tunang dia sendiri. Majlis tinggal 3 hari lagi, nasib guna khidmat perunding perkahwinan..kalau tak..hmmm. Cakap tak ada halangan pun." Puan Sri Alisya merungut.
"Mami uruskanlah apa yang patut. Jas kan dah bagi tahu dia ada hal penting. Lagipun bukan pernah budak tu bercuti lama macam ni." Tan Sri James cuba menenangkan amarah isterinya. Isterinya hanya memandang dan menjeling, dia hanya menggelengkan kepala.
"Jas..Jas." Tan sri mengeluh.
••? Kediaman Belynda .. ??••
"Bel, napa hiasan rumah Bel semuanya berwarna putih?" Jasper menyuarakan juga soalan di dalam hatinya sejak tadi.
"Sebab Bel suka warna putih. Suci.." "Jas tak suka ke?"Belynda merenung Jasper.
"Bukan tak suka tapi lain je rasanya Bel. Rasa kabur pandangan." Jasper memujuk hati buah hatinya. Dia memegang jari Belynda. "Bel..Bel sayangkan Jas?" Bel mengangkat mukanya dan mengangguk. "Jum ikut Jas balik rumah jumpa keluarga Jas." Belynda mendiamkan diri dan menggigit bibirnya.
"Jas akan selalu di sisi Bel. Bel janganlah takut" Jasper cuba menenangkan buah hatinya yang kelihatan risau dan takut. Dia melepaskan genggaman tangannya dan masuk ke dalam biliknya. Dia keluar selepas mengenakan gaun panjang berwarna putih. Tetap cantik..getus hati Jasper. Dia tersenyum.
Mereka melangkah keluar dan menyusuri jalan di dalam hutan tadi. Jasper menyeluk poketnya mencari kunci. Belynda duduk di sebelahnya sambil memautkan tangannya di lengan Jasper. Jasper memandu menuju ke rumahnya. Dia melihat sebuah kereta di depan rumahnya. Pemandunya keluar dan berdiri di luar keretanya tanpa berganjak. Jasper berasa bersalah. Dia menoleh ke arah Belynda yang tetap tenang di sebelahnya. Dia tersenyum dan Jasper melangkah menuju ke arah Feliscia.
"Sorry Lis. Jas boleh terangkan segala-galanya." Jasper melihat Feliscia yang kelihatan tenang.
"Jas, Lis nak bagitahu Jas sesuatu. Tunggu sekejap." Feliscia melangkah menuju ke arah kereta Jasper dan mematikan enjin keretanya dan mencabut kunci kereta. Dia menyerahkannya kepada Jasper. Jasper terdiam...
"Lis, Lis tak nampak apa-apa ke tadi?" Jasper memberanikan diri bertanya sambil melihat wajah Feliscia yang tetap cantik walaupun tanpa senyuman.
Terdiam.. salahkah aku? Jasper berbisik di dalam hatinya.
"Jas, Lis nak bawa Jas ke rumah Lis ye. Di sana Jas akan tahu apa yang patut Jas tahu dari dulu." Jasper merenung kembali wajah Feliscia. Mereka mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Jasper melihat ke luar tingkap kereta apabila melalui kawasan air terjun di lereng bukit. Feliscia menoleh dan seolah-olah faham apa yang berlaku.
"Jas selalu ke sana? "Jasper menoleh dan mengangguk lambat menjawab pertanyaan Feliscia, Feliscia hanya tersenyum.
••?? Perkarangan Kediaman Feliscia .. ??••
Jasper merenung setiap sisi jalan yang mereka lalui. Hatinya berdegup kencang. Kereta Feliscia berhenti betul-betul di sebelah rumah yang sangat dia kenal. Itu rumah Bel? Jeritnya di dalam hati..namun kenapa rumah tu kelihatan usang? Hatinya bertanya lagi.
"Jas? Jum kita masuk. " Feliscia berdiri di sebelahnya. Jasper menoleh ke arah Feliscia dan mengikut Feliscia dari belakang. 1001 soalan di dalam otaknya.
"Hai Jasper..masuklah jangan malu." Jasper hanya tersenyum dan bersalaman dengan bapa Feliscia, Dato Edmund dan mencari kelibat Datin Sally.
"Aunti di dapur Jas sediakan sarapan."Dato Edmund menjawab seolah-olah memahami kelakuan Jasper yang seolah-olah mencari seseorang. Tak lama kemudian Datin Sally pun menemui mereka.
"Jum, kita sama-sama sarapan." Semua mereka mengangguk dan bangun.
Kreng! Telefon bimbit Jasper terjatuh. Semua mereka berpandangan.
"Hmm..uncle aunti jalanlah dulu. Nanti Jas menyusul." Dato Edmund mengangguk dan memegang belakang isterinya bersama-sama melangkah ke dapur.
Tok!Tok!Tok! Ketukan pintu membuatkan Jasper menoleh ke kiri dan ke kanan. Naka buka ke?.. Jasper menggaru kepalanya. Jasper ingin membuka pintu tapi teringat untuk mengambil telefon bimbitnya.
Feliscia turun dari tangga selepas menukar pakaiannya. Dia melihat Jasper menunduk mengambil telefon bimbitnya yang jatuh tadi.
"Jas, are u okay?" Feliscia bertanya selepas melihak kelakuan Jasper yang kelam-kabut. Jasper mendongak kepalanya dan mengangguk.
"Jas ingat nak pergi buka pintu tadi sebab ada orang mengetuk. "Feliscia melihat kesungguhan Jasper menerangkan hal yang sebenar. Feliscia mendiamkan diri dan menarik tangan Jasper ke dapur.
"Suriati, tolong tengokkan pintu depan manatau ada orang yang datang." Feliscia berkata kepada Suriati,pembantu rumahnya. Suriati mengangguk dan terus bergerak ke ruang depan.
"Jas..makanlah ye" Datin Sally menyerahkan pinggan yang berisi mee goreng mamak dan itu merupakan makanan kegemaran Jasper sejak kecil lagi.
Selesai bersarapan, Feliscia membawa Jasper ke bilik bacaannya. Jasper terpegun dengan susunan kemas perabot di dalamnya. Menenangkan jiwa.. Jasper menyelak kain langsir dan kini dia betul-betul berdepan dengan rumah yang seperti rumah Belynda.
Feliscia melihatnya merenung rumah usang tersebut. Dia seperti dapat meneka apa yang terjadi tapi biarlah Jasper sendiri menceritakannya. Dia hanya ingin Jasper jujur.
"Jas, boleh Lis tanya sesuatu?" Feliscia merenung Jasper. Mereka terdiam.
"Jas sedarkan tiga hari lagi majlis pertunangan kita. Jas, boleh tak Jas ceritakan apa yang terjadi sebenarnya? Lis tak nak kita saling membenci suatu hari nanti." Feliscia bersuara lagi namun Jasper tetap mendiamkan diri. Jasper merenung wajah Feliscia dengan perasaan yang bersalah sangat.
"Lis..sebenarnya......." Jasper menceritakan segala-galanya tanpa ada satu pun yang dirahsiakannya. "Tadi tu Jas ingat nak bawa Bel jumpa parents Jas tapi bila Lis muncul.. Jas.."
"Shhhh.." Feliscia menutup bibir Jasper. Feliscia bangun dari kerusi dan seolah-olah mencari sesuatu dari rak bukunya. Dia menarik sebuah album berwarnan ungu. Dia meletakkannya di atas meja dan membukanya.
"Jas, diakah yang Jas cinta? " Feliscia menunjuk gambar seorang gadis. Jasper berjalan ke arahnya dan melihat gambar tersebut.
"Dialah Bel, Lis" Akhirnya Lis mengeluh dan menutup matanya mencari jawapan. Jasper membelek setiap helaian muka di album dan melihat wajah buah hatinya. Matanya berhenti apabila melihat Belynda bergambar bersama Feliscia. Jasper menunjukkan gambar tersebut, Feliscia menoleh dan merenung ke luar tingkap.
••?5 tahun yang lalu .. ??••
"Lis.. tolonglah selamatkan kakakmu. " Datin Sally menangis memeluk Feliscia yang akan masuk menjalankan pembedahan ke atas kakaknya sendiri, Belynda.
"Sabar mom, banyak-banyakkan berdoa. Lis akan bantu kakak ok." Feliscia memujuk ibunya dan segera masuk ke bilik pembedahan. Hatinya sakit dan ingin menangis melihat kesakitan yang dialami kakaknya. Namun dia kuatkan hati dan mindanya untuk cuba menyelamatkannya.
7 jam kemudian..
"Bersihkan semuanya dan tolong pantau keadaan pesakit setiap masa. " Semua jururawat mengangguk faham dengan arahan yang diberikan. Feliscia memandang wajah pucat kakaknya, dia melangkah keluar dan membersihkan dirinya. Dia membersihkan wajahnya. Tuala kecil diambil untuk mengelap wajahnya. Dia melihat cermin dan terkejut melihat kakaknya di sebelah serba putih.
"Lis, selamatkan akak. Sakit sangat Lis" Darah mengalir keluar dari mata dan sebahagian badan kakaknya. Kakaknya meraung..
"Doktor Feliscia!" Bahunya ditepuk lembut. Feliscia menoleh. Jururawat tadi merenung dan ingin bertanya sesuatu tetapi dia tidak membuka mulutnya.
"Saya minta maaf doktor, tadi saya terdengar ada orang menjerit sambil menangis. Bila saya tolak pintu tu tadi, saya lihat doktor sebab tu saya tegur." Jururawat tu cuba menerangkan perkara yang terjadi tadi.
"Takpe, terima kasih" Feliscia tersenyum dan melangkah keluar mendapatkan keluarganya di luar. Semua kelihatan tegang ketika dia membuka pintu kecemasan.
Feliscia melangkah mendekati mami dan daddynya. " Semua selamat. Nanti kakak akan dialihkan ke wad." Semua yang berada di situ menangis gembira sambil mengucapkan syukur.
"Lis masuk pejabat dulu ok mami.. dad. Nanti habis semua urusan, Lis akan jenguk kakak di wad." Feliscia melangkah menuju ke bilik pejabatnya.
Tak lama kemudian..
"Doktor Feliscia!! Kecemasan di bilik kecemasan. Pesakit bergegar kuat." Seorang jururawat menjerit dari pintu kecemasan. "Kakak!" Semua mereka terkejut dan Feliscia berlari masuk mendapatkan kakaknya.
"Kak! Kuatkan hatimu kak. Jangan tinggalkan adik.. Kak!"
( ----------- teeeeeeeettt )" Semua yang berada di situ kaku. Seorang jururawat datang menenangkan Feliscia. Feliscia menoleh.. Jururawat di bilik persalinan tadi.
"Sabar doktor. Tuhan lebih menyayanginya. Redhakan pemergiannya" Feliscia terduduk sambil menahan tangisannya. Dia risau penerimaan keluarganya terutama maminya.
#Part 6
"Lis..kenapa Lis menangis?" Jasper melihat air mata Feliscia mengalir. Feliscia hanya menggelengkan kepalanya.
"Jas, sebenarnya.. Bel tu bukan seperti yang Jas sangkakan. Bel dah tiada di dunia ni 5 tahun yang lalu lagi Jas. Semua yang berlaku sekarang hanyalah khayalan Jas." Feliscia bersuara lagi dengan nada yang tersekat-sekat menahan tangisannya.
"Bohong!! Kalau betul, kenapa dia muncul di depan Jas sedangkan kami tak pernah berjumpa sebelum ini? Mengajak Jas ke sana ke mari.. Temankan Jas. Lis bohongkan?" Suara Jasper meninggi menahan marah dan geram di hatinya. Feliscia memegang erat tangan Jasper, dan merenungnya.
"Jas.. Lis tak bohong pun. Lis tak nak Jas terperangkap dalam khayalan Jas." Feliscia cuba menyakinkan Jasper. Jasper menarik tangannya dan melangkah keluar. Jasper menoleh ke arah Feliscia.
"Jas nak balik". Feliscia memandangnya dan melangkah mengikut jejak Jasper.
Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri.
••?? Majlis Pertunangan Jasper dan Feliscia.. ??••
Suasana meriah di luar bilik langsung tidak diendahkan oleh Feliscia kerana di dalam otaknya hanya keadaan Jasper. Gelak ketawa saudara mara kedengaran hanya dibiarkan. Feliscia mencari telefon bimbitnya dan jarinya laju mencari nama Jasper.. Perlukah aku menghubunginya? Atau lebih elok menghantar mesej? Feliscia berkata di dalam hatinya.
**Jas.. Jas sihat? Lis minta maaf kalau ganggu Jas cuma Lis nak kepastian dari Jas. Jas yakin dengan semua ini?** Butang SEND ditekan. Dia tetap menunggu balasan dari Jasper.
"Jas sayang.. kenapa belum bersiap lagi ni?" "Tak lama lagi majlis nak bermula dah kan?" Teguran ibunya di pintu mengejutkan lamunan Feliscia. Feliscia menunduk dan membetulkan rambutnya.
"Tak pe mom, nanti Jas bersiap. Nak betulkan solekan je ni." Feliscia terpaksa berbohong supaya ibunya tidak berfikir macam-macam. Datin Sally mendekati Feliscia dan mencium pipi anaknya.
"Lis, jangan berbohong dengan mommy. Kalau da pa-pa, mommy selalu ada untuk Lis. Jasper tak balas mesej Lis ke dari semalam?" Feliscia memandang wajah ibunya. Datin Sally tersenyum. " Puan Sri yang bagitahu sebab dari semalam Jasper tinggalkan telefon bimbit dia di ruang tamu rumah mereka. Masa tu Puan Sri nampak nama pengirimnya. Pagi tadi Jasper masih biarkan di atas meja." Feliscia mendiamkan diri dan tunduk. Menahan malu sebenarnya.
10 minit kemudian.. telefon bimbit Feliscia berbunyi tanda mesej diterima. Jasper!
** Maaf lambat balas. Kita teruskan sahaja demi keluarga. Jaga diri. **
"Demi keluarga?" Feliscia menggigit bibirnya dan menyimpan telefonnya di dalam laci. "Baiklah Jas, Lis terima Jas seadanya." Feliscia berkata di dalam hatinya.
Selesai majlis tersebut maka sahlah ikatan pertungan antara mereka. Tanpa disedari air mata Feliscia gugur juga di pipinya. Bukan kerana bahagia namun kerana mengingati barisan ayat Jasper. Sungguh menyakitkan hatinya..
Feliscia mengelap pipinya.
"Nah, Gunalah tisu ni.. luka nanti pipi tu." Feliscia terus mengangkat mukanya dan hatinya cair melihat senyuman Jasper.
"Jas!" Jasper mengangkat keningnya dan mengelap pipi Feliscia yang sudah sah menjadi tunangannya menggunakan tisu muka yang dipegangnya tadi.
"Anda berdua boleh rapat ye." Jurugambar upahan berdiri di depan mereka memberi arahan membuat mereka berdua tersedar. Bermacam-macam aksi spontan yang mereka lakukan, begitu juga dengan ahli keluarga dan sahabat handai yang tak melepaskan peluang mengambil gambar bersama mereka berdua. Feliscia rasa sungguh bahagia..
Namun di sebalik kebahagiaan mereka, terdapat dua insan yang terluka.
"Tak guna punya jantan. Tak cukup satu ke?" Dengus Irina dengan marah sambil memegang sebiji botol yang diikat dengan kain kuning dan sekotak hadiah. Tujuannya menghadiri majlis tersebut berkecai apabila melihat gelak ketawa kedua-dua pasangan itu. Irina terus memasuki kereta dan memandu pergi.
"Jas.. Jas dah lupakan Bel ke?" Belynda hanya mampu melihat dari jauh tanpa mengetahui bahawa dirinya diperhatikan oleh seseorang.
Tok Zain mengeluh di dalam hatinya dan nekad untuk menemui Jasper tak kira macamana sekalipun. Dia tak nak terlambat lagi. Dia mencari-cari kelibat Jasper namun tiada.
"Pakcik cari siapa?" Raymond, kawan sekerja Jasper menegur Tok Zain yang asyik-asyik menjenguk dari luar pagar.
"Pakcik nak jumpa Jasper sebab ada hal penting yang pakcik nak bagitahu. Tapi rupanya hari ini majlis pertunangan dia. Anak ni siapa?" Tok Zain memberanikan diri bertanya.
"Saya Raymond, kawan sekerja Jasper."Raymond menjawab." Jumlah masuk pakcik, jumpa Jasper dekat dalam." Dia cuba mengajak pakcik tu masuk.
"Takpe lah Raymond. Pakcik ada hal lain. Boleh tak Raymond bagi kad pakcik ni pada Jasper dan minta dia hubungi pakcik secepat mungkin." Raymond mengambil kad itu dan mengangguk. Dia baru nak membaca nama di kad, dan dia nak bertanya sesuatu..
"Aik..mana pakcik tu tadi? Kenapa bagi kad kosong pula?" Raymond berasa pelik. Dia terus melangkah masuk dan cuba mendapatkan Jasper.
"Jas..aku nak jumpa kau kejap. Kat luar." Raymond berbisik di telinga Jasper kerana keadaan yang agak bising di dalam rumah. Jasper mengangguk dan berbisik sesuatu di telinga Feliscia, Feliscia juga mengangguk dan tersenyum ke arah Raymond. Mereka berdua melangkah keluar.
"Jas, tadi ada seorang pakcik tu datang mencari kau tapi dia tak jumpa. Dia pesan bagi kad ni dan minta kau hubungi dia secepat mungkin." Raymond berkata dan menyerahkan tersebut. Jasper mengambil kad tersebut dan belek depan belakang..Kosong!! Dia merenung ke arah Raymond.
" Kenapa kosong?" Jasper bertanya dan Raymond hanya mengangkat bahu tandanya dia pun tak tahu. Feliscia melihat gelagat mereka berdua dari jauh. Dia meminta izin keluar berjumpa dengan mereka. Dari jauh Feliscia seolah-olah mengenali kad kecil berwarna hitam itu.
#Part 7
"Jas..kenapa ni? Kad nama apa tu?" Feliscia bertanya bila melihat ketegangan di wajah Jasper dan Raymond. Jasper menoleh dan memberikan kad nama tersebut kepada Feliscia. "Kad nama Tok Zain." Feliscia bersuara setelah menyentuh kad nama tersebut. Walaupun suaranya rendah tapi Jasper dapat mendengarnya.
"Tok Zain? Lis kenal pakcik tu?" Feliscia mengangguk.
••?? 3 tahun yang lalu .. ??••
"Doktor Lis, boleh saya jumpa kejap?" Tanya Maria, jururawat yang pernah memujuknya di bilik pembedahan dan menyelematkannya dari gangguan di bilik persalinan 2 tahun lalu.
"Masuklah. Kenapa ni Maria? " Feliscia bertanya apabila melihat wajah Maria seperti gelisah.
"Pakcik saya nak sangat jumpa doktor. Sebenarnya dari hari mendiang kakak doktor meninggal lagi tapi saya tak benarkan kerana takut doktor tertekan." Maria berkata sambil memegang tangannya sendiri.
"Pakcik awak mana? Dia ada datang ke?" Feliscia bertanya dan Maria mengangguk. Feliscia menyuruh Maria memanggil pakciknya masuk ke dalam pejabatnya. Seorang lelaki yang berbadan tegap dan dalam lingkungan 50 tahun ke atas.
"Masuk pakcik. Duduklah" pelawa Feliscia. "Maria, kalau awak nak duduk sekali pun boleh." Maria menggelengkan kepala dan meminta izin keluar dari bilik.
"Ye pakcik, boleh saya tolong ke?" Feliscia bertanya, Pakcik tu menyeluk beg galasnya seolah-olah mencari sesuatu. Dia mengeluarkan sekeping gambar, seutas rantai dan gelang hitam. Dia menyusunnya di atas meja. Feliscia terkejut melihat gambar mendiang kakaknya di atas meja bersama dua orang wanita yang mukanya kabur.
"Begini doktor. Semua orang panggil saya biasanya Tok Zain. Saya seorang pengamal perubatan yang ingin membantu semua orang tak kira apa pun masalahnya. Mesti doktor terkejut melihat gambar ini kan? Gambar ini Tok Zain dapat melalui mimpi. Agak pelik kan tapi itulah kebenarannya. Doktor, Tok Zain minta maaf kerana lambat menyelamatkan kakak doktor dulu." Tok Zain berkata. Dia merenung Feliscia yang diam tanpa kata.
"Sebenarnya seminggu sebelum kakak doktor meninggal, Tok Zain mimpikan dia. Dia yang memberi gambar ini pada Tok Zain. Sampai sekarang dia selalu datang jumpa Tok Zain kerana Tok Zain masih tak dapat tolong dia. Doktor, kakak doktor dianiaya oleh kawan baik dia sendiri. Rohnya ditangkap untuk dijadikan sebagai bahan balas dendam dia. Tapi sampai sekarang Tok Zain tak tahu siapa yang perlu bertanggungjawab." Feliscia menangis mendengar cerita sebenar dari Tok Zain.
"Beratnya dugaanmu kak. Siapa kawan baik mu itu, kak?" Feliscia berkata di dalam hati.
"Jadi sekarang pakcik cuma minta keizinan doktor untuk membantu kakak mu dari jauh. Tok Zain takkan menangkap dia kerana dia tak bersalah tapi.." Tok Zain berhenti.. Feliscia melihat wajah Tok Zain. Dia menunggu Tok Zain bersuara..
"Tok Zain kena mengeratkan jalinan dia dan doktor supaya dia tak dijadikan bahan oleh mereka yang menganiaya dia. Doktor sanggup ke berkongsi kehidupan doktor dengan dia yang berlainan keadaan sekarang?" Tok Zain melihat Feliscia yang dari tadi hanya menangis dalam diam.
"Sanggup Tok Zain." Feliscia berkata tanpa memikirkan apa pun. Dia tak nak kakaknya dianiaya lagi. Tok Zain mengambil sebilah kerisnya dan meminta izin mengambil darah dari jari manis Feliscia. Feliscia bersetuju.
"Jangan pernah anggap dia tiada kerana dia selalu ada di mana doktor berada..dan hatinya juga 50% serupa milik doktor." Tok Zain berkata lagi.
*******
"Lis! Lis! Bangun sayang." Suara mommy membuatkan Feliscia tersedar. Matanya dibuka perlahan. Dia melihat ramai mata memandangnya, Jasper juga turut berada di situ. Dia melihat kilauan cincinnya baru mengingatkan dia bahawa hari tu merupakan majlis pertunangannya.
" Memandangkan dia dah sedar, jadi dia tak da apa-apa. Dia cuma terlalu penat saja." Doktor Airis, kawan sehospital Feliscia memberi penjelasan. Semua mereka tersenyum.
"Apa yang jadi? Bukan ke Lis kat luar tadi dengan Jasper dan Raymond?" Feliscia melihat Jasper dengan pelik.
"Ya Lis tapi tetiba je Lis pengsan. Jadi Jas yang angkat Lis bawa masuk ke dalam rumah tadi. Sorry for that." Jasper tersenyum dan Feliscia mengangguk.
Semua tetamu yang ada kini beransur-ansur melangkah keluar rumah, tinggallah Jasper yang menemani Feliscia.
"Sayang..siapa Tok Zain?" Jasper bertanya, Feliscia membulatkan matanya dan mengerutkan keningnya. Feliscia menarik tangan Jasper dan mengajaknya ke bilik bacaan. Feliscia menarik nafas panjang dan nekad menceritakan segala-galanya kepada Jasper. Jasper agak terkejut tetapi disimpan di dalam hatinya.
"Bel sayang.. betulkah kau sudah tiada sayang?" Bisik Jasper di dalam hatinya.
Final Part
••?? Kediaman Jasper .. ??•
Riuh rendah di luar rumah membuatkan Jasper gemuruh. Esok merupakan hari perkahwinannya bersam Feliscia. Rumahnya dipenuhi sanak saudara, kawan-kawan dan jiran tetangga.
Tok!Tok!Tok! Ketukan di pintu biliknya membuatkan Jasper tersedar dari lamunannya. Dia bingkas bangun dan membuka pintunya. Kosong!! Matanya terpandang sekotak hadiah berdekatan pintu biliknya. Dia mengambilnya dan meletakkannya di atas katilnya. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengambil dan membacanya.
-Unknown- ** Jasper, sudah received present I?**
Jasper kehairanan dan membuka kotak tersebut. Dia membukanya dan terkejut. "Selendang ungu?" Jasper mencari tag nama pada selendang itu tapi tiada. Jasper mencari kad ataupun sebarang petanda tapi tiada. Matanya terpandang sesuatu di kotak itu.
"Semoga berbahagia Jasper. Mencintaimu, Belynda"
"Belynda??" Jasper bertanya lagi. Dia segera melangkah keluar dari biliknya dan mencari kelibat tunangnya tapi tiada. Dia duduk kepenatan dan seseorang menghulurkan segelas air kepadanya. Jasper mengangkat wajahnya dan melihat Feliscia tersenyum. Jasper meneguknya.
"Jas dah dapat hadiah tu tadi? Kakak yang bagi melalui mimpi Lis malam tadi." Feliscia berkata lagi. Jasper bangun dan merenung Feliscia.
"Sayang ok juga?" Jasper bertanya kerana tak nak tunangnya makan hati. Feliscia menggelengkan kepala.
"Eheeem..sudahlah tu. Tak manis bertemu macam tu malam-malam begini. Eaok kan dah nak kahwin, sabarlah."tegur Nek Da, nenek Jasper sebelah maminya. Mereka berdua tersenyum dan melangkah ke arah yang bertentangan. Jasper sempat mencium pipi tunangnya sebelum berlari pergi. Feliscia hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum
••?? Hari Perkahwinan Jasper & Feliscia .. ??••
Mereka berdua telah berjaya disatukan menjadi suami isteri yang sah. Jasper sempat mengusik isterinya ketika jamuan siang tadi di rumah sebelah perempuan.
Jasper berpura-pura sakit perut dan duduk di dalam biliknya. Feliscia yang masih gelisah dan gemuruh kelam-kabut menyediakan semua kemahuan suaminya tanpa menyedari suaminya hanya ingin dia di sampingnya.
1 message received..telefon bimbit Jasper berbunyi. Jasper melihat nama pengirimnya.
-Unknown- ** I akan selalu di sampingmu, Jas. Miss u."
Jasper mengeluh dan hairan siapa gerangannya. Feliscia mengetuk pintu dan melihat Jasper seperti sembunyikan sesuatu.
"Jas, kenapa ni?" Feliscia bertanya dengan risau. Jasper merenung mata isterinya dan memeluknya.
"Tidak! Biarlah semua ini menjadi rahsiaku." Bisik Jasper di dalam hatinya.
Share this novel