Rate

Aku

Family Series 830

“Hoi! Jangan kamu nak lari”
Aisyah terus membuka langkah seribu. Tin ditangan digengam kuat agar tidak terlepas dari genggamannya. Aisyah kerap mencuri air berkabonat di kedai Pak Manan. Kaki Aishah terhenti di atas sebatang kayu buruk dihadapan pantai. Aishah berdegus kepenatan seperti baru sahaja dikejar seekor anjing liar. Tin dibuka dan Aisyah terus meneguk air tersebut. Aisyah begitu lega apabila air yang masih sejuk mengalir terus masuk ke anak tekaknya yang begitu haus. Senja mula menyising dibibir langit. Langit yang memutih mula menguning dan ini menunjukkan hari sudah hampir maghrib. Inilah saat yang dinantikan Aisyah. Setiap petang Aisyah akan ke sini untuk menikmati indahnya mentari pulang ke sarang.

“Tolong, tolong, aduh aduh.”

Aisyah terganggu dengan bunyi pertolongan itu. Kelihatan dihujung pantai seorang budak lelaki terduduk sambil menangis meminta tolong. Aisyah terus berlari ke sana.

“Kau kenapa ni?”
“Tangan sy ni isk isk, ketam gigit.”
“Hihi, kau ni manja betul mcm budak kecik. Muka sudah bermisai kene gigit anak ketam pun menangis.”
“Tak baik tau. Orang tengah sakit ni.”

Aisyah terus menarik ketam tersebut dan membaling ke dalam laut. Aisyah masih tidak berhenti ketawa. Aisyah berhenti ketawa apabila melihat lelaki tersebut tidak mempunyai 2 jari.

“Eh kenapa dengan jari kau? Pergi mana”
‘’Jari aku terputus sewaktu membaiki rantai motorsikal dulu”
“Kau bukan orang kampung ni ke? Macam tak pernah nampak.”
“Aku cuti sekolah, ayah aku hantar sini buat teman nenek aku”
“Alah padahal ayah kau malas nak jaga kau, mula la susahkan org tua jaga kau”
“Jaga sikit mulut kau eh!’’ “Hahahahahaha”

Aisyah ketawa besar smbil beredar..
Malam semakin gelap,mentari juga sudah tidak kelihatan. Aisyah berjalan sendirian disisir pantai sambil menyepak ombak yang menerpa menjamah tanah. Dari jauh Aisyah ternampak anjing peliharaan ayahnya, Sawi bertenggek di batu menunggu kepulangan Aisyah. Sawi merupakan haiwan pelihraan keluarga mereka sebagi penjaga kebun di tepi rumahnya. Sawi merupakan anjing yang sangat setia.

Sampainya dirumah, Aisyah mencapai sarung tangan plastik dan lansung dipakainya.

“Sawiiiii, hiiii tunggu kakak ye, ololo eee manja ni”
Sambil menggosok manja sawi. Aisyah mencampak sarung tangan tersebut dan terus masuk ke rumah.
“Ayahhhhh, ayahhhh, ecah lapar’’
“Ko ni anak bertuah, maghrib baru nk pulang. Anak dara jenis apa kau ni? Dari kecik sampai ke besar menyusahkan aku je.” Jerit mak Aisyah,
“Awak ni, anak awak tu baru balik dari sekolah penat penat. Kesian sikit kat dia tu.” Balas ayah Aisyah.
“Yah tadi cah tgk matahari terbenam, cantik. Jom esok.” Bisik Aisyah kepada ayahnya.

Ayah Aisyah tersenyum sambil menepuk bahu Aisyah dan menyuruhnya mandi dan solat. Aisyah sejak dari kecil dibenci ibunya. Aisyah seperti anak tiri dalam kerluarganya. Aisyah merupakan anak sulong dari 2 beradik. Aisyah mempunyai seorang adik perempuan yang juga tidak begitu suka padanya. Adik perempuan Aisyah bernama Puteri.
Pungguk semakin rancak memanggil bulan, angin malam perlahan menyelinap masuk ke jendela bilik Aisyah. Malam yang agak dingin dan Aisyah masih sibuk menyiapkan tugasan sekolah.

Kringggg kringggg”
Loceng kuat kedengaran. Semua berlari ke kelas. Aisyah seperti biasa akan duduk di hujung belah belakang. Aisyah duduk sebelah kawan baiknya, Suhaila. Mereka berdua pelajar yang berpotensi untuk ke Universiti kerana kedua dua mereka sering mendapat tempat yang baik dalam kelas. Tapi malangnya mereka berdua tidak berhasrat sedikitpun untuk ke universiti. Mereka sudah merancang untuk ke Kuala Lumpur usai mereka berdua habis SPM.

“Weh perempuan giler, kau mencuri kedai ayah aku kan semalam?”
Jerit anak Pak Manan sambil menunding jari ke arah Aisyah. Aisyah hanya terdiam dan tersenyum sendirian.
“Sekali lagi kau buat siap kau!”
“Hahahaahahaha”
Sakan Aisyah dan Suhaila gelak.
“Ka ni Cah ada ada je eh, dah la mencuri kedai Pak Manan. Kedai orang tua tu dah la sendu, curi la kedai orang lain.
“Kedai tu paling senang weh, kalau aku curi kedai Abang Mail mau kene sembelih aku.”
Balas Aisyah dan mereka berdua gelak terbahak-bahak.
“Jom Ila hujung minggu ni ikut aku ke kampung sebelah. Dengar cerita banyak kenduri. Jom lama tak merasa gulai kawah.”
“Kau jangan nak ajak aku buat kerja giler lagi eh Aisyah.”
Balas Suhaila dan mereka berdua gelak semakin rancak.

Waktu persekolahan mula habis, seperti biasa Aisyah akan ke pentai dan sebelum ke pantai Aisyah sempat membeli segelas air cendol. Jarak ke pantai dari sekolah tidaklah begitu jauh. Aisyah berjalan sambil menyedup air cendol yang dibeli dari warung Mak Esah. Aisyah melabuhkan punggungnya di sebatang kayu lama. Aisyah tidak pernah jemu melihat indahnya mentari terbenam. Bagi Aisyah senja umpama hidup yang mana pada akhirnya pasti ada indahnya.

Seperti biasa Aisyah akan pulang pada waktu maghrib dan dimarahi ibunya. Ibu Aisyah tidak menyukainya sejak lahir lagi. Semua yang Aisyah buat pasti ada yang menyakitkan mata ibunya. Aisyah juga sering dibanding-bandingkan dengan adiknya puteri yang sentiasa mendapat nama di sekolah. Aisyah juga mampu Cuma Aisyah lebih selesa tidak dikenali ramai.

Pada hari sabtu Aisyah dan Suhaila menaiki bas ke kampung sebelah. Biasanya bila mereka ke kampung sebelah mereka akan ke satu kedai kopi yang terletak di tepi bendang. Permadangan sawah padi yang terbentang luas seperti sebuah lukisan begitu memukau. Suasana yang menghijau dan burung-burung yang bebas beterbangan betul-betul memberikan seribu ketenangan.
“Depan sana ada kenduri tau, jom ikut aku. Nanti kalau dia tanya kawan siapa siapa macam biasalah kau angguk je tau Ila”
Pesan Aisyah. Mereka pun menuju ke sebuah rumah yang agak besar dan serba kayu. Begitu cantik dan minimalis rumah tersebut. Dekorasi laman yang tidak terlalu sarat dengan bunga dan rumput yang penuh menhijau.

“Jemput-jemput masuk.”
Pelawa seorang makcik awal 50-an yang memakai serba kuning. Kelihatan gelang emas begitu banyak di lengan makcik tersebut.
“Mesti kaya orang tuan i. Mesti makanan sedap sedap ni.”
Aisyah bermonolog sendirian.
“Dari mana nak? Kawan kepada Shafira ye? Jemput makan jangan segan segan. Ira takde dia ke pekan beli barang sikit. Kamu makan lah ye”
Mereka berdua tanpa rasa segan terus serbu ke arah makanan. Makanan yang terhidang begitu banyak. Ada nasi, daging, ikan patin tempoyak, ayam masak merah,bgulai nangka, buah tembikai dan pelbagai jenis kuih dan pencuci mulut.
“Nasib baik anak dia takde tau, kalau tak mampus kita kantoi. Dah makan cepat lepas tu kita blah.”
Suhaila melepaskan nafas lega dan cepat-cepat menikmati hidangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience