Bab 4

Romance Completed 46250

“MAK NGAH! Nenek!” jerit Rania.

Niatnya mahu memanggil Anisa bersarapan. Namun dia terkejut melihat Anisa tiada di bilik. Dia meninggalkan surat di atas almari soleknya. Pasti ada yang berlaku dan apa yang berlaku ini pastinya petanda tidak bagus.

Ya, surat ini membawa berita buruk…

Mak Limah dan Nek Som terkocoh-kocoh melangkah ke bilik Anisa sebaik mendengar jeritan Rania.

“Ada apa ni Nia?” soal Mak Limah.

“Nisa mak ngah. Nisa dah lari.” Rania menghulurkan surat yang ditinggalkan oleh Anis.

Mak Limah pantas membaca surat itu.

[Assalamualaikum mak, nenek dan Rania.
Pertama sekali Nisa nak minta maaf sebab dah lari di hari pernikahan Nisa. Nisa sayangkan kerjaya Nisa. Tapi itu tak bermaksud Nisa tak sayangkan Zharif. Tolong sampaikan maaf Nisa pada Zharif dan keluarga. Nisa minta maaf sekali lagi. Nisa akan balik nanti.

- Anisa-]

Terduduk lemah Mak Limah seusai membaca surat itu. Bagaimana dia ingin menjelaskan pada keluarga Zharif. Mana dia ingin meletakkan mukanya pada saudara-mara dan tetamu. Yang pasti, mesti dia akan dihamun oleh pihak pengantin lelaki.

Mengalir deras air matanya. Teganya Anisa menconteng arang di wajahnya. Pasti dia akan malu. Malu dengan apa yang Anisa buat, lari pada hari pernikahan dan pernikahan ini bukanlah pernikahan paksa tapi lahir sendiri dari hati Anisa.

“Mak ngah, sabar ya. Mak ngah kena kuat. Rania cuba call Nisa dulu. Kita pujuk dia.” Rania mengusap bahu Mak Limah.

Rania berdecit bila panggilan yang dibuat masuk ke dalam voicemail. Mesej yang dihantar juga bertanda 1 tick saja. “Dia off phone lah mak ngah, nenek. Rania tak ada nombor kawan-kawan dia pulak. Dia ada bagitahu mak ngah ke yang dia ada masalah?”

Mak Limah menggeleng. “Dia ada cakap macam nak tangguhkan. Tapi mak ngah suruh dia berbincang dengan Zharif. Lagipun masa dia cakap tu pun tak sampai sebulan dah majlis. Semua dah siap Nia. Patutlah masa dia sampai rumah itu hari, dia macam tak happy. Resah gelisah.”

“Dia ada bagitahu kamu ke hubungan dia dengan Zharif teruk atau bergaduh?” tanya Nek Som pula.

Keluhan demi keluhan dilepaskan. “Tak ada mak. Bila tanya Nisa cakap semua okey. Zharif pun ada je call kata semua okey, rajin tanya khabar. Entahlah mak. Luruh hati Limah ni.”

Nek Som sudah mengeluh panjang. Anisa benar-benar sudah melampaui batas.

Segala persiapan sudah tersedia. Bagaimana mahu membatalkannya. Rania juga tidak sangka Anisa sanggup berbuat demikian di hari bahagianya. Jatuh kasihan dia melihat Mak Limah dan Nek Som.

Mereka sudah menghabiskan duit untuk majlis perkahwinan Anisa. Tetapi ini yang Anisa balas kepada mereka. Dia sendiri melihat betapa bersusah payahnya mak ngah dan Nek Som menjayakan majlis perkahwinan ini.

TERKEJUT Datin Aisyah dan Datuk Ahmad saat Mak Limah mengatakan bahawa Anisa sudah lari.

Panas hati mereka. Lagi 2 jam majlis akan bermula. Tetapi pengantin perempuan sudah melarikan diri.

“Saya tak kira, saya tetap nak pernikahan ni dijalankan.” Tegas Datin Aisyah. Dia menghalakan kipas elektronik yang mudah dibawa itu ke wajahnya. Selepas mendapat perkhabaran daripada Mak Limah yang mengatakan anaknya Anisa telah larikan diri, hatinya menjadi lagi sakit.

Zharif pula hanya termenung dan tidak berkata apa-apa.

“Aisyah, cuba bawa bertenang. Mereka pun tak nak semua ni terjadi.” Datuk Ahmad menenangkan isterinya sambil menjeling Zharif yang hanya menunduk duduk di sofa rumah Mak Limah.

“Abang, saya tak nak malu tau. Kad jemputan dah edar. Mana saya nak letak muka saya? Dari awal lagi memang saya tak berkenan dengan pilihan Zharif ni.” Datin Aisyah memang sudah hilang sabar. Dia tidak marahkan Mak Limah tapi dia sememangnya tidak suka Anisa. Otaknya ligat berfikir. Biar dia yang kawal keadaan.

“Erm… Kak Limah, saya minta maaf. Tapi kalau boleh saya pun nak pernikahan ni berjalan jugak,” kata Datin Aisyah pada Mak Limah.

“Saya minta maaf banyak-banyak Datin. Saya tak tahu mana nak cari Anisa.” Mak Limah terkebil-kebil, malu dirasakan. Sampai hati Anisa buat dia sebegini.

“Maksud saya bukan Anisa,” balas Datin Aisyah.

“Habis tu?” soal Mak Limah.

“Saya tak kiralah sesiapa pun. Asalkan ada yang ganti tempat Nisa dan pernikahan ni tetap berjalan.” Datin Aisyah sudah nekad. Dia takkan datang kosong di sini. Dalam masa yang sama dia mahu menghukum Zharif yang degil tidak mahu mendengar kata-katanya.

Mak Limah sudah tidak tentu arah. Siapa yang dapat jadi penganti Nisa di saat-saat akhir begini. Ditambahnya lagi satu masalah untuk mencari pengganti dalam masa yang terdekat.

“Kak Limah, Nisa ada sepupu kan?” soal Datuk Ahmad.

Mak Limah mengangguk perlahan. “Rania?”

SUDAH berapa kali dia cuba menghubungi Anisa, namun tidak berjaya. Semuanya masuk ke voicemail. Kawan baik Anisa juga telah dihubungi, namun tidak berangkat. Mungkin bersekongkol dengan Anisa.

Perlahan Zharif menaip mesej meluahkan kekecewaanya kepada Anisa. Mungkin bila tiba waktu Anisa akan membaca mesej ini.

[Saya begitu kecewa dengan apa yang jadi. Ini satu pengkhianatan bagi saya. Ditinggalkan pada hari pernikahan kita. Saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih kerana melukakan hati saya, walaupun saya tahu dah berapa kali awak meminta tangguh. Saya masih percaya tentang perasaan awak yang takkan khianati saya. Semoga berjaya dalam apa yang awak kejarkan itu.]

Sent!

Sakit hati Zharif ketika ini, namun dia sedar ini adalah pilihannya. Dia terima apa saja hukuman yang diberikan oleh emaknya kepada dia.

Zharif ketawakan diri sendiri.

“NIA, tolong lah mak ngah. Mak ngah dah tak tahu nak buat apa lagi Nia,” rayu Mak Limah.

Rania terkedu. Tidak mungkin dia berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. Apatah lagi lelaki itu tunang Anisa.

“Mak ngah, Nia minta maaf. Tapi Nia tak boleh. Nia tak nak kahwin dengan lelaki yang Nia tak kenal.” Dia tidak mahu berkahwin lagi kerana dia tahu bila sudah berkahwin nanti tiada lagi kehidupan secara sendiri tanpa memikirkan orang lain.

“Nia, tolong mak ngah. Mak ngah tak pernah minta apa-apa daripada Nia selama ni. Kali ni je nak. Nisa pun dah tinggalkan mak ngah. Rania je yang ada dengan mak ngah,” rayu Mak Limah dengan air matanya.

Rania serba salah. Jika dia setuju, ini bermakna dia sudah memilih masa depannya.

“Mak ngah, Nia minta maaf sangat-sangat. Nia bukan tak nak tolong mak ngah.”

“Nia...tolonglah mak ngah nak. Demi maruah mak ngah Nia. Mak ngah malu dengan tetamu. Mana mak ngah nak letak muka mak ngah Nia? Malu lagi dapat anak macam Nisa.” Mak Limah merayu-rayu pada Rania.

Jatuh kasihan Rania melihat ibu saudaranya itu. Dia teringat segala jasa Mak Limah membesarkannya tanpa sedikit pun merungut. Mak Limah menganggapnya seperti anak sendiri. Tidak sedikit pun dia membeza-bezakan Rania dengan Anisa. Hatinya jadi sebak bila teringatkan apa yang dilakukan oleh Mak Limah dan Nek Som untuk besarkan dia. Ya, dua wanita ini sangat kuat untuk membesarkannya.

Wajah Mak Limah sudah basah dengan air mata.

Ini je cara untuk kau balas jasa mak ngah, Nia. Demi maruah mak ngah, aku akan berkorban apa sahaja. Kalau tak boleh teruskan perkahwinan ini boleh saja meminta cerai, bukan?

Rania nekad. Demi Mak Limah. Pasti Mak Limah akan kecewa jika dia tidak membantu.

“Mak ngah, Nia setuju. Nia akan kahwin.” Tangan Rania mencapai tangan Mak Limah.

Mak Limah tersenyum kegembiraan. Air matanya pantas di kesat.

“Terima kasih Nia. Terima sangat-sangat.” Mak Limah terus memeluk anak buahnya itu.

Rania tersenyum kelat. Biarlah dia mengorbankan kebahagiaannya. Asalkan mak ngahnya gembira dan tidak menanggung malu.

RANIA berdebar-debar menanti. Mujur sahaja saiz badannya dan Anisa lebih kurang, jadi dia muat memakai baju nikah Anisa.

Tapi… itu bajulah. Kain?

Prak!!!

Hehehe, koyak di bahagian tepi paha. “Macam mana ni?”

Rania menggelabah, lagi gelabah bila mak ngah sudah memanggil. Dia melabuhkan baju dan tersenyum, nasib baik kesan koyak ini tertutup. Fuhhh… pintu bilik dibuka dan mereka beriringan ke masjid untuk upacara pernikahan.

Mak Limah menggenggam erat tangan Rania seakan-akan memberi kekuatan. Namun, Rania pula penat menahan nafas dan mengawal pergerakan kerana tadi semasa keluar dari kereta. Bahagian punggung belakang pula seperti koyak dan tertetas.

Malunya dia… haih…

Rania tersenyum hambar memandang Mak Limah. Dia sendiri tidak tahu siapa bakal suaminya kerana ketika Anisa bertunang, Rania tidak dapat menghadirkan diri.

Rania takut. Takut jika bakal suaminya nanti tidak boleh menerima dirinya. Lagi-lagi kalau tahu kahwin pakai baju koyak. Yalah, saiz tak sama dengan Anisa yang bertubuh langsing itu. Dia walaupun kurus masih ada lemak-lemak manis ala amboi-amboi dia.

“Aku terima nikahnya Nurul Rania Binti Mohamad dengan mas kahwin sebanyak 350 ringgit tunai.”

“Sah?” tanya tok kadi pada saksi-saksi.

“Sah.”

“Alhamdulillah.”

Dengan sekali lafaz kini Rania sudah bergelar isteri orang. Rania hanya tunduk. Air matanya mengalir perlahan. Dia tidak tahu sama ada mahu gembira atau menangis di atas pernikahannya ini. Tapi dia sedih kenangan diijabkabulkan dengan keadaan seperti ini.

Kini tiba waktu pembatalan air sembahyang. Zharif bangun perlahan melangkah ke arah isterinya yang baru sahaja dinikahi.

Rania perlahan-lahan mengangkat wajahnya untuk memandang suaminya.

Rania terkejut. Begitu juga dengan Zharif.

Macam pernah kulihat tapi di mana ya?

Share this novel

Zahra haniffa
2024-09-03 15:01:12 

1chaper pdk Sgt...cam x berbaloi beli coin...

Youni
2023-08-18 18:09:35 

sparaiss...

Youni
2023-08-18 18:05:45 

ayo rania,sharif lelaki baik ko..


NovelPlus Premium

The best ads free experience