Bongkar

Other Series 641

Hasrita pon telah selesai sesi persekolahan . Dia dan adiknya pulang ke rumah daripada sekolah . Hasrita dan Anisa bersekolah di sekolah yang sama tetapi berlainan sesi . Mereka berdua pon memasuki kereta Norita sambil menemui Shah .

Sambil Norita memandu kereta , Norita terfikir untuk membawa 3 anaknya untuk ke restoran mewah .

.....

"Kakak nak order apa?" tanya Norita kepada Hasrita . "Nasi goreng paprik dan Fresh Orange". Makanan yang digemari Hasrita . "Maggi goreng dan Milo ais" Sampuk Anisa . "Nasi goreng dan Laici Ais. Sampuk Shah . Norita pon pesan pada penulis senarai makanan tersebut . Norita tidak memberi pesanan makanan kerana dia tahu ada makanan yang akan dibazirkan sekiranya dia memberi pesanan makanan .

......

Suaminya Syafiq bersama seorang perempuan dan seorang remaja lelaki .Norita pon cepat undur dan duduk semula di meja makan . Dia berusaha untuk mengelak anaknya daripada tahu hal tersebut . Sambil itu Norita pulang ke rumah . Tanpa Norita sedari Hasrita juga menyedari hal tersebut kecuali Shah dan Anisa

Wajah Norita kelihatan tidak gembira . Anisa Hairan . "Ibu , kenapa ibu nampak muram sahaja sejak lepas makan tadi ? Ibu tak sehat ye ?" Tanya Anisa kepada Norita . "Tiada apa apa lah sa" jawab Norita .

Hanya Norita dan Hasrita sahaja tahu apa yang berlaku . Setelah azan Zohor berkumandang , Hasrita mengajak Anisa dan Shah solat bersama - sama . Shah menolak . Maklumlah baru sahaja 5 tahun . Sebelum solat Anisa sempat lagi bermain dengan Hasrita seperti tarik tarik telekung , gurau senda walaupun Hasrita menegur adik perempuannya .

Selepas Syafiq pulang ke rumah , Norita pon terus mengamuk pada Syafiq kerana kononnya suaminya berlaku curang padanya atau mempunyai skandal . Norita dan Syafiq bertengkar tidaklah terlalu bising .

Sementara itu Hasrita , Anisa dan Shah sedang berada di bilik Hasrita .

"Maaf sayang" . Syafiq menerangkan perkara sebenar . Selama ini Syafiq bukanlah berlaku curang pada Norita . Tetapi sebenarnya dia sudah lama mempunyai 2 keluarga tanpa pengetahuan Norita dan anak-anaknya . Penerangan itu didengari oleh Hasrita walaupun rumahnya besar .

Hasrita pun kelihatan mengejut dan tidak gembira lalu sambung masuk ke biliknya .

.....

Telefon pintar Norita berdering . Nombor yang tidak dikenali berdering . "Selamat pagi , Ini siapa ye ?" Hairan Norita . "Boleh kita berjumpa?" .

.....

Assalamualikum , ini Norita ya ? Lisa memastikan dia tidak tersalah orang . "Ya , saya . Awak ke yang call saya pagi tadi ?" tanya Norita . Lisa tidak menafikan . "Ada apa ya ingin berjumpa dengan saya ?" Hairan Norita . Lisa pon menerangkan statusnya dan dia lah isteri kedua kepada Syafiq . Lisa menenangkan Norita dan meminta maaf .

Sebenarnya Norita sudah tahu perkara tersebut . Rasa sakit di hati Norita masih terbawa - bawa . Norita tidak dapat menerima kenyataan tersebut . Norita sangat kecewa sekali . Norita pon bergegas meninggalkan meja makan itu .

Lisa berasa bersalah dan menyesal kerana menuruti kata-kata Syafiq . Sebenarnya dia memang mahu memberitahu awal - awal padanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience