NOVEL 1

Short Story Series 413

Bila lihat bintang , teringat dekat seseorang yang pernah bahagiakan aku dan pernah menyakitkan aku. Andai tiada lagi rasa cinta , maka jujur . Jangan kau duakan aku dalam diam. Aku rindu saat mana kau memanggil aku dengan nama panggilan manja yang kau gelarkan untuk aku.

Aku sedang membiasakan diri tanpa kau dan jika kau datang kembali kepadaku , aku akan tetap menerima. Tika senja melabuhkan layarnya, terpancarlah warna keemasan. Dapat aku bayangkan jika engkau ada pasti suasana akan lebih bermakna.

Bagaimana aku harus membuang kenangan lantas dirimu terus berada dalam bayang ingatan. Aku tak pernah mencari kebahagian , yang cuma aku pinta adalah kau tetap baik baik saja.

Yesterday, i was clever. So i wanted to change the world. Today, I am wise , so I am changing myself. Selain aku takut kehilanganmu , aku juga takut ada seseorang yang lebih hebat menarik perhatianmu. Jika jarak antara kita adalah satu-satunya penawar kesakitan kau. Aku rela.

Macam mana pun aku sakit sebab kau , aku tetap pilih untuk tunggu . Nampak macam sia sia tapi kalau dah sayang, aku takkan pernah faham erti lelah menunggu.
Tak akan ada manusia yang tak pernah buat silap sebab tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Hari ini sama sahaja seperti hari hari sebelumnya , tanpa kamu lagi di sisi ini. Agak menyakitkan tapi sudah terbiasa. Makanya jangan berniat singgah jika hanya untuk menyakitkan hati. Terima kasih ya, terima kasih untuk semuanya... Kamu baik semoga mendapatkan yang terbaik juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience