BAB 1 : Angin Dendam Si Siluman Biru

Fantasy Series 3395

Genap 6 bulan usia perkahwinan Puteri seri dengan suaminya Pengeran Indera Cahaya ,Puteri seri tiba-tiba rebah dan pengsan. Ketika itu Puteri sedang bersiar- siar di taman sambil dihibuarkan oleh dayang-dayang istana .
Keadaan menjadi riuh renda dengan pekik teriak para dayang istana setelah melihat puteri rebah secara tiba-tiba. Ada yang menangis,ada yang ketakutan kerana cuai menjaga keselamatan tuan puteri,lebih-lebih lagi jika pengeran indera mengetahuai kejadian itu.Adinda puteri iaitu puteri Melati terkejut dengan kejadian yang menimpa kakak kesayangannya.

Puteri Melati : Dayang-dayang semua ,mari tolong melati cepat.Kita bawa kekanda seri masuk,yang lain tolong sampaikan pada ayahnda yang puteri seri sedang gering....Cepattttt!!!!

Dayana-dayang : Baik puteri ( secara serentak )

Penguasa kerajaan kukuro hayalan terkejut apabila menerima berita tentang keadaan puteri sulungnya,lalu Raja wira Perkasa melambaikan kedua tangannya di udara,tergambarlah segala kejadian yang menimpa anaknda tercintanya.Raja perkasa sangat berduka begitu juga isterinya pemaisuri Renda kasuma .Dengan tidak membuang masa Raja dan Permaisuri berangkat pergi ke istana mahligai kepunyaan puteri seri.Dengan tahap ilmu kebatinan yang tinggi, sekelip mata sahaja mereka sudah sampai ke istana mahligai.

Tabib diraja sedang mengubati puteri seri,mencari-cari punca sang puteri rebah dan pengsan.Tabib diraja terpaksa menggunakan tenaga dalamannya untuk mengesan penyakit puteri seri, ini kerana pengeran Indera tidak membenarkan isteri kesayangannya disentuh oleh orang luar terutama lelaki.Tahbib meletakkan telapak tangannya diatas tubuh puteri tetapi tidak sampai menyentuhnya,apabila tangannya sampai ke bahagian perut puteri ,sang tabib merasa ada dua nadi kehidupan di dalam perut puteri seri.Tabib lalu tersenyum dan berlalu,tabib Sulaiman pergi mendapatkan Raja Wira Perkasa.Berita gembira itu tersebar di seluruh pelusuk kerajaan kukuro hayalan.
Pengeran Jaya kesmara atau nama lainnya pengeran siluman biru bertambah sakit hati dengan berita itu.Benci dan dendamnya bagai tidak tertahan lagi.Harapannya untuk memperisterikan puteri seri hancur berkecai setelah kalah dalam perlumbaan untuk memiliki jelitawaan yang tiada tolok banding paras wajahnya itu.Didalam angannya ingin memiliki puteri seri,Pengeran Jaya Kesmaran juga sering bermain cinta dengan seorang jelitawan bangsawan, Nyai wulan kasmarinda jelitawan bangsawan , selalu cemburu dengan puteri seri .Kecantikan mereka sering dibanding-bandingkan oleh para jejaka di kerajaan itu.Tapi sayang,Nyai Wulan Kasmarinda telah dikurung oleh Pengeran Jaya kesmaran di sebuah mahligah yang dibina di dasar tasik.Ini kerana Nyai Wulan penyebab utama pengeran Jaya tersingkir dalam persaingan merebut puteri seri.Nyai Wulan mengaku sedang sarat mengandungkan anak pengeran Jaya,walhal perkara itu tidak terjadi walaupun mereka berdua sering bermain cinta.
*******************************
*Gembira hanya sementara.*
*******************************


Pengeran Indera menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang dan perhatian.Berita. tentang kehadiran dua insan baru yang akan menyapa dunia amat menggembirakan hatinya.

Tujuh purnama berlalu, saat di nanti hampir tiba.Hanya menunggu hari dan waktu.Lima hari berlalu, seluruh kerajaan kukuro hayalan menanti dengan penuh debaran.lebih-lebih lagi keluarga puteri seri.Dua jam berlalu seterla puteri mengelami tanda-tanda bersalin,sayup-sayup kedengaran bunyi tangisan bayi,kegembiraan jelas kelihatan di wajah masing-masing.

Pengeran Indera: Syukur ya allah,engkau telah permudahkan isteriku ya allah....

Pengeran indera sujud syukur ke hadrat illahi.......
Lima minit kemudian, kedengaran suara bayi perempuan menangis diikuti suara bayi lelaki.Pengeran Indera dan Puteri seri dikurniakan dua pasangan bayi kembar.Bayi lelaki dinamakan Pengeran Teruna Riwijaya, manakala bayi perempuan dinamakan Puteri Dewi Rembulan.Kelahiran kedua bayi itu amatlah mengejutkan penghuni istana mahligai,ini kerana keduanya memiliki tanda lahir iaitu bulan sabit dan bintang.Pengeran Teruna Riwijaya mempunyai tanda lahir bulan sabit manakala Puteri Dewi Rembulan memiliki tanda bintang.Masing-masing mempunyai tanda di bahu sebelah kanan.
Bukan itu sahaja yang mengejutkan, kedua - dua bayi itu mempunyai batu nilam yang sangat berharga.Keduanya membawa bersama semasa mereka dilahirkan dengan mengengam erat batu itu digengaman masing- masing.
Namun keunikan kedua bayi tersebut dirasiakan dan hanya orang tertentu sahaja yang mengetahuainya.

Pengeran Jaya bertambah benci dan iri hati dengan pengeran indera dan isterinya.Pengeran Jaya merancang untuk membunuh kedua- dua anak puteri Seri,kemarahannya semakin mendalam apabila dia di singkirkan daripada kerajaan kukuro hayalan.Pengeran Jaya bertapa selama beberapa tahun untuk menambah kekuatannya.Dibawah petunjuk ilmu iblis,kekuatan Pengeran Jaya semakin bertambah,dan untuk menyempurnakan pertapaannya itu,Pengeran Jaya perlu meniduri 40 orang anak dara yang masih sunti serta membunuh serta memakan 40 orang bayi yang masih dalam kandungan.

Kekecohan berlaku apabila Pengeran Jaya memulakan agendanya itu.Oleh kerana di dunia bunian itu terlalu banyak halangan,pengeran Jaya datang ke dunia manusia dan meneruskan rancangannya.
Setelah tiga tahun berlalu,pengeran dan puteri keduanya membesar dengan sempurna.Dua-duanya memiliki paras yang sungguh menawan dan indah.Puteri Dewi seakan-akan mewarisi kejelitaan ibunya iaitu puteri seri .Pengeran Teruna Riwijaya pula mewarisi ayahndanya.

Setelah yakin dengan ilmu dimiliki,Pengeran Jaya mengatur rancangannya.Pengeran Jaya akan membunuh kedua anak puteri seri yang juga merangkap anak buah sepupunya itu.Kebetulan pula,ayahnda Pengeran Indera tiba-tiba ditimpa penyakit misteri,ibundanya tidur sepanjang hari serupa orang yang sudah mati tetapi masih bernyawa.Ayahndanya pula tiba- tiba menjadi buta dan bisu.Pengeran Indera menjadi sangat hairan lalu bergegas pulang ke tempat ayah dan ibunya.Dengan restu isteri tercinta, Pengeran Indera pergi bertemankan dengan anak lelaki mereka.

Tinggallah Puteri seri dengan Puteri Dewi di Istana Mahligai.
Segala rancangan pengeran Jaya berjalan lancar.Dia memerhatikan keadaan istana Mahligai selama beberapa hari.Setelah yakin dia mampu menawan istana tersebut Pengeran Jaya pun melakukan segala rancangannya.Dendam kesumatnya akan terbalas.

Pengeran Jaya menyerang istana Mahligai dengan bantuan pahlawan iblis..Kekecohan berlaku, bunyi senjata berdesing rancak kedengeran hasil daripada lagaan renjata lawan.Percikan darah di sana sini,banyak pengawal istana yang tumbang demi menyelamatkan puteri seri dan puteri dewi.Bantuan daripada ayahnda puteri belum juga tiba,walhal sudah dihantar utusan ke istana ayahnya.Rupanya rombongan ayah Puteri Seri telah dihalang oleh pahlawan iblis di pertengahan jalan .

Bahaya semakin memuncak apabila hanya Puteri seri dengan anaknya puteri Dewi di dalam istana itu,yang lain telah dibunuh .Ada yang bersembunyi dan cedera parah kerna berlawan dengan Pengeran Jaya yang gila dendam.Puteri seri mengarahkan anaknya agar menyembunyikan diri , Puteri bersedia untuk bertempur demi keselamatan anaknya.Segala ilmu sakti digunakan oleh keduanya.Tidak disangka disebalik wajah yang cantik jelita,tersembunyi sejuta kegagahan dan ketangkasan.Pelbagai jenis silat dan jurus digunakan ,tiada satu pun dari mereka yang mahu mengaku kalah.

Setelah perlawanan berlanjutan ke dini hari,puteri Seri mula keletihan,habis segala kepandaiannya serta tenaganya dikeluarkan untuk melawan Pengeran Jaya.Dengan bersisakan Tenaga yang tinggal,puteri Seri mengambi keputusan untuk menghantar anaknya Puteri Dewi ke dunia manusia dan bersembunyi di sana.Puteri menumpukan segala kuasanya untuk membuka masa dan ruang untuk membolehkan anaknya dihantar dengan selamat di dunia asing itu.Bersama anaknya dititipkan selendang merah yang mempunya seribu satu keajaiban.Ianya akan berguna apabila tiba masanya,lebih-lebih lagi untuk melindungi diri serta orang yang akan menjadi keluarga angkatnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience