bab 4

Romance Series 1535

pergerakan lily mati pabila menyedari ada tangan lain yang turut memegang botol sos cili di tengah meja.mata diangkat merenung si tuan empunya tangan.bibir digigit sebagai amaran.mata dikecilkan sejenak.

" aku pegang dulu!" katanya tanpa melepaskan tangan.

" aku nampak dulu!" balas aidan dan melakukan hal sama.

maka tercetuslah perang kecil berebutkan botol sos yang tak seberapa tu.adegan tarik menarik berlaku.takde sape yang nak mengalah.

lily merengus geram dan cuba merentap botol tersebut agar terlepas dari genggaman aidan.namun apalah sangat kudratnya.tak setanding kudrat aidan.benci betul!.

" lepaslah! aku yang pegang dlu.."

" kaulah yang lepas..aku kan yang beli sos ni..so patut aku yang guna dulu.."

" apa pulak?" lily kerut muka.

" baik kau lepas cepat..bagi aku guna dulu.lagi cepat kau buat,lagi cepat kau boleh guna,boleh makan .." kata aidan tidak mahu mengalah..

" kau yang lepas dlu..lagi cepat kau buat,lagi cepat kau boleh makan.." lily ulang ayat aidan.

apalah mereka ni.benda kecil mcam tu pun nak bawah gaduh.macam budak2 tak cukup umur je lagaknya.buat malu je.

aidan hela nafas.apa ke susah sangat dia ni. sudu dilepaskan dan dengan kedua belah tangan dia terus menarik botol tersebut hingga terlucut dari tangan lily.lepas tu dia tuangkan sedikit isinya keatas kepingan rotinya sebelum dilapikkan dengan telur goreng dan sekeping keju.lepas tu barulah dia letak botol kaca tu depan lily dengan selambanya tanpa mempedulikan lily yang dah ternganga.

lelaki apa ni??? langsung tak beralah dengan perempuan! dah tu siap diungkitnya lagi siapa yang membeli.teruknya! tak pernah aku jumpa manusia macam ni. kutuk lily dalam hati.

aidan jungkit kening dan ukir senyum sinis pada lily yang merenungnya tanpa berkelip.padan muka.sandwich telur dikunyah dengan penuh kenikmatan. roti tu jadi sedap pula lepas dia berjaya mengenakan lily.hati lelakinya bagai digeletek melihat riak lily.kelakar weh!

lily mendengus lagi.malang betul nasibnya.pagi2 dah boleh penyakit.penyakit hati!

tawar dah hatinya nak guna sos tu.pandang pun dah tak mahu.sudahnya dia hanya makan roti telur tanpa bahan perasa.lantak!

usai bersarapan,dia terus mengemas meja dan mencuci segala peralatan dapur yang dah digunakan tadi.lepas tu dia berlalu ke bilik dan mula bersiap untuk keluar.hari ni dia ada date dengan sahabat baiknya, khairil.lama dah dia tak jumpa lelaki tu.

jelingan aidan dia buat tak nampak masa dia melintasinya diruang tamu.tengok2.korek biji mata nanti baru tau..

aidan mencebik.nak merayap aje kerjanya.entah apa yang dibuatnya kat luar tu. argh! lantaklah..bukan masalah aku pun.selagi dia tak malukan aku,lantak dia nak buat apa.aku tak heran!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience