Rate

BAB 4

Romance Series 3671

Imran terjaga dari tidurnya.Terasa ada sesuatu di bahunya.Di menoleh dan melihat kepala Zira mendarat di bahunya.Dia tidak sanggup untuk mengejutkan Zira jadi dia hanya membiarkannya saja.Dia manatap wajah Zira.Lama.Dia tersenyum.
'Comel jugak minah ni'katanya dalam hati
Tiba tiba badan Zira bergerak.Matanya terbuka dan terkejut melihat wajahnya dengan Imran amat dekat.Dia tersedar bahawa dia tertidur di bahu lelaki itu.Dengan pantas dia tukar posisi duduknya.
"Saya minta maaf"kata Zira tertunduk melihat tanganya.
"Untuk apa"soal Imran walaupun dia tahu kenapa
"Sebab tertidur atas bahu awak"kata Zira
"Tak pe..saya tak kisah pun"kata Imran.Kepala Zira masih tertunduk.Malu.
"Oh ye nama awak apa ye?"soal Imran
"Nama saya Nur Zahirah Syasya binti Ahmad Zafran"jawab Zira masih menundukkan kepalanya.
"Sedap nama nak panggil apa"soal Imran lagi
"Zira"jawab Zira
"Kalau saya panggil awak Sya boleh tak?"
Zira mengangkat mukanya memandang Imran "Ikut awaklah"kata Zira sambil tersenyum.
"Umur awak berapa?" soal Imran lagi
"22"
"Kerja apa?"
"Belajar lagi"
"Ambik kos apa?"
"Law"
"U mana?"
"UITM Shah Alam"
"Single or taken?"
"Single"
"A......"belum sempat Imran mehabiskan ayatnya Zira mencelah.
"Kenapa awak banyak tanya ehh?"soal Zira dengan muka bengang kerana disoal banyak.
"Saja nak kenal kenal"ujar Imran
"Sekarang nak tanya awak pulak....nama apa?panggil apa?umur berapa?berlajar or kerja?kos apa?ada girlfriend ke tak de?ayah atau mak awak yang kerja dengan ayah saya?anak nombor berapa?"soal Zira bertubi tubi .
Imran mengangkat kening sebelah sebelum menjawab.
"Nama saya Muhammad Imran Asyraf bin Saiful ikut awak la nak panggil saya apa kawan saya selalu panggil Asy singkatan Asyraf.Umur saya 25,kerja, lawyer jugak,tak de,ayah saya yang kerja dengan ayah awak,saya anak tunggal."jawab Imran.
"Saya panggil awak Im boleh tak?"
"Boleh je.."kata Imran.'tapi parents aku je yang panggil aku macam tu..biarlah'ujarnya dalam hati.
"Kenapa awak tak de girlfriend lagi,awak tak laku ehh?"soal Zira sambil tersenyum
"Ehh ramai je yang nak kat saya tapi saya je malas nak layan diorang tu,kalau awak jadi girlfriend saya nak tak?"ujar Imran
"Eee tak nak saya,tak ingin"kata Zira sambil membuat muka nak termuntah.

"Woii senyap la sikit orang nak tidur pun susah"kata salah seorang staff ayahnya itu.Mereka berdua terdiam.Zira melihat Imran seperti hendak menyambung tidurnya.Dia hanya mendiamkan diri membuang pandangan ke luar tingkap.

****************************
Hi...Saya nak tanya pendapat korang semua..berapa bab yg saya perlu tulis untuk novel ni...tulis pendapat korang kat comment ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience