Rate

Epilog

Romance Series 4099

" Wana! Bangun wana! Dah lambat dah ni " teriak Puan Sofia daripada bilik sebelah. Wana bangun menggeliat malas, dan terus mencapai tuala mandinya. Tarikh keramat yang dia rasa tidak perlu dia ingat dan lalui.

Seusai Wana keluar daripada bilik mandinya, dia duduk di vanity sambil merenung ke dalam cermin. Dilihat wajah bersihnya tanpa sebarang solekan cantik, tetapi tidak dapat menutup rasa gusar dan risaunya. Dipandangnya sepersalinan baju nikah berwarna pink lembut tergantung di tepi pintu biliknya.

' Betul ke keputusan yang aku buat ni? ' tanya Wana di dalam hati. Dia termenung lagi.

" Eh anak dara ni, bila nak mula makeup ni nanti rombongan lelaki sampai tengok muka pucat, nanti patah balik pula nya " gurau Mak Ngah Wana.

Wana hanya tersenyum nipis membalas gurauan Mak Ngahnya. Wana membiarkan Mak Ngah nya untuk menambah sedikit 'warna' terhadap muka pucatnya itu.

Kedengaran bunyi telefon Wana menandakan ada panggilan masuk ketika itu.

" Siapa Mak Ngah? " soal Wana yang sedang menukar baju.

" Entah Mak Ngah tak kenal ni, tapi nama tulis kat sini Faris Daniel " ujar Mak Ngah.

Wana tersentak dan teringat pertemuan nya dengan Faris 2 hari lepas.

" Wana, awak tak perlu paksa diri awak kalau awak taknak keputusan ni. Awak tahukan Elliot is only using you. He doesn't want to be with you, tolong percaya Faris, please Wana? Wana this is not right for you, for me and for us. "

Faris memandang Wana sayu. Sedih dan bercampur baur perasaan melihat gadis kesayangan nya akan bernikah dan menjadi milik orang lain lusa.

Wana kembali ke alam realiti. Bunyi deringan telefon dibiarkan berlalu. Wana kemudiannya memakai selendang berwarna putih bagi menaikkan lagi seri baju yang dipakainya itu. Manis sekali Wana berbaju kurung moden lengkap dengan lace yang dijahit khas oleh Puan Sofia.

" Kak, dah siap belum? Rombongan lelaki dah sampai tu. Ibu panggil suruh keluar " ujar Ariana adik perempuan pertama Afwana.

" Dah, jomlah " balas Wana.

Wana perlu turun ke tingkat bawah untuk sampai ke ruang tamu rumahnya yang sudah penuh dikelilingi orang. Ketika Wana sedang membelek solekan nya buat kali terakhir cermin kecil yang dipegang Wana jatuh dan pecah berderai.

" Ya Allah Kak Wana, kenapa ni? Kak Wana okay tak? " soal Afrina adik bongsu Wana dengan cemas.

Beberapa ahli keluarga yang berada di tingkat atas mula berbisik sesama sendiri.

" Biasanya kalau cermin pecah, ada benda buruk nak berlaku " ujar salah seorang saudara jauh Afwana.

" Takde papelah, jom kita turun sekarang " balas Wana dengan tenang dengan harapan tidak ada apa apa akan berlaku. Ketika Wana baru sahaja mencecah anak tangga yang kedua, dia terasa seperti ada kaki yang menahan laluannya dan seterusnya membuatkan Wana terjatuh tangga daripada tingkat atas. Tudung yang menutupi mahkota wanitanya penuh dengan darah. Wana hanya mampu menahan kesakitan dan akhirnya pandangan mata Wana semakin kabur dan akhirnya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience