Mimpi yang sering bertandang

Romance Series 1176

"Mariska!! tembak dan hapuskan semua pembelot negara ini!!" bicara remaja lelaki pada kanak- kanak perempuan.
Dengan tembakan padunya yang tepat mengenai kepala setiap orang yang berada di hadapan jatuh terkulai layu tak bernyawa. Dia tergelak keriangan dengan pandangan yang kejam.
Amanda terjaga dari tidur dengan keadaan badannya basah oleh peluh sendiri. Jantungnya juga berdetak amat laju. Dia melihat ke arah jam di meja sebelah katilnya " arghhh baru pukul 1.30 pagi" tapi kerana mimpi itu semakin hari semakin kerap bertandang dalam lenanya. Maka dia mengambil keputusan untuk menukar pakaian dan menyambung tidur semula.

Dalam perjalanan ke tempat kerja dia terserempak dengan Lawrence dia cuba mengelak tetapi sudah terlambat.
Malah dia berhenti di bahu jalan dan mengarahku supaya menaiki kenderaan bersamanya. Aku menolaknya dengan mengatakan sebentar lagi bas akan lalu ke jalan ini. Tetapi melihat pandangan matanya yang kejam seolah- olah akan membahamku jika aku tidak menurutnya. Tanpa sedar kaki ku melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Waktu makan tengah hari Nelly May mengajakku bertemunya di restoran Findayu. Masakannya lumayan menyelerakan setiap pelanggan. Nelly May dengan amanda dari zaman sekolah tidak pernah berengang mereka amat rapat. Namun Amanda sendiri kurang jelas masa lalunya. Jadi cerita mereka hanya banyak berkisar alam sekolah sahaja. Amanda kurang bergaul juga sebab hal masa lalunya.
"Amanda!.. Cassey membuat reunion dengan rakan sekelas lain dia juga menjemput kita berdua" katanya.
Aku terkenang sikap Cassey yang suka menarik perhatian dan suka buat semua orang memandangnya termasuklah para pengajar sewaktu di sekolah dulu. Malahan Cassey juga adik kepada Rayyan bekas teman lelaki ku di sekolah dulu.
Rayyan kekasih pertamaku yang aku letak hatiku sepenuhnya hanya kepadanya. Namun dia mencurangiku dengan alasan aku tidak mampu memberinya peluang untuk berhubungan intim sedangkan ramai perempuan lain juga sudi memberi katanya.
Amanda tidak mampu menerima kenyataan bahawa dia hatinya dikuasai cinta oleh seorang lelaki yang mahu bersamanya hanya untuk berhubungan seks semata- mata. Lalu dia nekad menjauhkan diri dari Rayyan.
Sehingga kini dia belum pernah bertemu semula dengan Rayyan.
Nelly May memarahi Amanda...
kerana membiarkannya dari tadi..
Aku tidak dapat berjanji akan pergi kerana aku baru saja mulai berkerja. Kalau ada kelapangan ia, aku akan pergi bersama kamu. Aku cuba memujuknya yang muka sudah muncung sedepa.

Seusai mandi aku menghubungi ibu.
Amanda sibuk ya??
jarang sekali Amanda menghubungi ibu..
Bila Amanda pulang jenguk ibu??
Soal ibu bertalu- talu.
Walau ku tahu dia bukanlah ibu kandungku tetapi dialah yang merawatku selepas sedar dari kecelakaan sewaktu umurku 6 tahun.
Aku menjawab pertanyaan ibu satu persatu.
Ya Amanda agak sibuk dengan pekerjaan baharu Amanda ni.
Nanti hujung minggu ni Amanda cuba ambil cuti jenguk ibu ok??
Di hujung talian ku dengar suara menahan tangis dari ibu.
Lalu dia bersuara.
Kamu memang anak kesayangan ibu yang terbaik di dunia.
Aku pun senyum lalu memuji ibu juga ibu yang penyayang di dunia ini.
Aku menamatkan panggilan dan berjalan ke katil tempatku beradu.
Tiba- tiba telefonku berdering
aku melihat pemanggil yang tidak dikenali
aku menganggkat panggilan " hello??..
Amanda keluar sekarang saya ada di depan pintu" arah suara pemanggil.
"maaf saya dah nak tidur.." balasku
aku terdengar pintu utama di ketuk bertalu- talu.
aku pun melangkah malas ke depan pintu.
Aku buka, rupanya Lawrence.
Memang kenapa dia mencariku malam- malam begini?
Kerana penat aku lupa banyak hal dengan Lawrence.
Dia menyoalku sebab aku menjauhkan diri daripada dia. Aku juga sedikit takut dengan pandangannya.
Lawrence dapat melihat ketakutanku lalu mengajakku menemaninya makan malam.
Aku menolak dengan lembut mengatakan aku sudah kenyang.
Ajakannya sukar sekali untukku tolak, renungannya mampu membuatku mudah mengalah.

Sepanjang perjalanan pulang dari restoran aku lebih banyak termenung Lawrence di sebelah juga fokus dengan pemanduan. Handphonenya berdering.
"Tuan kami di kepung oleh barua kreka!.." suara nyaring di hujung talian membuat Lawrence hilang fokus menyebabkan kereta yang kami naiki alami gegaran ringan.
" ok kumpulkan semua orang - orang kita secepat mungkin aku akan tiba ke sana!!"
balasnya kembali.
Amanda!!
ya?? balasku cepat...
maaf..
sekarang kamu terpaksa mengikuti aku sekarang..
Lepas selesai uruskan semua ini aku hantar kamu..
Baiklah.. jawabku

Setiba di kawasan itu suasana agak tegang.
Lawrence memberiku pistol dan mengarahku agar tetap duduk diam dalam kereta walau apa pun yang terjadi, dan pistol ini untuk kecemasan seandainya aku diserang tiba- tiba.

Lawrence keluar,
dan aku dikunci dari dalam.
aku hanya memerhatikan dan menunggu agar semua ini tamat dengan secepatnya.
Tiba- tiba cermin ditembak dari belakang aku melihat Levi mengejar lelaki yang menembak kereta Lawrence dengan pantas.
dia menembak kaki lelaki tersebut.
Aku membuka pintu kereta dari luar dengan perlahan melalui cermin yang pecah tadi.

Keadaan gelap.
memaksaku keluar dari kereta mencari Lawrence.

Dalam keadaan samar- samar aku diterkam lelaki gemuk yang kemudian membawaku kehadapan Lawrence berserta kumpulannya.
Aku terbingung tanpa sedar yang aku sebenarnya dari tadi memegang sepucuk pistol.
Aku menghalakan pistol itu ke arah lelaki gemuk yang menangkapku tadi.
Dia berkata " perempuan beranikah menembak??"

"Mariska habiskan semua pembelot itu!!!"
kata- kata ini kembali terngiang di kepalaku? tanpa sedar aku melepaskan tembakan dan saat itu juga orang tersebut jatuh terjelepok menyembah bumi.

Aku yang terketar-ketar ketakutan melepaskan pistol di tangan dan jatuh pengsan.

Dalam kereta.
Levi berkata. Bos siasatan tentang gadis ini sudah dibuat. Tetapi Orang ini di sembunyikan identitinya oleh pihak kerajaan. Terutamanya asal- usulnya dan zaman kanak- kanaknya dari umur 6 tahun kebawah. Gadis ini diasuh sepasang suami isteri yang mana pernah berkerja di bawah syarikat mega Tuan Nikrat bapanya pula seorang kaki judi dan kaki botol yang tegar. Lapornya... lagi

Dan orang yang disembunyikan identitinya hanyalah dua kolompok. Iaitu orang yang ber IQ tinggi dan Orang yang merbahaya kepada negara.

Gadis ini mengikut laporan terkini telah menghabiskan sekolahnya dengan keputusan yang tertinggi di negara ini dengan cemerlang. Tapi siasatan ini hanya muncul sebentar sekarang sudah di block oleh pihak tertentu. serangan terhadap kita sebentar tadi tidak di nafikan kemungkinan kerana kita telah membuka laman kerajaan rahsia.

Lawrence yang mendengar berkata teruskan siasatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience