Rate

Prolog

Romance Series 3337

Gemeretak titis kasar hujan yang menimpa atap bak gegak gelembung air panas yang mendidih di dalam belanga. Bisingnya memecah hening dan memekakkan telinga. Malam masih muda. Ramai manusia sedang berpeleseran di sekitar jalan kecil itu, sekadar untuk melihat karenah penghuni kota raya ataupun membunuh masa minggu yang banyak terluang. Dek kerana itulah hati Wahdah masih tenang. Pada kiraan pantas akal, kemungkinan untuk terjebak dengan kejadiah jenayah masih rendah. Dia masih punya sedikit lagi masa sehingga hujan teduh.

Setelah setengah jam berlalu, barulah kaki membawa diri keluar dari teduhan. Air yang berlopak di tepi jalan berturap sebolehnya cuba dielak. Walau bagaimanapun, langkahnya tetap laju menuju ke stesyen LRT terdekat.

Hati memang sering berkata-kata tatkala melalui jalan pintas ini. Malam itu, laluan tersebut lebih sunyi daripada kebiasaan. Walau bagaimanapun Wahdah cekalkan hati. Dia berlari-lari anak bagi mempercepatkan gerakan. Tak semena-mena, kaki tersandung sesuatu. Tubuh hampir tersembam atas jalan tetapi sempat diimbangi semula. Jeritan nyaring berkumandang. Pemilik mata kuning itu menjeling tajam. Mungkin bunyi berderam yang dilepaskannya itu tanda amarah.

"Opps, sorry."
Wahdah tahu binatang itu tidak mengerti. Ucapan maaf hanya untuk lenyapkan rasa bersalah buat diri sendiri sebenarnya.
Pandang di hala ke hadapan semula. Di luar jangkaan Wahdah, ada mata lain sedang menatapnya. Gemuruh serta merta menerpa. Sayangnya deruan darah itu hanya menambah kaku. Sekelip mata sahaja tubuh tertarik ke celah lorong. Daya kuat yang menyentak menyebabkan Wahdah terlentang di simen.

Mata kuyu itu tadi tidak fokus. Kini, anak mata lelaki itu telah liar berlari ke serata tubuh Wahdah. Gadis itu cuba bangun dan mengesut perlahan. Dari memerhati, lelaki itu duduk dan tunduk. Dalam satu gerakan pantas, sebelah tangan kekar itu menutup mulutnya, manakala sebelah lagi membuat noda.

Malam itu bukan sahaja dibasahi hujan, bahkan air mata Wahdah.

entah bila nak sambung tulis cerita ni. Watak dah tidur balik punya lama tunggu aku hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience