SEMAKIN lama semakin menjadi-jadi naluriku merasakan sesuatu yang tidak enak akan terjadi.Izz....jangan fikir yang merapu eh Izz.
Seawal jam 6 tepat aku sudah terpacak di hadapan pak guard.Menunggu masa dia membuka lampu setiap kaki lima bangunan.
Sesudah itu,kakiku menapak tuju ke arah kelas yang tidak jauh dari pandangan.Suis lampu dan kipas dihidupkan.Mata menerawang sekeliling ruang kelas.Selepas itu,aku menuju ke arah mejaku yang terletak di hadapan dan bertentangan dengan meja cikgu.
Aku memperbetulkan posisi dan meletakkan tangan di atas meja sebagai alas untuk kepala.Akhirnya mata terlelap untuk seketika.
Kriukk!kriukk!
KRAK!
Lantas kelopak mata terbuka.Bhaiii,terkejut che.
Lantas mataku menerawang sekeliling.Mohonlah yang bunyi tersebut datang dari kucing.Atau haiwan-haiwan lain kerana waktu-waktu yang macam ni,hantu masih nakal dan berpendirian penyangak nak kacau manusia.
Jenuh aku melihat sekeliling ni.Tak de pape pon.Tetapi jantungku mulai sakit semula.
"Ya Allah,takkanlah selamanya aku terseksa macam ni".Kesakitan itu seakan mendesak-desak.Aku cuma risau ianya sangsai untuk selamanya.
"IZZ?!!!".Langkahku mengusap dada terhenti.Mata saat itu tertumpu pada dua orang gadis yang datang dengan senyuman keriangan.
"Izzzzz.....My god....Betulkah ni kau?".
Kali ini aku bingung.Memang ini aku.Yang mereka berdua seakan ahli munajim datang dengan wajah terlalu excited ni dah kenapa?Siap tutup mulut macam terlalu gembira yang tak mampu diungkapkan.
"Ye ni memang saya?Kenapa?",soalku pelik tatkala mereka melihatku dari atas hingga ke bawah.Apa ni?Main scan-scan orang.Miang keladi ke?
"Ya Allah Izz...Mamat instafamous..MY GOD?!!!",jeritnya sambil menghentak-hentak kaki.Kawannya disebelah juga turut mengikuti pergerakan gadis itu.Boleh runtuh bangunan ni.Walaupun dorang ni kerdil mangat.
Aku sudah menepuk dahi.Baru aku teringat yang aku juga terkenal atas Instagram aku.Instagram je pun.Takkanlah itupun mereka obses?Kacau konsentrasi aku betullah dorang ni.
"Izz....Bestnya dapat jumpa Izz",kata dia teruja.
"Lek lah Zara.Satu sekolah je pun".Aku sudah dapat membaca pemikiran rakannya sekarang.Mungkin terlalu muak atau jenuh dengan gadis disebelahnya yang terlalu tipikal dengan aku.
"Biarlah".
"Nafsu songsang".
"Diam ah",tempik Zara lalu menjeling rakannya.Rakan disebelah Zara sekadar memutarkan bola darjah 360 darjah.
"OMG Izz..Wait wait..Aku ada something dalam beg aku.Jap eh".
Sudah!
Aku menarik nafas lalu menghembusnya dengan perlahan.Wajah dia aku pandang dengan senyuman jengkel.
"Nahhhhh",dia menerpa ke arahku sambil memberi teddy bear.Aku mengambilnya dengan wajah kelat.
"A-apa ni?",soalan paling bodoh dan cepumas dari aku.Aku ketawa plastik sedikit.
"TEDDY BEARLAH BODOH",kata dia lalu ketawa manja sambil bertepuk tangan yang menandakan dia teruja.Bodoh?Senang-senang dia saja panggil aku bodoh?
"E-erk..He..he...heee",aku tersenyum janggal.Tak pernah dalam seumur hidup, orang panggil aku bodoh secara berdepan.Dialah pecah rekod yang membuatkan dada aku berombak kencang.
"Okeylah I pergi dulu.Bye...My true candy".
Aku sudah nak mual.Asallah dia obses sangat ni?Aku hanyalah manusia biasa.Yang ada kekurangan.Tapi begitulah lumrah manusia.Aku tidak boleh pertikaikan.
Keluar sahaja mereka berdua,datang lagi seorang gadis sambil menundukkan mata.Apabila dia mengangkat wajah,saat itu wajah tersebut tepat meluru ke mukaku.Lantas aku mengalihkan muka.
"HEY YOU".Tiba-tiba suara gadis tadi memanggil gadis tadi dengan tinggi.Kalakian tangannya mengarah pada gadis itu.Terkejut beruk punya pasal,aku melihat mereka bertiga.
Gadis tadi memandang Zara dengan wajah yang kosong.
"You pandang dia kan?".
"Pandang dia..Sape?",kali ini aku mendengar suaranya.
"You pandang Izz kan?".
Gadis itu memandang Zara pelik.
"CAKAPLAH YE",tempik Zara kerana sakit hati apabila dia mendiamkan diri.Aku rasa si Zara ni mempunyai penyakit gila.Kuat teriak,mata sebesar valak dan suka buat kacau mood.Serius seram aku melihatnya.
"Zara....Kalau dia tengok pun,dah kenapa?",kawan Zara memandang Zara pelik.
"I perati dia bila masuk,I perati je.Then dia tengok laki kita.Mana taknya kita sakit hati kan?!!"
"Hah?!!laki kita?",kataku perlahan.Laki kita?Ingat aku ni sudah rasminya kepunyaan diakah?Pelik bebenoq.
"Dia tengok ke tak ni?",tanya kawan dia.
"Ye dia tengok.I tau lah sebab kitakan pompuan.Pompuan you know.Ada naluri ke enam.So I nampaklah dia tengok Izz.Mana tak nya I rasa cemburu.Mestilah I cemburu",kata dia dengan raut yang memandang rendah pada gadis itu.
"Jom ah",ajak rakan Zara tiba-tiba lalu beredar dari situ.Zara yang balik-balik menghentak kaki sekadar membebel kuat dan panjang.
"Ade ke manusia macam tu lagi?Seram betul.Obses",kata aku seriau
Macam gila.Macam sawan pun ada.
Gadis tadi yang berdiam diri sudah duduk di tempatnya.Aku dapat lihat wajahnya yang sedang menangis.Bagi aku ia memberi nista dan malu yang mendalam bilamana terdapat pelajar yang memalukan pelajar lain.
Aku sekadar menggeleng.Malas nak campur hal orang lain.Aku sekadar membisu lalu merehatkan kepala.
----------------
MAAF KORANG JIKA IANYA MERAPU SEDIKIT.Tetapi apa yang saya tulis ini memang kisah benar yang pernah dilalui oleh seseorang.Dan atas karangan saya yang kurang mantap,jadi saya menulis lagi bab yang baru supaya reader dapat menilai baik buruknya karangan pelik saya ni.Asalkan kamu faham je??.
Share this novel