Bab 1 Mohamad Syamil dan Nur Farhana

Romance Completed 362486

Di sebuah kediaman kelihatan seorang lelaki bernama Mohamad Syamil sedang membaling barang-barang di biliknya kerana marah. Syamil tak mampu mengerakkan sebelah badannya kerana terkena strok. Syamil baru sahaja 3 hari pulang ke rumah setelah hampir 2 minggu berada di hospital.

Syamil kelihatan agak marah bila apa yang ia kehendaki tidak dapat di tunaikan. Syamil tidak dapat menahan kemarahannya kerana isterinya masih belum pulang dari kerja walaupun hari sudah gelap. Syamil mengagap isterinya itu telah keluar dengan lelaki lain. Kerana tidak kemampuan dirinya ini.

"Mana kau perempuan sial?"jerit Syamil sambil tangannya mebaling barang-barang yang berhampiran dengannya.

"Bawa bertenang dan bersabar Mil...Wahida dia ada urusan kerja tu,sebab tu dia tak balik lagi"kata ibu Syamil yang bernama Junaidah. Cuba untuk menenangkan anaknya itu.

"Mil tak percaya! Perempuan sial tu balik lambat bukan sebab urusan kerja tapi kerana ada lelaki lain. Sebab Mil dah tak mampu nak berikan apa yang sepatutnya seorang isteri dapat. Mil akan lepaskan dia jika itu yang dia nak"kata Syamil dalam keadaan emosi.

"Mil jangan buat macam tu, Wahida tu baik orangnya. Mil dah kahwin dengan dia hampir 4 tahun. Lagi pun Wahida tu cinta pertama Mil. Nanti Mil yang akan menyesal,"kata Puan Junaidah cuba memujuk anak lelakinya itu.

"Biar je la dia mak, nak lepaskan Wahida. Macam la Wahida ni terhengeh-hengeh sangat dekat dia. Tak sedar diri dalam keadaan sakit macam ni pun masih nak buat perangai panas baran dia juga,"kata Wahida isteri Syamil yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

Syamil dan Puan Junaidah memadang pada Wahida yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

"Apa kau kata!kau tak kisah kalau aku ceraikan kau. Sebab kau dah ada penganti aku kan... sebab tu kau tak kisah"kata Syamil dengan amarahnya.

"Ya,saya dah muak dengan perangai awak yang kuat cemburu tu"kata Wahida sambil berjalan masuk ke dalam bilik yang ada Syamil dan ibu mentuanya itu.

"Kalau macam tu tak pa...aku ceraikan kau dengan talak 1"kata Syamil sambil matanya menjeling ke arah Wahida.

"Mil jangan terburu-buru dan ikutkan perasaan"kata Puan Junaidah agak sedih bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak lelakinya itu.

"Jangan menyesal sebab awak dah lafazkan talak dekat saya. Esok kita jumpa di Mahkahmah uruskan penceraian ni"kata Wahida sambil tangannya mula mengambil beg dan membuka almari baju.

Wahida mengambil bajunya yang berada di dalam almari dan di masukkan ke dalam beg. Setelah selesai,ia membawa beg tersebut ke arah ibu mentuanya dan menyalami ibu mentuanya itu.

Kemudian Wahida berjalan keluar dari bilik yang pernah ia diami selama hampir 4 tahun. Wahida sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengan sikap suaminya Syamil yang terlalu cemburu dan cepat marah setelah ia mengalami serangan stroke. Ada saja yang tak kena di mata suaminya itu tentang dirinya.Sebenarnya Wahida masih mencintai suaminya itu.

Wahida dan Syamil berlajar bersama di sebuah institusi pengajian tinggi. Dari situlah mereka mula berkenalan dan bercinta. Hampir 4 tahun bercinta barulah mereka berdua mendirikan rumah tangga. Usia perkahwinan mereka sudah memasuki 4 tahun tapi masih belum di kurniakan anak. Tahun kedua perkahwinan mereka,Wahida pernah mengandung tetapi keguguran.

_______

Di sebuah rumah kampung yang agak sederhana kelihatan seorang gadis sedang mengelap badan ayahnya yang lumpuh. Gadis tersebut bernama Nur Farhana. Inilah tugas Farhana setiap hari menjaga ayahnya itu. Demi menguruskan ayahnya Farhana rela tidak bersekolah seperti rakan-rakan sebayanya.

Sepatutnya Farhana mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Tapi Farhana terpaksa berhenti sekolah kerana ingin menguruskan ayahnya di rumah. Ibu Farhana bernama Hamidah bekerja sebagai pekerja kebersihan di sebuah sekolah rendah. Farhana masih mempunyai 5 orang adik yang masih bersekolah. Dan seorang abang yang berumur 19 tahun. Abang Farhana bernama Mohamad Farhad juga tidak menyambung perlajarannya. Sekarang Farhad bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah Sekolah Menengah.

Ayah Farhana bernama Majid sudah hampir setahun terlantar sakit. Majid yang bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan terjatuh di tempat tinggi semasa bekerja. Dan menyebabkan ia mengalami lumpuh hampir satu badan. Majid bukan warganegara Malaysia tetapi hanya bertaraf Pemastautin Tetap di Malaysia. Majid berasal dari Indonesia dan merantau ke Malaysia untuk bekerja. Hamidah ibu Farhana adalah warganegara Malaysia. Farhana dan adik-beradiknya yang lain bertaraf warganegara Malaysia.

Perkahwinan Hamidah dan Majid tidak di restui oleh keluarga Hamidah. Kerana itu Hamidah hidup terasing dari keluarganya. Hamidah juga bernikah secara sederhana sahaja tidak ada majlis seperti orang lain. Sementara Majid pula sudah terputus hubungan dengan keluarganya di Indonesia.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Sudah masanya untuk Farhana memberi ayahnya makan. Farhana pergi ke arah dapur dan mengambil pingan. Farhana membuka tudung periuk lalu mengambil bubur nasi yang telah siap ia masak untuk ayahnya. Setelah meletakkan di dalam pingan Farhana menutup kembali periuk tersebut.Farhana membawa pingan yang sudah ada bubur nasi ke arah ayahnya yang terbaring di katil.

Setelah ayahnya menyebut Bismillahirrahmanirrahim di mulutnya. Barulah Farhana mula menyuapkan bubur nasi ke mulut ayahnya itu. Bila melihat ada sisa bubur ada di tepi bibir ayahnya itu. Farhana akan mengelap dengan tisu.

Usai memberi ayahnya makan Farhana mula melakukan tugas yang biasa ia lakukan di rumah. Nasi dan lauk pun sudah Farhana masak untuk adik-adik dan ibunya pulang untuk makan nanti. Adik-adik Farhana ada yang sekolah menengah dan ada juga yang masih sekolah rendah. Adik bawah Farhana umur 15 tahun bernama Mohamad Farid,yang ke 4 umur 13 tahun bernama Mohamad Farish,anak kelima umur 11 tahun bernama Mohamad Fauzi,yang ke enam berumur 9 tahun bernama Mohamad Faizul dan yang bongsu berumur 7 tahun bernama Nur Fauzana.

Tengahari dalam pukul 1.30 ibu Farhana membawa Fauzana dan Faizul pulang ke rumah. Kerana ibu Farhana bekerja sebagai cleaner di sekolah rendah adiknya itu. Setelah mengantar dua orang adiknya pulang ke rumah. Ibu Farhana akan membersihkan diri dan menunaikan sembahyang zohor terlebih dahulu. Kemudian baru makan,usai makan ibu Farhana akan kembali ke sekolah untuk melakukan tugasnya sebagai cleaner di sekolah anaknya itu. Dalam pukul 4.00 petang barulah ibu Farhana habis waktu kerjanya.3 orang lagi adik Farhana pergi sekolah dan pulang sekolah menaiki basikal sendiri.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.35 petang bermakna tak lama lagi ibu dan adik-adik Farhana akan pulang dari sekolah. Farhana mendengar bunyi motosikal ibunya masuk ke halaman rumah. Farhana segera berjalan ke arah pintu dan membuka pintu untuk menyambut ibu dan adik-adiknya pulang. Dua orang adiknya itu turun dari motorsikal dan berjalan ke arah pintu. Lalu membuka kasut sekolah masing-masing sebelum masuk ke dalam rumah.Usai menongkat motosikalnya,ibu Farhana pun berjalan ke arah pintu untuk masuk ke dalam rumah.

"Macam mana keadaan ayah hari ni?"tanya Hamidah pada anaknya itu.

"Ayah makan sikit je hari ni...Ayah tak berapa lalu nak makan"jawab Farhana sedikit risau dengan keadaan ayahnya.

"Tak pa,nanti mak akan suapkan ayah kamu makan terlebih dahulu sebelum pergi kerja balik"kata Hamidah sambil kakinya mula melangkah menuju ke arah katil suaminya.

Farhana melihat sahaja ibunya itu berjalan ke arah katil ayahnya. Farhana melihat ibunya itu mencium pipi ayahnya yang terbaring di atas katil. Farhana tahu kesihatan ayahnya semakin merosot. Badan ayahnya pun sudah semakin kurus sekarang ini.

Bersambung.

Share this novel

Eechiap
2024-10-23 11:39:34 

mcm mn nak baca episod 2 sis ❤️

zal ina
2024-10-22 14:04:41 

saya dpt baca sampai episod 4 ja camana nak baca episod seterusnya

tony adam
2021-02-25 17:21:10 

bila mahu update lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience