Rate

CHAPTE 1

Romance Series 17200

Rambut yang panjang melebihi paras bahu aku kuis ke tepi, terlalu sibuk menaip kertas kerja yang perlu dihantar tepat jam 6:45 petang. Entah kenapa tagas sangat CEO baru ni, tidak seperti Encik Ridhuan yang amat mementingkan pekerjanya. Tegasnya bertempat kalau tidak kena pijak kepala la jawabnya.

Aku menoleh ke arah jam dinding yang tergantung di dinding tepat di hadapanku; 7:00. Ah, parah! Mati lah aku macam ni. Comfirm aku yang disalahkan nanti, padahal dia yang serahkan enam keping kertas yang telah dikepilkan bersama 35 minit yang lalu.

Apa dia ingat aku robot ke? Robot pun angkat bendera putih la kalau disuruhnya kerja sebegini.

"Weh, kau tak balik lagi ke?" Sapa Emilia, teman sekerja ku sejak beberapa tahun yang lalu. "Tak lagi lah kot. Kau balik la dulu, aku trail kau dalam sejam lagi?"

Muka Emy berkerut menandakan bahawa dia sememangnya tidak faham kenapa aku dalam ramai-ramai manusia bersetuju untuk balik lambat, walhal apartment aku boleh dikatakan womancave aku yang paling aku refuse untuk tinggalkan.

"Well, lelaki idaman yang kau minatkan sangat tu suruh aku siapkan kerja ni ha. Tapinya aku lambat siap sebab dia bagi kertas ni 15 minit sebelum due time. Memang kena la aku nanti kan," aku suarakan perasaan sakit hatiku kepadanya.

"OMG. Bestnye, kau dapat menghadap dia sejam!" senyum yang diukir Emy sampai ke telinga. "Dalam banyak-banyak benda yang aku mengadu, itu aje yang kau dapat simpulkan?"

Dia mengangkat bahu, muka sudah mula bertukar kemerahan. Haih, macam-macam la kawan aku seorang ni. "Ok la. Bye. Jumpe esok." Emy melambai tangannya lalu bergegas berlari keluar.

"Iman Damia!" Kedengaran suara memanggilku. Yes, mari mulakan sesi mendengar leteran dan ujian kesabaran daripada Encik CEO.

"Yes, boss."

"Kau tengok jam pukul berapa dah ni?"

Adui la, aku sangka berpelajaran tinggi tahu la tengok jam dinding, rupanya hampas.

"Pukul 7:10, boss," aku balas dengan nada mendatar. Sudah tidak larat mahu berdiri di satu tempat dan memproses kata-kata yang bakal dilemparkan oleh si empunya badan yang sedang bercekak pinggang. Cramp la kaki aku ni, adeh.

"Eh, tau pun. Dah tu, kenapa baru nak hantar kerja aku bagi tu?"

Eh, eh, mamat ni karang, boss tak boss, kalau aku dapat la pencanai ni lama dah leper CEO baru ni, berketul-ketul sangat badannya. Geli aku lah.

"Kalau dah time boss bagi assignment tu sama dengan deadline nak buat macam mana?"

"Ha, menjawab, menjawab la! Elok sangat perangai tu!"

"Dah jawab kan tadi," aku berbisik perlahan.

.

Bulu roma aku mula meremang apabila melalui jalan one-way yang sering digunakan. Lengan baju yang mencapai paras pergelangan tangan aku tarik untuk mendapatkan kehangatan. Jalan ni ialah shortcut untuk ke apartment aku yang terletak kira-kira 15km dari Henley Corp., tempat aku bekerja.

Menyesal tak sudah aku kerana tidak pernah mahu cuba untuk membawa kereta apatah lagi mengambil lesen, sedangkan kereta ialah transportation yang paling penting kalau nak tinggal kat bandar besar macam ni.

Cahaya yang sangat terang menyuluh jalanku dari belakang, sangkaan ku ialah cahaya tersebut datang daripada sebuah kenderaan beroda empat. Jantung aku berdegup laju.

Siapa pulak yang lalu kat sini malam-malam macam ni? Selalunya sunyi aje. Aku memberanikan diri untuk menoleh kebelakang. Cahaya yang direct itu mengakibatkan aku mengecilkan mata. Kereta BMW putih itu kemudiannya berhenti di hadapan aku.

Cermin tingkap kereta mewah yang telah ditinted itu diturunkan perlahan-lahan. "Isy, cepat lah, buat orang suspen je," bisikku.

Sebaik sahaja mata aku bertemu dengan pemilik kenderaan itu, rasa suspen yang bermain di hati terus hilang, digantikan dengan perasaan sakit hati yang membuak-buak.

"Boss, buat apa kat sini," aku memaniskan muka dan menegur lelaki berkaca mata tersebut dengan lembut. Aku bukannya nak hipokrit tapi nanti takut juga kena bebel sebab tak ada adab dekat luar office.

"Jom la naik. Saya hantarkan awak," aku memakukan pandangan ke arah lelaki itu, sejujurnya dia kelihatan kacak dengan kaca matanya. Tidak sangka rupa-rupanya lelaki semuda ini sudah mempunyai masalah rabun.

"Eh, takpe lah boss. Bukannya jauh sangat," aku menolak dengan senyuman yang dibuat-buat. Makin dibuat makin sakit hati rasanya. Haish, sabarlah Iman, hilang job nanti tak ke haru?

"Can you just do exactly as what I had said earlier, Miss Damia? If you hadn't realized it already, I'm not asking, I am commanding you to get your ass in here right now." Genggaman tangannya pada steering wheel dieratkan; short tempered betul dia ni. Itu nak marah, ini nak marah. Mati bini ke ape? Aku tak faham betul la dengan mamat seekor ni.

Aku hanya mengangguk. Sudah tidak tahan mahu bertekak di tepi jalan. Sudahnya sampai ke siang la aku duduk di jalanan macam gelandangan.

Kelajuan kereta yang dibawa CEO syarikat Henley hampir full speed, membuatkan aku terkumat-kamit membaca ayat-ayat al-Quran. Takut tidak sempat sampai di rumah dengan anggota badan yang lengkap.

Kalau hati aje hilang disebabkan oleh orang yang tengah drive tu tak mengapa la. Daripada hilang tangan atau kaki, macam mana hendak melakukan kerja?

Eh, eh, eh, kau ni Iman. Ade hati ke dengan orang sebelah tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience